Friday, May 28, 2010

MENUMPUKAN PERHATIAN PADA MASA SEKARANG

Lupakan semalam,

Kerana semalam hanyalah sebuah memori

Jangan risau tentang hari esok

Kerana esok hanyalah sebuah misteri


Hiduplah hari ini dengan penuh kesungguhan

Maka setiap memori anda akan menjadi memori yang indah

Dan setiap hari esok akan menjadi hari yang penuh harapan.
Penulis tidak diketahui

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat bertemu kembali.

Dalam syair diatas terdapat satu kebenaran yang sangat ajaib dan mampu mengubah setiap orang yang mengamalkannya. Apa yang lebih menghairankan adalah syair ini ditulis lebih 2000 tahun dahulu. Ianya dijumpai terpahat dalam runtuhan dalam Taman Tergantung Babylon. Jelaslah cendekiawan zaman dahulu sudah mengkaji dan menjumpai rahsia hidup. Cuma kita dihari ini tidak mengenali rahsia hidup ini!.

Marilah kita mengkaji apa yang diterangkan oleh syair purba ini.

Saya sudah menerangkan bahawa adalah sangat penting untuk menjaga emosi kita supaya sentiasa positif. Ini akan memastikan kita akan sentiasa menuju kejayaan. Selain emosi takut , sedih , marah , geram dan sebagainya, RISAU adakah satu emosi negative yang sangat penting perlu kita ELAKKAN.

Saya sudah menerangkan tentang teknik – teknik untuk menjaga emosi kita supaya sentiasa positif dan seterusnya menjana kejayaan dalam hidup kita iaitu
a) Sentiasa bersyukur dengan apa yang anda ada SEKARANG.
b) Menumpukan perhatian pada perkara yang anda kehendaki
c) Menumpukan perhatian kepada perkara yang positif dalam hidup anda
d) Gembira melihat kejayaan orang lain
e) Mengeluarkan ZAKAT dan DERMA dan sentiasa membantu orang lain

Sekarang saya hendak menerangkan satu teknik lain . Teknik ini boleh digunakan bersama – sama teknik diatas atau secara bersendirian sahaja. Mari kita lihat teknik ini,


TEKNIK 6
Sentiasa tumpukan perhatian anda kepada MASA SEKARANG.

Sila jawab soalan saya sekarang.

Adakah anda menghadapi apa- apa masalah pada masa sekarang?

Jika anda menjawab YA, maka teliti soalan saya sekali lagi.

Saya bertanya adakah anda menghadapi apa – apa MASALAH PADA MASA SEKARANG? Soalan saya bukannya adakah anda akan menghadapi apa – apa masalah setahun, sebulan , sehari atau I jam atau 10 minit dari sekarang.

Adakah anda mengalami apa – apa MASALAH PADA SAAT SEKARANG ?

SUDAH TENTU TIDAK.
Jika ada yang mengatakan mempunyai sesuatu masalah seperti masalah kewangan, maka sudah tentunya masalah itu bukan pada masa SEKARANG tetapi akan datang pada satu masa akan datang seperti esok perlu membeli barang dapur dan sebagainya. Jadi janganlah RISAU jika tidak mempunyai sebarang masalah pada MASA DAN SAAT SEKARANG.

Jika ada yang mempunyai masalah pada MASA SEKARANG, MAKA BARULAH ANDA PERLU BERTINDAK UNTUK MENGATASI MASALAH TERSEBUT. MAKA TINDAKAN ANDA UNTUK MENGATASI MASALAH YANG DIHADAPI PADA SAAT DAN MASA SEKARANG AKAN MENDAPAT PETUNJUK DAN BANTUAN ALLAH (TUHAN). MAKA MASALAH ITU AKAN MENDAPAT PENYELESAIAN YANG MUDAH DAN CEPAT.

Contoh
Jika anda sedang dikejar oleh seekor anjing, anda sudah tentu tidak berfikir panjang tentang tindakan yang perlu diambil. Sudah tentu anda akan terus bertindak dan lari dengan laju untuk mengelak digigit anjing. Inilah satu contoh masalah yang dialami pada masa sekarang dan tindakan pantas yang diambil.

MASA AKAN DATANG (FUTURE)

Sebaliknya , jika sentiasa RISAU tentang masalah yang kita belum hadapi PADA MASA SEKARANG, maka ini akan menghasilkan getaran NEGATIF dan seterusnya menarik lebih banyak masalah kedalam hidup kita (Hukum Tarikan - sila rujuk blog Hukum Tarikan)

Ramai yang menghabiskan masa mereka RISAU tentang masalah mereka yang belum tiba. Inilah yang kita perlu elakkan . Kerisauan ini akan mendatangkan lebih banyak masalah dalam hidup kita. BERHENTILAH RISAU tentang masa akan datang anda.

Anda boleh memikirkan tentang masa akan datang anda bila PERLU MENENTUKAN KEPERLUAN ANDA DIMASA DEPAN.

Kemudian kembalilah ke MASA SEKARANG.
Anda perlu
1) MERANCANG DAN
2) BERTINDAK PADA MASA SEKARANG untuk menghadapi keperluan anda dimasa akan datang.

MASA LAMPAU

Begitu juga jika seseorang itu asyik berfikir tentang MASALAH yang dialami dan KESILAPAN yang dilakukan pada MASA LAMPAU . Ini juga akan mendatangkan EMOSI NEGATIF seperti SEDIH, SESAL ,TAKUT,SEDIH dan sebagainya. Ini juga akan MENGHASILKAN GETARAN NEGATIF DAN menarik lebih banyak MASALAH KEDALAM HIDUP KITA

Kita boleh pergi kemasa lampau. Tetapi pastikan kita hanya pergi kemasa lampau untuk BELAJAR DARI KESILAPAN YANG LEPAS. Jangan sekali – kali kita fikirkan tentang kesilapan yang kita telah lakukan dan masalah – masalah yang kita pernah alami sebelum ini dimasa lampau.

