Friday, June 25, 2010

PRINSIP KELIMA SAINS MENJADI KAYA - BERSYUKUR

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syukur alhamdulillah kita dapat berjumpa lagi kali ini.Mari kita lihat prinsip kelima Sains Menjadi Kaya seperti yang digariskan ole Wallace D Wattles.

Prinsip kelima dalam Sains Menjadi Kaya adalah bahawa kita mesti sentiasa bersyukur. Memandangkan kita sudah pun melihat kepentingan bersyukur dengan panjang lebar dalam blog bersyukur, maka saya tidak akan mengulanginya lagi. Sila rujuk blog bersyukur untuk penerangan lanjut,

Sekian

Dr Mohamed Farook B Raj Mohamed
M.D. (UKM) OHD (NIOSH)

PRINSIP KEEMPAT SAINS MENJADI KAYA -NIAT SEMAKIN MAJU

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Syukur alhamdulillah kita dapat berjumpa lagi kali ini Kali ini saya ingin membincangkan prinsip keempat Sains Menjadi Kaya iaitu Niat Semakin Maju.

Prinsip keempat Sains menjadi Kaya mengatakan apabila kita berhubungan dengan setiap pelanggan kita atau apabila kita bekerja, kita mestilah berniat supaya setiap pelanggan atau yang menerima perkhidmatan akan menjadi semakin maju. Contohnya jika seorang berniaga , maka dia mestilah berniat supaya setiap pelanggannya akan menjadi semakin maju dalam hidupnya. Seorang guru mestilah berniat supaya semua muridnya akan belajar dengan rajin dan seterusnya Berjaya dalam hidupnya. Seorang doktor mestilah berniat supaya pesakitnya menjadi sihat dan semakin maju dalam hidupnya. Jadi setiap orang tak kira berniaga atau bekerja atau jenis pekerjaannya mestilah berniat supaya orang yang mendapat perkhidmatannya akan semakin maju dalam hidupnya.

Prinsip keempat ini agak mudah sahaja. Ia hanya memerlukan niat dalam hati sahaja. Semoga kita semua dapat mengamalkannya.

Kita juga boleh gunakan teknik visualisasi disini. Kita boleh bayangkan pelanggan kita , anakmurid (jika guru) atau pesakit ( jika doktor) atau pelanggan majikan kita dan sebagainya akan mencapai kejayaan setelah berhubungan dengan kita.

Sekian
Dr. Mohamed Farook b Raj Mohamed
M.D. ( UKM ) OHD ( NIOSH)

Sunday, June 20, 2010

PRINSIP KETIGA SAINS MENJADI KAYA - MEMBERI NILAIGUNA YANG TINGGI

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Syukur alhamdulillah kita dapat berjumpa lagi kali ini.
Prinsip ketiga merupakan MEMBERI NILAIGUNA YANG TINGGI KEPADA PELANGGAN ( JIKA BERNIAGA) ATAU PELANGGAN MAJIKAN ( JIKA BEKERJA).

Apakah itu Nilaiguna ( usevalue)?

Mari kita lihat penerangan Wallace D Wattles sendiri. Ingat bahawa buku ini ditulis pada tahun 1908. Pada ketika itu masih terdapat system tukar barang di sebuah pecan kecil bernama Baffin Bay. Di sini orang Eskimo dan orang dari Bandar akan bertukar barang tanpa menggunakan wang.

Katakan ada seorang Bandar yang mempunyai sebuah gambar unik yang berharga 1000 dollar. Dia memberikan gambar tadi kepada seorang Eskimo dan menukarnya dengan kulit binatang bernilai 500 dollar. Maka dia sudah memberikan barangan yang mempunyai nilai wang yang lebih tinggi kerana gambar tadi berharga 1000 dollar berbanding kulit binatang berharga 500 dollar. Walaubagaimanapun, gambar tadi tidak berguna kepada Eskimo tadi. Jadi dia tidak mendapat nilaiguna yang tinggi. Sebaliknya katakan orang Bandar tadi memberikan sebuah senapang dan peluru yang harganya Cuma 100 dollar kepada orang Eskimo tadi. Maka Eskimo tadi boleh memburu dan mendapat lebih banyak kulit binatang, Maka dia memberi nilaiguna yang tinggi kepada Eskimo tadi.

Contoh 2

Katakan anda membeli sebuah buku berharga RM 20. Kos mencetak buku itu mungkin hanya RM 10. Anda membayar harga yang lebih tinggi (RM 20) dari kos buku tadi (RM10) . Tetapi jika anda membaca buku tersebut dan dari idea yang diberikan buku itu anda dapat menjana beribu ribu ringgit , maka anda mendapat nilaiguna yang tinggi dari buku tersebut.

