Sunday, June 20, 2010

PRINSIP KETIGA SAINS MENJADI KAYA - MEMBERI NILAIGUNA YANG TINGGI

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Syukur alhamdulillah kita dapat berjumpa lagi kali ini.
Prinsip ketiga merupakan MEMBERI NILAIGUNA YANG TINGGI KEPADA PELANGGAN ( JIKA BERNIAGA) ATAU PELANGGAN MAJIKAN ( JIKA BEKERJA).

Apakah itu Nilaiguna ( usevalue)?

Mari kita lihat penerangan Wallace D Wattles sendiri. Ingat bahawa buku ini ditulis pada tahun 1908. Pada ketika itu masih terdapat system tukar barang di sebuah pecan kecil bernama Baffin Bay. Di sini orang Eskimo dan orang dari Bandar akan bertukar barang tanpa menggunakan wang.

Katakan ada seorang Bandar yang mempunyai sebuah gambar unik yang berharga 1000 dollar. Dia memberikan gambar tadi kepada seorang Eskimo dan menukarnya dengan kulit binatang bernilai 500 dollar. Maka dia sudah memberikan barangan yang mempunyai nilai wang yang lebih tinggi kerana gambar tadi berharga 1000 dollar berbanding kulit binatang berharga 500 dollar. Walaubagaimanapun, gambar tadi tidak berguna kepada Eskimo tadi. Jadi dia tidak mendapat nilaiguna yang tinggi. Sebaliknya katakan orang Bandar tadi memberikan sebuah senapang dan peluru yang harganya Cuma 100 dollar kepada orang Eskimo tadi. Maka Eskimo tadi boleh memburu dan mendapat lebih banyak kulit binatang, Maka dia memberi nilaiguna yang tinggi kepada Eskimo tadi.

Contoh 2

Katakan anda membeli sebuah buku berharga RM 20. Kos mencetak buku itu mungkin hanya RM 10. Anda membayar harga yang lebih tinggi (RM 20) dari kos buku tadi (RM10) . Tetapi jika anda membaca buku tersebut dan dari idea yang diberikan buku itu anda dapat menjana beribu ribu ringgit , maka anda mendapat nilaiguna yang tinggi dari buku tersebut.

Contoh 3
Jika anda berjumpa doktor bila anda sakit, anda mungkin mendapat ubat – ubatan. Kos ubat – ubatan dan perkhidmatan doktor tadi munkin RM 15. Anda pula dikenakan bayaran RM 20 oleh dokteor tadi. Jadi anda membayar nilaiwang ( RM 20) yang lebih tinggi dari kosnya (RM!5) . Tapi jika anda sihat dan kembali bekerja esoknya, maka anda boleh mendapat duit yang lebih banyak. Maka anda mendapat nilaiguna yang tinggi dari doctor tadi.

Begitulah kita mestilah berusaha memberikan nilaiguna yabg tinggi dalam setiap perniagaan dan pekerjaan kita. MAKA APABILA NILAIGUNA YANG TINGGI DIBERIKAN BERSAMA NIAT MEMBERI PERKHIDMATAN, MAKA KITA AKAN MASUK FASA MENCIPTA REZEKI. KITA AKAN DAPAT SEOLAH – OLAH MENCIPTA REZEKI TANPA HADNYA SESUAI DENGAN NILAIGUNA YANG KITA BERI TADI.

Seorang peniaga dapat memberi nilai guna yang tinggi apabila dia memberi barangan atau perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada pelanggannya. Selain dari itu dia juga boleh memberikan perkhidmatan tambahan kepada pelanggannya. Misalnya seorang penjual rempah dan barang masakan boleh memberi cadangan dan tips masakan kepada pelangannya. Seorang doktor boleh memberitahu cara mencegah penyakit atau kaedah pemakanan yang betul kepada pesakitnya . Ini memberi nilaiguna yang tinggi kepada pelanggannya.

Seorang pekerja pula boleh memberi nilaiguna yang tinggi apabila dia memberi perkhidmatan yang baik dan juga perkhidmatan tambahan kepada pelanggan majikannya. Misalnya, jika dia menjual barang masakan , dia boleh memberi tips memasak kepada pelanggan majikannya. Jika dia menjual barang elektrik, dia boleh memberi penerangan bukan sahaja barang elektriknya, malahan boleh memberi penerangan tentang cara penggunaan barang elektrik tadi. Ini adalah memberikan nilaiguna yang tinggi kepada pelanggan majikannya.

Jika seorang guru berusaha menyediakan gambarajah dan sebagainya supaya anak muridnya senang faham, maka guru itu memberi nilaiguna yang tinggi. Jika dia memberi nasihat yang berguna untuk anak muridnya , maka dia memberi nilaiguna yang lebih tinggi .Jika dia hanya mengajar sambil lewa dan tidak peduli samada anak muridnya faham atau tidak dan menganggap bahawa memberi nasihat bukanlah tugasnya , maka dia tiaklah memberi nilaiguna yang tinggi.

Seorang tukang masak boleh memberi nilaiguna yang tinggi bila dia memasak makanan yang sedap. Setiap dari kita perlu memberikan PERKHIDMATAN YANG TERBAIK DENGAN NIAT MEMBERIKAN PERKHIDMATAN , maka kita akan masuk FASA MENCIPTA REZEKI DAN MENDAPAT KEKAYAAN YANG KITA IDAMKAN, KESIHATAN YANG BAIK DAN HUBUNGAN YANG BAIK DENGAN SESAMA MANUSIA DAN PADA MASA YANG SAMA DENGAN TUHAN. Melakukan pekerjaan kita dengan baik juga dituntut dalam semua agama seperti Islam ,Budha, Kristian dan Hindu.

