Saturday, October 22, 2011

Teknik Mencapai Matlamat ( Bhgn 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Syukur alhamdulillah kita dapat berjumpa lagi. Kita akan meneruskan dengan bahagian akhir blog ini .

5.GAMBAR
Sila buat latihan ini. Tutup mata anda dan bayangkan menara KL ( atau sesuatu yang anda suka seperti pakwe/makwe atau suami/ isteri anda). Apakah yang anda lihat? Adakah anda lihat perkataan ‘Menara KL ‘tertulis atau anda lihat GAMBAR Menara KL? Sudah tentu anda akan Nampak GAMBAR menara KL ( atau gambar pakwe/makwe atau suami/ isteri) . Ini adalah kerana Minda Bawah Sedar sentiasa menyimpan maklumat dalam bentuk GAMBAR. Jadi , gambar merupakan satu teknik yang baik untuk mencapai matlamat anda. Ini adalah kerana gambar ini akan merangsang Minda Bawah Sedar terus untuk mencapai matlamat anda. Perkataan yang digunakan dalam teknik afirmasi dan tulisan dalam teknik lain akan ditukar kepada bentuk gambar oleh Minda Bawah Sedar sebelum mempunyai sebarang kesan keatas Minda Bawah Sedar . Berbeza dengan gambar yang merangsang terus Minda Bawah Sedar. Oleh itu teknik ganbar dan visualisasi adalah dua teknik yang sangat berkesan.

Dapatkan gambar matlamat anda seperti kereta idaman, rumah idaman, gambar keluarga yang bahagia dan sebagainya.Dapatkan gambar yang seberapa spesifik yang boleh.

Ada beberapa cara gambar tersebut boleh digunakan
1) Letakkan gambar tersebut ditempat yang senang dilihat seperti meja tulis , laptop atau computer sebagai wallpaper, petisejuk atau dimana sahaja dimana anda akan melihatnya setiap hari. Ini akan merangsang Minda Bawah Sedar anda dan seterusnya anda akan mencapai matlamat anda dengan cepat.

Meletak gambar ditempat yang mudah dilihat juga akan memberitahu orang lain matlamat anda. Jadi letakkan ditempat yang sesuai supaya orang yang melihatnya juga akan memberi anda perangsang supaya boleh mencapai matlamat anda dengan cepat. Jika anda risau orang lain akan mempersendakan anda , letakkan gambar tadi ditempat yang anda seorang sahaja boleh melihatnya.

2) Sediakan satu album untuk gambar matlamat. Gambar perlulah merangkumi semua aspek matlamat anda seperti matlamat jangkamasa pendek dan panjang, melibatkan matlamat kekayaan, kebahagiaan keluarga dan kesihatan. Lihatlah album ini setiap hujung minggu atau lebih kerap lagi. Ajaklah pasangan anda dan anak- anak anda melihat album tadi. Anak – anak misalnya mungkin sukar untuk memahami teknik lain , tetapi mereka akan dapat melihat dan memahami gambar tadi.

Sekarang ini sudah ada pasaraya yang menjual buku khas yang cantik untuk tujuan melekat gambar tadi. Cuba anda cari buku yang berjudul seperti ‘ My Dream Book’ atau seakan akan tajuk tadi. Biasanya ia adalah sebuah buku yang dihiasi dengan cantik diluarnya dan didalam terdapat mukasurat kosong yang anda boleh lekatkan gambar atau tuliskan matlamat anda. Ada juga yang siap mempunyai kunci supaya ia tidak dilihat orang. Harga buku ini tidaklah mahal. Ia biasanya berharga tidak lebih dari RM25. Ini adalah satu pelaburan yang sangat kecil berbanding dengan menafaatnya.