Contoh 3
Jika anda berjumpa doktor bila anda sakit, anda mungkin mendapat ubat – ubatan. Kos ubat – ubatan dan perkhidmatan doktor tadi munkin RM 15. Anda pula dikenakan bayaran RM 20 oleh dokteor tadi. Jadi anda membayar nilaiwang ( RM 20) yang lebih tinggi dari kosnya (RM!5) . Tapi jika anda sihat dan kembali bekerja esoknya, maka anda boleh mendapat duit yang lebih banyak. Maka anda mendapat nilaiguna yang tinggi dari doctor tadi.

Begitulah kita mestilah berusaha memberikan nilaiguna yabg tinggi dalam setiap perniagaan dan pekerjaan kita. MAKA APABILA NILAIGUNA YANG TINGGI DIBERIKAN BERSAMA NIAT MEMBERI PERKHIDMATAN, MAKA KITA AKAN MASUK FASA MENCIPTA REZEKI. KITA AKAN DAPAT SEOLAH – OLAH MENCIPTA REZEKI TANPA HADNYA SESUAI DENGAN NILAIGUNA YANG KITA BERI TADI.

Seorang peniaga dapat memberi nilai guna yang tinggi apabila dia memberi barangan atau perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada pelanggannya. Selain dari itu dia juga boleh memberikan perkhidmatan tambahan kepada pelanggannya. Misalnya seorang penjual rempah dan barang masakan boleh memberi cadangan dan tips masakan kepada pelangannya. Seorang doktor boleh memberitahu cara mencegah penyakit atau kaedah pemakanan yang betul kepada pesakitnya . Ini memberi nilaiguna yang tinggi kepada pelanggannya.

Seorang pekerja pula boleh memberi nilaiguna yang tinggi apabila dia memberi perkhidmatan yang baik dan juga perkhidmatan tambahan kepada pelanggan majikannya. Misalnya, jika dia menjual barang masakan , dia boleh memberi tips memasak kepada pelanggan majikannya. Jika dia menjual barang elektrik, dia boleh memberi penerangan bukan sahaja barang elektriknya, malahan boleh memberi penerangan tentang cara penggunaan barang elektrik tadi. Ini adalah memberikan nilaiguna yang tinggi kepada pelanggan majikannya.

Jika seorang guru berusaha menyediakan gambarajah dan sebagainya supaya anak muridnya senang faham, maka guru itu memberi nilaiguna yang tinggi. Jika dia memberi nasihat yang berguna untuk anak muridnya , maka dia memberi nilaiguna yang lebih tinggi .Jika dia hanya mengajar sambil lewa dan tidak peduli samada anak muridnya faham atau tidak dan menganggap bahawa memberi nasihat bukanlah tugasnya , maka dia tiaklah memberi nilaiguna yang tinggi.

Seorang tukang masak boleh memberi nilaiguna yang tinggi bila dia memasak makanan yang sedap. Setiap dari kita perlu memberikan PERKHIDMATAN YANG TERBAIK DENGAN NIAT MEMBERIKAN PERKHIDMATAN , maka kita akan masuk FASA MENCIPTA REZEKI DAN MENDAPAT KEKAYAAN YANG KITA IDAMKAN, KESIHATAN YANG BAIK DAN HUBUNGAN YANG BAIK DENGAN SESAMA MANUSIA DAN PADA MASA YANG SAMA DENGAN TUHAN. Melakukan pekerjaan kita dengan baik juga dituntut dalam semua agama seperti Islam ,Budha, Kristian dan Hindu.

Seorang pengusaha restoran boleh memberi nilaiguna yang tinggi apabila dia meydiakan masakan yang enak, restoran yang bersih dan memberikan layanan yang baik dengan harga yang berpatutan kepada pelanggan

Disini saya ingin mengingatkan satu perkara yang penting iaitu REZEKI DATANG DARI ALLAH (TUHAN) . Ramai yang menganggap rezeki datang dari majikan atau perniagaan mereka. Apabila seorang bekerja atau berniaga dengan memberi nilaiguna yang tinggi dan berniat memberi perkhidmatan , maka dia akan mendapat rezeki yang setimpal dengan nilaiguna yang diberinya. Lebih tinggi nilaiguna yang diberi, maka lebih banyak rezeki yang diterimanya. Tetapi janganlah bekerja atau berniaga dengan niat mendapat ganjaran (rezeki) yang banyak. Bekerja atau berniagalah dengan niat memberi perkhidmatan dan berilah nilaiguna yang tinggi , maka rezeki itu akan datang sendiri.

