Sunday, April 4, 2010

Sistem Kepercayaan (Bhagn 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syukur alhamdulillah kita dapat berjumpa kembali. Maafkan saya kerana lama tidak dapat menulis disini kerana kesibukan tugas. Saya ingin menyambung kembali penulisan .

KEPERCAYAAN MENGONGKONG
Kepercayaan mengokong adalah kepercayaan yang salah yang mengongkong kejayaan kita
Contoh
1) Adalah susah untuk mencari duit
2) Duit adalah jahat
3) Orang kaya adalah tamak
4) Orang kaya adalah jahat.
Saya akan menjadi jahat jika saya menjadi kaya.
Saya adalah seorang yang baik . Saya tidak boleh menjadi kaya . Jika saya menjadi kaya , saya akan menjadi jahat

5) Anda tidak bo;leh menjadi kaya jika tidak menipu.
Saya seorang yang baik. Oleh itu saya tidak boleh menipu. Oleh kerana saya tidak boleh menipu , saya tidak boleh menjadi kaya.

6) Saya tidak pandai berniaga.
7) Kita tidak boleh Berjaya dalam perniagaan tanpa kontak
Saya tidak mempunyai kontak , jadi saya tidak boleh Berjaya dalam perniagaan.

8) Kita tidak boleh Berjaya tanpa pelajaran yang tinggi.
Saya tidak mempunyai pendidikan yang tinggi , jadi saya tidak boleh menjadi kaya..

Terdapat banyak lagi contoh yang sedemikian

Seperti yang anda boleh lihat, semua kepercayaan ini adalah silap. WALAUBAGAIMANAPUN, SETIAP KEPERCAYAAN ANDA TAK KIRA BETUL ATAU TIDAK ,AKAN MENJADI KENYATAAN UNTUK ANDA


Saya ingin memberi satu contoh. Sehingga tahun 1954 manusia mempercayai bahawa adalah mustahil untuk berlari satu batu dalam masa 4 minit. Para doctor yang terkemuka juga mempercayai bahawa jantung manusia akan pecah jika dia cuba berlari satu batu dalam masa 4 minit. Pada tahun 1954 Roger Bannister , seorang penuntut perubatan telah mencabar kepercayaan ini. Beliau telah Berjaya lari satu batu dalam masa 3 minit 59.4 saat.Sejak itu, berpuluh – puluh ahli sukan telah Berjaya lari satu batu dalam masa 4 minit. . Apakah yang telah berlaku? Adakah manusia telah tiba – tiba menjadi kuat.? Sebenarnya apabila manusia percaya bahawa adalah mustahil untuk berlari satu batu dalam 4 minit, maka tidak siapa pun yang boleh melakukannya. Apabila kepercayaan ini dipecahkan, maka ramai manusia telah melakukan larian satu batu dalam 4 minit.

Contoh kedua
Apabila seekor anak gajah diikat dengan rantai besi yang kecil, anak gajah itu akan cuba memutuskan rantai tersebut. Setelah puas mencuba dan gagal , anak gajah tersebut akan percaya adalah mustahil untuk memutuskan rantai tersebut. Selepas beberapa tahun, anak gajah tadi telah membesar menjadi seekor gajah yang besar. Sekarang gajah tadi mampu untuk memutuskan rantai tadi dengan mudah. Walaubagaimanapun, gajah tadi yang percaya bahawa dia tidak boleh memutuskan rantai tadi, tidak akan mencuba memutuskan rantai tersebut . Maka penjaga gajah yang mengetahui perkara ini tidak akan menukar rantai yang kecil tadi

Beginilah kita dalam kehidupan kita dirantai dengan berbagai – bagai kepercayaan yang salah. Selagi kita tidak menukar kepercayaan yang salah tadi, maka kita akan mengalami berbagai masalah dalam kehidupan kita. Ini sesuai dengan hadis Qudsi tadi yang mengatakan Allah akan bertindak seperti kepercayaan kita. Kita hanya perlu menukar kepercayaan tadi untuk Berjaya dalam hidup..

Kita akan mendapat berbagai masalah sesuai dengan kepercayaan yang mengongkong tadi. Contahnya seorang yang mempercayai bahawa adalah sukar untuk menjadi kaya, maka akan menghadapi banyak masalah dalam bidang yang diceburinya. Jika dia berniaga , perniagaannya tidak akan maju. Jika maju pun dia akan mengalami masalah untuk menjadi kaya seperti tidak mendapat bayaran, tidak mendapat pekerja dan sebagainya. Contohnya jika dia berniaga kedai makanan, bila kedainya sudah maju tukang masaknya akan berhenti. Jika dia berusaha dan Berjaya mendapat tukang masak lain, tuan punya kedai yang disewanya akan memintanya mengosongkan kedainya atau dia akan jatuh sakit dan tidak dapat menjaga kedainya. Beginilah masalah akan timbul dan nampak seolah – olah berpunca dari luar. Sebenarnya masalah tadi berpunca dari kepercayaan mengongkong bahawa adalah sukar untuk menjadi kaya. Apabila dia memecahkan kepercayaan mengongkong tadi bahawa menjadi kaya adalah sukar, dia akan beroleh kekayaan dengan senang.

Untuk melihat bagaimana hendak memecahkan kepercayaan mengongkong tadi dan seterusnya mencapai kejayaan dengan cepat , lihat blog mengenai teknik visualisasi.

Sekian. Terimakasih
Dr. Mohamed Farook bin Raj Mohamed

No comments:

Post a Comment