BELAJARLAH DARI KESILAPAN ANDA yang anda telah lakukan pada masa lampau. Sila perhatikan bahawa proses belajar dari kesilapan ini hanya boleh dilakukan PADA MASA SEKARANG.

MASA SEKARANG

Sebenarnya , satu satunya masa yang anda ada hanyalah MASA SEKARANG. Masa lampau dan Masa akan datang hanyalah UJUD DALAM MINDA KITA.

Biar saya terangkan dengan lebih lanjut.
Katakan satu peristiwa dirancang untuk dilangsungkan pada masa akan datang..

Contohnya satu perkahwinan dirancang pada satu tarikh pada masa akan datang contohnya 01.01.2011 ( tarikh hari ini adalah 27.05.2010)

Maka sehingga masa akan datang (future) ini menjadi masa sekarang (present time ) maka kita tidak boleh ambil apa – apa tindakan untuk melakukan rancangan tersebut. Maksudnya sehingga tarikh 01.01. 2011 ( iaitu satu masa yang berada dimasa akan datang) menjadi menjadi masa sekarang , tiada tindakan yang kita boleh ambil untuk melangsungkan perkahwinan tersebut.

Dengan erti kata lain, sehingga tarikh 01.01.2011 sampai ( iaitu masa akan datang sudah menjadi masa sekarang), kita tidak boleh melangsungkan perkahwinan tersebut

Sehingga masa depan itu menjadi masa sekarang ( iaitu tarikh 01.01.2011 sampai) ,kita boleh merancang dan mengambil tindakan sebagai persediaan untuk majlis perkahwinan tersebut. Contohnya pengantin boleh mengambil kursus perkahwinan, menempah baju dan sebagainya. Merancang dan mengambil tindakan tersebut mestilah dilakukan pada masa sekarang .Majlis Perkahwinan itu sendiri perlu menunggu untuk tarikh 01.01.2011 sampai sebelum boleh dilaksanakan

Begitu juga dengan masa lampau.
Masa lampau juga ujud dalam minda kita sahaja. Setiap perkara hanya boleh berlangsung pada masa sekarang sahaja.

Contohnya, katakan seorang telah gagal dalam temuramah kerja pada 01.01.2010 .
Dia hanya boleh gagal pada masa sekarang (present time).Dia tidak boleh gagal pada masa lampau. Cuma bezanya, masa sekarang ini ujud pada 01.01.2010. Maka dia gagal temuramah kerja pada satu masa sekarang yang ujud pada 01.01.2010.

Dia perlulah belajar dari kesilapannya kenapa dia gagal dalam temuramah kerja tersebut. Dia hanya boleh belajar dari kesilapannya pada masa sekarang

Sekarang anda mungkin faham bahawa satu – satunya masa yang kita ada adalah masa sekarang. Jika anda tidak faham penjelasan ini tidak mengapa . Apa yang anda perlu faham dari blog ini saya sudah ringkaskan di bawah.



KESIMPULAN
1. Sentiasa jaga emosi anda supaya BEREMOSI POSITIF.

2. Anda hanya boleh bertindak pada masa SEKARANG.

3. Sentiasalah TUMPUKAN PERHATIAN PADA MASA SEKARANG.

4. Adakah anda mempunyai apa – apa masalah pada MASA SEKARANG iaitu PADA SAAT INI?

A) Jika TIADA , JANGAN RISAU atau mempunyai EMOSI NEGATIF LAIN.

B) Jika ADA , ambillah tindakan SEKARANG . Maka tindakan anda ini mendapat PETUNJUK DAN BANTUAN ALLAH (TUHAN). MAKA MASALAH ANDA AKAN SELESAI DENGAN MUDAH

5. MASA LAMPAU
A) JIKA ANDA MEMIKIRKAN TENTANG MASA LAMPAU, PASTIKAN ANDA HANYA SEDANG BELAJAR DARI KESILAPAN ANDA.
ANDA HANYA BOLEH BELAJAR PADA MASA SEKARANG DARI KESILAPAN ANDA DI MASA LAMPAU.
B) JANGAN FIKIRKAN TENTANG KESILAPAN YANG ANDA LAKUKAN PADA MASA LEPAS ( EMOSI NEGATIF)

C) JANGAN FIKIRKAN TENTANG NASIB MALANG YANG ANDA ALAMI PADA MASA LEPAS. ( EMOSI NEGATIF)

6. MASA AKAN DATANG
A) LIHATLAH APA KEPERLUAN ANDA PADA MASA AKAN DATANG
B) RANCANGLAH DAN BERTINDAK SEKARANG UNTUK KEPERLUAN ANDA DI MASA AKAN DATANG.
C) JANGAN RISAU TENTANG MASA AKAN DATANG

INGAT SAJAK TADI

Lupakan semalam,

Kerana semalam hanyalah sebuah memori

Jangan risau tentang hari esok

Kerana esok hanyalah sebuah misteri


Hiduplah hari ini dengan penuh kesungguhan

Maka setiap memori anda akan menjadi memori yang indah

Dan setiap hari esok akan menjadi hari yang penuh harapan.


Satu lagi falsafah yang terkenal adalah

JIKA BUKAN SEKARANG , BILA LAGI ?
( IF NOT NOW, WHEN ? ) Falsafah Zen

Bahan Rujukan
1. Power of Now Eckhart Tolle

Dr Mohamed Farook
M.D. (UKM) O.H.D( NIOSH)

No comments:

Post a Comment