Rezeki akan bertambah dalam berbagai rupa. Majikan mungkin akan memberi gaji yang lebih tinggi. Jika tidak , mungkin akan mendapat tawaran bekerja yang lebih baik. Mungkin juga akan mendapat peluang untuk berniaga. Kadang – kadang mungkin akan mendapat membeli rumah idaman dengan harga yang berpatutan. Mungkin juga anak – anak akan rajin belajar, berbudi pekerti , mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dan sebagainya.

Pendekata, apabila kita memberi NILAIGUNA YANG TINGGI DENGAN NIAT MEMBERI PERKHIDMATAN, MAKA KITA AKAN MENDAPAT REZEKI YANG SETIMPAL DENGAN PERKHIDMATAN KITA ( ATAU LEBIH) . Sumber rezeki adalah ALLAH (tuhan). Maka rezeki ini mungkin datang dari pekerjaan atau perniagaan kita atau juga datang dari sumber lain.


Saya ceritakan satu cerita benar tentang memberi nilaiguna yang tinggi.

Pada awal zaman Negara China mula membangun, banyak syarikat kejuruteraan telah berusaha mendapat kontrak kerajaan. Kebanyakan syarikat ini bertindak menyogok pegawai kerajaan untuk memdapat kontrak kerajaan bernilai jutaan dollar. Ada satu syarikat M yang CEO nya tidak mahu memberikan sogokan kepada pegawai kerajaan. Beliau berpendapat bahawa jika sogokan diberi , maka kualiti kerja perlu dikurangkan untuk menampung sogokan tadi. Maka dia enggan mengurangkan kualiti pekerjaannya. Walaupun didesak oleh pegawainya, dia tidak mahu berganjak dari keputusannya.

Kerajaan Negara China yang mendapat tahu tentang perkara ini membatalkan semua kontrak yang diberika kepada semua syarikat lain. Semua kontrak telah diberikan kepada syarikat M tadi. Inilah kesan dari pendirian CEO tadi yang sentiasa memberikan nilaiguna yang tinggi.

Begitu juga ramai orang yang menjadi kayaraya dengan memberi nilaiguna yang tinggi kepada pelanggan. Contohnya Henry Ford yang mencipta kereta menjadi orang terkaya didunia . Kereta yang diciptanya memberi nilaiguna yang tinggi kepada semua penduduk dunia dari zamannya sehungga sekarang.

Wal Mart adalah orang yang pertama mengenalkan konsep kedai harga murah ( seperti hypermarket Giant dan Tesco sekarang) di Amerka Syarikat pada awal tahun 50an. Beliau memberi nilaiguna yang tinggi untuk duit dengan memberi barangan pada harga murah. Tidak hairanlah beliau yang pada asalnya hanya merupakan pekerja sebuah kedai akhirnya mati sebagai orang yang terkaya didunia. Anak cucunya masih merupakan antara orang yang terkaya didunia pada hari ini.

Pengasas syarikat IKEA merupakan hanya seorang tukang kayu. Kampungnya terletak dikawasan berbukit. Adalah sukar membawa barangan besar seperti perabut dari kawasan bandar kekampungnya.Dia selalu membeli perabut yang belum dipasang dan dibawa kekampungnya kemudian dipasang dikampungnya. Maka dia mendapat satu fikiran untuk menghasilkan perabut yang belum dipasang dan boleh dipasang sendiri oleh pelanggan. Ini memudahkan kos pengangkutan dan seterusnya kos barangantadi. Ini bermakna memberi nilaiguna yang tinggi kepada pelanggan. Tidak hairanlah tukang kayu tadi semasa akhir hayatnya merupakan salah seorang yang terkaya didunia


Bill Gates yang tidak menghabiskan pengajian ijazahnya pun berjaya memberi nilaiguna yang tinggi apabila mencipta program Windows. Tidak hairanlah beliau menjadi orang terkaya didunia sehingga baru – baru ini.


Ramai billionar pada hari ini merupakan orang yang memberi nilaiguna yang tinggi kepada pelannggan mereka.

Marilah kita pun mengamalkan apa yang disarankan oleh Wallace D Wattles iaitu berikan nilaiguna yang tinggi dengan niat memberi perkhidmatan , maka kita langsung tidak perlu risau tentang rezeki kita dan tidak perlu risau tentang persaingan. Kita akan sentiasa mendapat rezeki yang melimpah ruah.Jangan risau tentang BAGAIMANA dan BILA kita akan mendpat rezki tersebut. BAGAIMANA dan BILA kita akan mendapat rezeki itu terpulang kapada Allah (tuhan).

Dr. Mohamed Farook b Raj Mohamed
M.D. (UKM) O.H.D. (NIOSH)

PRINSIP KE 2 SAINS MENJADI KAYA - NIAT MEMBERI PERKHIDMATAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Syukur alhamdulillah kita dapat berjumpa lagi kali ini. Saya ingin membincangkan prinsip kedua sains menjadi kaya iaitu bekerja dengan niat memberi perkhidmatan.