Anda juga boleh membelikan buku ini untuk anak anda dan mengajarnya dari kecil tentang teknik ini. Jangan fikir anak anda yang baru berusia 4 atau 5 tahun tidak akan memahaminya. Mereka belum mempunyai sebarang kepercayaan negative dan biasanya akan mengamalkannya dan akan mencapai matlamat mereka dengan cepat. Cuma matlamat mereka biasanya adalah sesuai dengan usia mereka dan biasanya matlamat mereka adalah untuk mendapat mainan tertentu ( seperti helicopter, Ben 10 atau Barbie) atau pergi kezoo atau melancong dan sebagainya. Tidak mengapa . Biarkan mereka melatih diri dengan teknik ini. Apabila mereka mendapati teknik ini berkesan , mereka akan mengingatinya dan apabila meningkat umurnya akan mempunyai matlamat yang lebih besar sesuai dengan peringkat umurnya.

Jika anda tidak dapat membeli buku ini kerana jauh dari Bandar dan sebagainya, gunakan apa – apa buku yang sesuai. Album gambar juga sesuai digunakan.

3) Sediakan satu kotak yang cantik (kotak impian). Isikan gambar tadi dalam kotak tadi. Apa sahaja impian anda, cuba dapatkan gambarnya dan isikan dalam kotak tadi. Sekali – sekala lihatlah isinya. Anda mungkin akan mendapati gambar yang anda isi beberapa tahun dahulu sudahpun tercapai. Maka keluarkanlah gambar matlamat yang sudah tercapai dan gantikan gambar matlamat baru anda.
Kotak begini juga ada dijual dipasaraya seperti JayaJusco. Jika tidak menjumpainya, buatlah kotak sendiri dan hiasi dengan cantik.
Satu cerita benar yang saya baca dalam buku ‘The Secret’. John Assaraf adalah seorang pakar motivasi Barat. Pada tahun 1995 , beliau telah melihat sebuah rumah yang dalam sebuah majalah dan terus berhajat untuk memilikinya. Pada masa itu dia tidak tahu berapakah harganya atau dimanakah rumah itu. Dia cuma berniat untuk memilikinya. Beliau telah memotong gambar tersebut dan meletakkannya di mejanya. Setiap hari, beliau selalu membayangkan memiliki rumah tersebut . Oleh kerana berpindah sebanyak 3 kali , beliau telah memasukkan gambar tersebut kedalam kotak impian. Akhirnya , beliau membeli sebuah rumah dan sudah berpindah kedalamnya. Pada satu hari beliau menjumpai kotak impiannya. Anaknya yang berumur 7 tahun bertanyakan apakah kotak tersebut. Apabila anaknya tidak memahami penerangannya, maka John Assaraf membuka kotak tersebut untuk menerangkan tentang kotak tersebut. Alangkah terperanjatnya John Assaraf apabila menjumpai gambar rumah idamannya kerana dia sekarang sudah pun memiliki rumah idamannnya. Beliau bukan memiliki sebuah rumah seperti rumah idamannya tetapi memiliki rumah idaman yang gambarnya dipotong dari majalah pada tahun 1995. Beliau sendiri sudah melupakan rumah idamannya tetapi Minda Bawah Sedarnya tidak pernah lupa. Mungkin jika beliau terus membayangkannnya beliau akan mendapatnya lebih awal. Ini bukanlah satu perkara yang mudah memandangkan rumah idamannya bukanlah rumah biasa tetapi sebuah rumah dengan keluasan tanah 6 ekar, 188 tingkap, 320 pokok oren dan banyak lagi. Jika berminat anda boleh search ‘ John Assaraf Home’ dan melihatnya di youtube.
Maka mulakanlah amalkan teknik ini hari ini juga dan dapatkan menafaatnya.

6. IMPIAN

Impian merujuk kepada teknik visualisasi. Saya sudah pun menerangkan teknik visualisasi dalam blog visualisasi . Jadi rujuklah kepada blog visualisasi kerana Teknik visualisasi merupakan teknik yang sangat berkesan untuk mencapai matlamat dengan matlamat.