Seorang pengusaha restoran boleh memberi nilaiguna yang tinggi apabila dia meydiakan masakan yang enak, restoran yang bersih dan memberikan layanan yang baik dengan harga yang berpatutan kepada pelanggan

Disini saya ingin mengingatkan satu perkara yang penting iaitu REZEKI DATANG DARI ALLAH (TUHAN) . Ramai yang menganggap rezeki datang dari majikan atau perniagaan mereka. Apabila seorang bekerja atau berniaga dengan memberi nilaiguna yang tinggi dan berniat memberi perkhidmatan , maka dia akan mendapat rezeki yang setimpal dengan nilaiguna yang diberinya. Lebih tinggi nilaiguna yang diberi, maka lebih banyak rezeki yang diterimanya. Tetapi janganlah bekerja atau berniaga dengan niat mendapat ganjaran (rezeki) yang banyak. Bekerja atau berniagalah dengan niat memberi perkhidmatan dan berilah nilaiguna yang tinggi , maka rezeki itu akan datang sendiri.

Rezeki akan bertambah dalam berbagai rupa. Majikan mungkin akan memberi gaji yang lebih tinggi. Jika tidak , mungkin akan mendapat tawaran bekerja yang lebih baik. Mungkin juga akan mendapat peluang untuk berniaga. Kadang – kadang mungkin akan mendapat membeli rumah idaman dengan harga yang berpatutan. Mungkin juga anak – anak akan rajin belajar, berbudi pekerti , mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dan sebagainya.

Pendekata, apabila kita memberi NILAIGUNA YANG TINGGI DENGAN NIAT MEMBERI PERKHIDMATAN, MAKA KITA AKAN MENDAPAT REZEKI YANG SETIMPAL DENGAN PERKHIDMATAN KITA ( ATAU LEBIH) . Sumber rezeki adalah ALLAH (tuhan). Maka rezeki ini mungkin datang dari pekerjaan atau perniagaan kita atau juga datang dari sumber lain.


Saya ceritakan satu cerita benar tentang memberi nilaiguna yang tinggi.

Pada awal zaman Negara China mula membangun, banyak syarikat kejuruteraan telah berusaha mendapat kontrak kerajaan. Kebanyakan syarikat ini bertindak menyogok pegawai kerajaan untuk memdapat kontrak kerajaan bernilai jutaan dollar. Ada satu syarikat M yang CEO nya tidak mahu memberikan sogokan kepada pegawai kerajaan. Beliau berpendapat bahawa jika sogokan diberi , maka kualiti kerja perlu dikurangkan untuk menampung sogokan tadi. Maka dia enggan mengurangkan kualiti pekerjaannya. Walaupun didesak oleh pegawainya, dia tidak mahu berganjak dari keputusannya.

Kerajaan Negara China yang mendapat tahu tentang perkara ini membatalkan semua kontrak yang diberika kepada semua syarikat lain. Semua kontrak telah diberikan kepada syarikat M tadi. Inilah kesan dari pendirian CEO tadi yang sentiasa memberikan nilaiguna yang tinggi.

Begitu juga ramai orang yang menjadi kayaraya dengan memberi nilaiguna yang tinggi kepada pelanggan. Contohnya Henry Ford yang mencipta kereta menjadi orang terkaya didunia . Kereta yang diciptanya memberi nilaiguna yang tinggi kepada semua penduduk dunia dari zamannya sehungga sekarang.

Wal Mart adalah orang yang pertama mengenalkan konsep kedai harga murah ( seperti hypermarket Giant dan Tesco sekarang) di Amerka Syarikat pada awal tahun 50an. Beliau memberi nilaiguna yang tinggi untuk duit dengan memberi barangan pada harga murah. Tidak hairanlah beliau yang pada asalnya hanya merupakan pekerja sebuah kedai akhirnya mati sebagai orang yang terkaya didunia. Anak cucunya masih merupakan antara orang yang terkaya didunia pada hari ini.

Pengasas syarikat IKEA merupakan hanya seorang tukang kayu. Kampungnya terletak dikawasan berbukit. Adalah sukar membawa barangan besar seperti perabut dari kawasan bandar kekampungnya.Dia selalu membeli perabut yang belum dipasang dan dibawa kekampungnya kemudian dipasang dikampungnya. Maka dia mendapat satu fikiran untuk menghasilkan perabut yang belum dipasang dan boleh dipasang sendiri oleh pelanggan. Ini memudahkan kos pengangkutan dan seterusnya kos barangantadi. Ini bermakna memberi nilaiguna yang tinggi kepada pelanggan. Tidak hairanlah tukang kayu tadi semasa akhir hayatnya merupakan salah seorang yang terkaya didunia


Bill Gates yang tidak menghabiskan pengajian ijazahnya pun berjaya memberi nilaiguna yang tinggi apabila mencipta program Windows. Tidak hairanlah beliau menjadi orang terkaya didunia sehingga baru – baru ini.


Ramai billionar pada hari ini merupakan orang yang memberi nilaiguna yang tinggi kepada pelannggan mereka.

Marilah kita pun mengamalkan apa yang disarankan oleh Wallace D Wattles iaitu berikan nilaiguna yang tinggi dengan niat memberi perkhidmatan , maka kita langsung tidak perlu risau tentang rezeki kita dan tidak perlu risau tentang persaingan. Kita akan sentiasa mendapat rezeki yang melimpah ruah.Jangan risau tentang BAGAIMANA dan BILA kita akan mendpat rezki tersebut. BAGAIMANA dan BILA kita akan mendapat rezeki itu terpulang kapada Allah (tuhan).

Dr. Mohamed Farook b Raj Mohamed
M.D. (UKM) O.H.D. (NIOSH)

No comments:

Post a Comment