Prinsip kedua adalah niat MEMBERI PERKHIDMATAN
KITA MESTILAH MEMBUAT SEBARANG PERNIAGAAN ATAU PEKERJAAN DENGAN NIAT MEMBERI PERKHIDMATAN DAN BUKANNYA BERNIAGA ATAU BEKERJA SEMATA - MATA UNTUK MENCARI DUIT SEBANYAK MUNGKIN .

Kita juGA JANGAN sekali – kali berniat MEREBUT PERNIAGAAN DARI PENIAGA YANG LAIN ATAU MEREBUT PEKERJAAN ATAU KENAIKAN PANGKAT DARI PEKERJA LAIN.

ORANG ISLAM PULA BOLEH BERNIAT BERNIAGA ATAU BEKERJA SEMATA- MATA KERANA ALLAH DAN PERNIAGAAN DAN PEKERJAAN ANDA JUGA AKAN MENJADI IBADAH DISAMPING MENDAPAT BANTUAN ALLAH UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN CEMERLANG
.

Disini saya perlu jelaskan bahawa bekerja dengan niat memberi perkhidmatan bukanlah bermakna bahawa kita tidak mahu menerima bayaran bagi barangan atau perkhidmatan kita. Para peniaga boleh mengenakan bayaran bagi barangan mereka dengan harga yang sewajarnya. Para pekerja boleh terus menerima gaji, elaun dan elaun lebih masa seperti biasa. Cuma apabila bekerja atau berniaga, perlulah BERNIAT BERNIAGA ATAU BEKERJA UNTUK MEMBERI PERKHIDMATAN. Maka orang itu akan masuk fasa MENCIPTA REZEKI. .DIA SEKALI – KALI TIDAK BOLEH BERNIAT MENCARI DUIT, ATAU MEREBUT PERNIAGAAN , PEKERJAAN ATAU KENAIKAN PANGKAT DARI ORANG LAIN .


Apabila kita berniat bekerja untuk memberi perkhidmatan ( dan bukan kerana duit) maka setiap pekerjaan AKAN MENDAPAT HASIL YANG SESUAI DENGAN PERKHIDMATANNYA .KITA JUGA AKAN MENDAPAT BANTUAN ALLAH (TUHAN) DALAM MENJAYAKAN PEKERJAAN KITA.

Biar saya terangkan dengan lebih lanjut.

Katakan ada seorang yang melihat sebuah Restoran A yang sangat maju yang mempunyai pelanggan 200 orang sehari. Maka dia membuat keputusan untuk membuka sebuah restoran B disebelahnya. Niatnya adalah merebut separuh dari pelanggan restoran A tadi. .Maka pemilik restoran B ini akan terpaksa merebut pelanggan dari restoran A tadi. Dia akan memasuki fasa merebut.Dia akan terpaksa berusaha bersungguh dan bekerja keras dengan menyediakan makanan yang enak, harga yang lebih baik, restoran yang lebih bersih ,layanan yang baik dan sebagainya untuk merebut pelanggan dari restoran A. Dia akan terpaksa berusaha keras untuk menjaga pelanggannya.Jika kemelesetan ekonomi berlaku atau terdapat restoran baru ( restoran C ) maka perniagaanya akan terjejas.

Sebaliknya. katakan pemilik Restoran B tadi memulakan restoran B dengan niat MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG LEBIH BAIKdari restoran A. Dia masih perlu melakukan perkara yang sama seperti menyediakan makanan yang enak, dengan harga yang berpatutan, restoran yang lebih bersih ,layanan yang baik dan sebagainya Cuma bezanya, dia melakukan semua ini DENGAN NIAT MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG LEBIH BAIK KEPADA PELANGGANNYA , bukannya dengan niat merebut pelanggan restoran A tadi.Maka perniagaannya akan SENTIASA MAJU. Dia akan mendapat bantuan Allah (tuhan ) dalam menjayakan perniagaannnya. Dia akan mendapat pekerja yang baik dan cekap. Perniagaannya tidak akan terjejas walaupun ekonomi meleset atau lebih banyak restoran dibuka ditempat yang sama.Ini adalah kerana dia memasuki fasa MENCIPTA REZEKI.Dia seolah olah mencipta rezeki. Bersesuaian dengan Prinsip Melimpah Ruah, dia boleh mencipta sebanyak mana rezeki yang dia hendak bersesuaian dengan perkhidmatannya tadi. Maka semua matlamatnya akan tercapai dengan cepat.

Begitu juga orang yang bekerja. Sentiasalah bekerja dengan NIAT MEMBERI PERKHIDMATAN. Maka kenaikan pangkat, balasan yang lebih baik akan datang dengan sendirinya.





Mari kita lihat beberapa contoh
ANTHONY ROBBINS

Anthony Robbins yang merupakan seorang pakar motivasi yang terulung didunia mengatakan bahawa KENAPA KITA MEMBUAT SESUATU PERNIAGAAN ATAU PEKERJAAN ADALAH JAUH LEBIH PENTING DARI BAGAIMANA KITA MEMBUAT PEKERJAAN TERSEBUT.

Anthony Robbins menjelaskan bahawa apabila kita membuat sesuatu pekerjaan atau perniagaan dengan niat MEMBERI PERKHIDMATAN maka pekerjaan atau perniagaan tersebut akan menjadi jauh lebih berjaya dari pekerjaan atau perniagaan yang dilakukan kerana duit.

ROBERT KIYOSAKI
Robert Kiyosaki yang merupakan seorang lagi pakar motivasi yang terkenal di Barat. Beliau mengatakan bahawa jika ada orang yang memberitahunya bahawa mereka telah memulakan perniagaan maka dia akan bertanya tujuan mereka memulakan perniagaan. Jika mereka menjawab bahawa TUJUAN MEREKA BERNIAGA ADALAH UNTUK MENCARI KEKAYAAN, MAKA ROBERT KIYOSAKI MENGATAKAN BAHAWA 9 DARI 10 PERNIAGAAN ( IAITU 90% DARI PERNIAGAAN ) ITU AKAN GAGAL DALAM MASA 5 TAHUN..

SEBALIKNYA JIKA MEREKA MENJAWAB BAHAWA PERNIAGAAN ITU DIMULAKAN UNTUK MEMBERIKAN PERKHIDMATAN , MAKA 9 PER 10 ( IAITU 90% DARI PERNIAGAAN ) AKAN MENEMUI KEJAYAAN CEMERLANG DALAM MASA 5 TAHUN.

ROBERT KUOK
Robert Kuok yang juga digelar Raja Gula merupakan orang terkaya di Malaysia. Dalam satu wawancara dengan majalah terkemuka, apabila ditanya tentang rahsia kejayaan beliau, beliau menjawab bahawa kita mestilah sentiasa BERNIAGA DAN BEKERJA DENGAN NIAT MEMBERI PERKHIDMATAN DAN BUKANNYA UNTUK MEMBUAT DUIT. Justeru duit akan datang dengan sendirinya kepada kita.

HENRY FORD
Pada usia 40 tahun , Henry Ford merupakan seorang mekanik yang miskin. Apabila beliau Berjaya mencipta kereta, beliau dapat memberikan SATU BENTUK PERKHIDMATAN YANG BESAR kepada semua manusia. Sesuai dengan perkhidmatannya, dia men)adi orang yang terkaya didunia dizamannya.

FED EX (PERKIHIDMATAN COURIER ANTARABANGSA )
Pada satu ketika, ada seorang Mat Salleh yang sering menerima barangan melalui perkhidmatan courier. Yang membuatkan beliau marah adalah barang yang beliau terima selalu sudah pecah bila sampai ketangannya.Kos penghantaran yang dikenakan juga agak mahal. Beliau membuat keputusan untuk memulakan satu perkhidmatan courier untuk memberikan PERKHIDMATAN YANG LEBIH BAIK. Syarikat yang beliau mulakan sekarang merupakan FED EX iaitu syarikat courier yang paling besar didunia sekarang. Syarikat ini juga mempunyai kapalterbangnya sendiri. Maka lihatlah kejayaan sebuah syarikat yang dimulakan untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik.

KAJIAN
Dalam satu kajian ,seramai 1500 orang yang akan memulakan perniagaan ditanya tujuan mereka memulakan perniagaan. Seramai 1250 orang menjawab bahawa mereka berniaga dengan. untuk mencari kekayaan. Cuma 250 orang mengatakan bahawa mereka berniaga dengan niat memberi perkhidmatan .

Selepas 5 tahun , golongan tadi dikaji balik. Dari golongan 1250 orang yang berniaga untuk mencari kekayaan , seramai 100 orang telah Berjaya menjadi jutawan..Iaitu dari golongan yang berniaga untuk menjadi kaya, cuma 8 peratus Berjaya menjadi jutawan .

Dari golongan kedua seramai 250 orang yang berniaga untuk memberi perkhidmatan, 200 orang Berjaya menjadi jutawan. Iaitu dari golongan yang berniaga untuk memberi perkhidmatan 80 peratus Berjaya menjadi jutawan.

Jadi untuk anda Berjaya dalam sebarang bidang perniagaan atau pekerjaan, maka anda mestilah bekerja untuk memberi perkhidmatan dan bukannya untuk mendapat duit. Duit akan datang dengan sendirinya apabila anda berniaga atau bekerja dengan niat memberi perkhidmatan

Kita akan melihat dengan lebih lanjut prinsip kedua ini selepas melihat Prinsip ketiga iaitu memberi nilaiguna yang lebih tinggi

Dr Mohamed Farook b Raj Mohamed
M.D. (UKM) O.H.D. (NIOSH)

Tuesday, June 1, 2010

VISUALISASI - PRINSIP PERTAMA SAINS MENJADI KAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Syukur alhamdulillah kita dapat berjumpa lagi kali ini. Kali ini saya ingin membincangkan Prinsip pertama dalam Sains Menjadi Kaya.


TEKNIK VISUALISASI (PRINSIP PERTAMA)
Pilih satu matlamat atau yang satu perkara yang diingini

Contohnya kereta , rumah pekerjaan yang lebih baik , mendapat tempat di universiti, pekerjaan yang lebih baik , hubungan kekeluargaan yang lebih baik dan sebagainya.

Kemudian lakukan TEKNIK VISUALISASI seperti yang saya terangkan dalam blog VISUALISASI.

Ini merupakan langkah pertama dalam usaha kita untuk MENCIPTA REZEKI dan tidak perlu merebut rezeki sesuai dengan Prinsip Melimpah Ruah seperti yang diterangkan oleh Wallace d Wattles .

Luangkan sekurang – kurangnya lima minit setiap hari untuk setiap matlamat.

Seperti yang saya terangkan dalam blog visualisasi, teknik visualisasi ini akan membolehkan kita mendapat bantuan Allah ( Tuhan ) untuk mencapai matlamat kita. Jangan menganggap Teknik Visualisasi ini remeh temeh kerana SANGAT RAMAI yang telah Berjaya dengan menggunakan teknik ini.

Ingin saya ingatkan sekali lagi bahawa Sains Menjadi Kaya bukanlah untuk menjadi Kaya dari segi duit dan hartabenda sahaja. Ianya juga merupakan kekayaan dari segi hubungan kekeluargaan yang lebih baik, hubungan yang baik dengan manusia lain dan juga kesihatan yang lebih baik. Ianya juga memupuk kebesaran Allah ( Tuhan) dalam diri kita.

Teknik Visualisasi http://drfarook.blogspot.com/2010/05/teknik-visualisasi.html




Dr Mohamed Farook
M.D. (UKM) O.H.D ( NIOSH)

.

Sunday, May 30, 2010

PENGENALAN SAINS MENJADI KAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syukur Alhamdulillah kita dapat berjumpa lagi .
Selama ini saya menerangkan tentang perubahan dalam minda yang perlu untuk menjana kejayaan. Mulai sekarang saya akan mula menerangkan tentang tentang cara kita hendak bekerja untuk menjana kejayaan. Untuk maksud ini saya akan merujuk kepada sebuah buku yang ditulis pada tahun 1908 iaitu Scince of Getting Rich oleh Wallace D Wattles. Bagi mereka yang boleh membaca bahasa Inggeris saya akan beri link untuk download buku ini secara percuma di hujung blog ini ( Bahagian rujukan). Versi Bahasa Malaysia buku ini juga boleh didapati dikedai buku bertajuk Ilmu Menjadi Kaya oleh Wallace D Wattles.

Sains Menjadi Kaya ( Science of getting Rich) merupakan sebuah buku yang ditulis pada tahun 1908 oleh Wallace D. Wattles . Wallace merupakan seorang yang sangat pintar. Beliau telah mengkaji 500 orang yang sangat berjaya di zamannya . Beliau juga mengkaji lebih ramai orang yang tidak berjaya. Akhirnya beliau merumuskan satu formula apakah perbezaannya diantara orang yang Berjaya dan tidak Berjaya. Wallace merumuskan bahawa orang yang berjaya ini berjaya kerana mereka mempunyai corak pemikiran dan cara bekerja yang tertentu. Beliau juga menerangkan corak pemikiran bagaimanakan yang mendatangkan kejayaan kepada seseorang. Corak pemikiran inilah yang akan kita lihat dalam blog – blog yang seterusnya.

Haruslah anda ingat bahawa Wallace menulis buku ini pada tahun 1908 iaitu lebih seratus tahun dahulu. Pada masa itu Hukum Tarikan belum lagi dapat diterangkan secara saintifik. Apa yang Wallace rumuskan adalah pemerhatian beliau mengenai punca kejayaan ramai orang yang Berjaya. Apa yang menarik adalah rumusan beliau adalah sangat sesuai dan boleh digunakan bersama Hukum Tarikan.Sebab itulah saya memanggil Wallace sebagai sangat pintar. Rumusan beliau untuk menjana kejayaan adalah sesuai untuk digunakan sampai bila – bila masa.

Marilah kita lihat apakah rumusan beliau.

Sebelum melihat punca corak pemikiran yang membawa kejayaan, kita perlulah 2 prinsip penting yang menjadi asas rumusan Wallace iaitu

Prinsip Melimpah Ruah ( Principle of Abundance)
Prinsip Mencipta Kekayaan vs Prinsip Merebut Kekayaan ( Creative state vs Competitive State)


PRINSIP MELIMPAHRUAH ( Principle Of Abundance)

Prinsip ini mengatakan bahawa ALLAH ( TUHAN ) MAMPU MEMBERIKAN REZEKI YANG MELIMPAH RUAH KEPADA SETIAP ORANG DIMUKABUMI.

Kita merasakan bahawa kita sudahpun mengetahui perkara ini. Tetapi adakah kita betul – betul memahami prinsip ini? Saya akan terangkan dengan lebih lanjut.

Kajian sains menunjukkan bahawa sumber alam yang ada dimukabumi ini sahaja sudah mencukupi untuk menjadikan setiap manusia dimukabumi ini menjadi jutawan.Allah juga mampu untuk menjadikan setiap dari kita lebih dari jutawan.

YANG MENGHADKAN REZEKI YANG KITA TERIMA BUKANLAH KEMAMPUAN ALLAH ( TUHAN ) UNTUK MEMBERI REZEKI TETAPI CORAK PEMIKIRAN KITA SENDIRI.


Biar saya memberikan satu contoh.

Seorang peniaga kedai makan memberitahu saya bahawa perniagaannya telah merosot. Bila saya bertanya sebabnya, dia memberitahu bahawa dulu hanya terdapat dua kedai makan ditempat dia berniaga. Sekarang terdapat 10 kedai makan ditempat yang sama. Jadi pelanggannya telah berkurangan. Menggunakan perkataannya sendiri “ Dulu kuihnya dibahagi dua , sekarang kuihnya dibahagi 10. Maka saiz setiap bahagian kuih menjadi semakin kecil”

Dia membayangkan seolah – seolah bahawa Allah tidak mampu memberikan rezeki yang sama kepada 10 orang tadi seperti rezeki yang diberikan kepada 2 orang tadi. Katakan bilangan pelanggan adalah 100 orang sehari. Maka bila terdapat 2 kedai makan bilangan pelanggan adalah 50 orang disetiap kedai Apabila kedai bertambah menjadi 10, maka bilangan pelanggan akan menjadi 10 orang bagi setiap kedai. Itulah maksud peniaga tadi

Sebenarnya ini adalah konsep yang SALAH. Prisip melimpahruah mengatakan rezeki itu tidak bergantung kepada bilangan kedai tadi. Walaupun terdapat 10 ataupun 20 buah kedai, Allah ( Tuhan ) masih mampu memberikan 50 ataupun lebih ramai lagi pelanggan kepada setiap kedai..

Bilangan pelanggan disetiap kedai tadi bergantung kepada corak pemikiran peniaga tadi. Jika dia seorang yang sentiasa beremosi positif, sentiasa bersyukur , sentiasa berfikiran positif , sentiasa menumpukan perhatian kepada apa yang positif, gembira melihat kejayaan orang lain dan sentiasa melakukan kebajikan, maka dia akan sentiasa mendapat rezeki yang melimpah ruah seperti yang diidamkannya walaupun terdapat 20 kedai disitu. Beliau juga perlu mempunyai beberapa prinsip yang akan membolehkannya mendapat rezeki yang banyak alaupun terdapat banyak kedai disitu. Kita akan melihat apakah prinsip itu kemudian.

Perniagaan peniaga ini merosot bukan kerana pertambahan bilangan kedai disitu.
PERNIAGAANNYA MEROSOT KERANA DIA PERCAYA BAHAWA PERNIAGAANNYA AKAN MEROSOT KERANA BILANGAN KEDAI YANG SEMAKIN BANYAK. Sesuai dengan kepercayaannya, maka perniagaannya pun merosot. ( lihat blog mengenai kepercayaan)

Jika dia memahami Prinsip Melimpahruah ini, dia akan faham bahawa rezekinya tidak akan berkurangan walaupun berapa banyak kedai yang ada disitu.

Wallace juga merumuskan beberapa sifat ( prinsip)yang perlu ada untuk kita mendapat rezeki yang melimpah ruah ini.Kita akan lihat prinsip – prinsip ini kemudian.

Marilah kita lihat Prisip Melimpahruah ini dengan lebih mendalam. Pernahkah anda merenung langit pada waktu malam? Bolehkan anda mengira bintang – bintang yang bertaburan dilangit? Sudah tentu tidak. Ini baru bintang – bintang yang boleh dilihat dengan matakasar. Terdapat jauh lebih banyak bintang dilangit yang kita tidak dapat lihat. Bukankah ada diantara bintang- bintang ini beribu kali lebih besar dari bumi ini? Sedarkah anda bahawa ada diantara bintang – bintang ini terletak beribu – ribu tahun cahaya dari bumi?Satu tahun cahaya adalah jarak yang dilalui oleh cahaya dalam masa setahun. Dalam masa sesaat , cahaya bergerak sejauh 300, 000kilometer.Dalam setahun cahaya bergerak sejauh 28 TRILLION (28 ,000,000,000,000 ) kilometer.Dalam setahun cahaya boleh bergerak 700 JUTA KALI MENGELILINGI PLANET BUMI.Bintang pula ada yang terletak beribu – ribu tahun cahaya dari bumi. Maka sedarkah anda berapa besar cakrawala ini?

Adakah Allah yang mampu menciptakan cakrawala yang begini hebat tidak mampu untuk memberikan perniagaan dan rezeki kepada setiap dari kita?


Seorang peniaga yang lain memberitahu saya bahawa dia takut untuk menjadi kaya kerana takut akan merampas rezeki orang lain . Dia memberi contoh bahawa jika terdapat RM 100,000 dan 10 orang peniaga, maka sepatutnya setiap peniaga akan mendapat RM10,000 seorang. Tetapi jika dia mendapat rezeki sebanyak RM 55,000 maka tinggallah RM 45,000 yang akan dikongsi oleh 9 orang lagi. Setiap orang akan mendapat hanya RM 5,000. Jadi dia telah merebut rezeki orang . Inilah kepercayaannya.Ini adalah kepercayaan yang salah. Jika dia memahami Prinsip Melimpah Ruah , dia akan faham bahawa walaupun dia mendapat rezeki yang banyak, rezeki orang lain sedikit pun tidak terjejas. Jika orang lain tidak mendapat rezeki yang banyak itu adalah kerana corak pemikiran mereka dan bukan kerana dia telah mengambil rezeki mereka.

Kepercayaan bahawa dia akan merampas rezeki orang lain jika menjadi kaya menjadi kepercayaan yang mengongkongnya. Wlaupun dia bertungkus lumus untuk menjadi kaya, mempunyai ramai kenalan, kebolehan memasarkan produk yang hebat, bantuan teknikal yang hebat, peluang perniagaan yang baik dan sebagainya, dia masih tidak akan maju. Dia perlulah memahami Prinsip MelimpahRuah ini dan mengikis kepercayaan mengongkongnya tadi sebelum dia boleh maju. Yang menghadkan rezekinya bukanlah kemampuan Allah (Tuhan ) untuk memberi tetapi kepercayaan mengongkongnya tadi.

Sayakan berikan satu lagi contoh.
Kita tidak pernah berkata bahawa “ saya dah lama sihat. Biarlah saya jatuh sakit dan beri peluang kepada orang lain untuk menjadi sihat” Kita faham bahawa samada kita sihat atau sakit langsung tidak menjejaskan peluang orang lain untuk menjadi sihat. Allah mampu memberikan kesihatan yang baik kepada setiap penduduk mukabumi ini yang semakin bertambah setiap hari. Sakit atau sihat seseorang itu ditentukan oleh corak pemikiran dan aktiviti individu tersebut. Ini adalah Prinsip Melimpahruah.
Begitu juga dengan kekayaan. Allah mampu memberikan kita kekayaan yang tidak terhingga .

Lihatlah pasir –pasir ditepi pantai. Lihatlah kekayaan sebuah hutan. Dapatkah anda melihat tanda – tanda kekayaan Allah yang mampu memberikan kita apa sahaja yang kita mahukan ?

PRINSIP MELIMPAH RUAH MENGATAKAN BAHAWA ALLAH (TUHAN) MAMPU MEMBERIKAN KITA APA SAHAJA YANG KITA MAHU.

YANG MENGHADKAN APA YANG KITA TERIMA ADALAH PEMIKIRAN KITA, BUKANNYA KEMAMPUAN ALLAH (TUHAN)

Seseorang perlu tahu bagaimana untuk kita MENCIPTA REZEKI DAN BUKANNYA MEREBUT REZEKI.Apabila kita MENCIPTA REZEKI MAKA KITA AKAN DAPAT REZEKI DARI ALLAH TANPA HAD. HADNYA HANYALAH KITA SENDIRI.

Mai kita lihat pula Prinsip Mencipta Rezeki.

PRINSIP MENCIPTA REZEKI

Apabila kita mengamalkan beberapa prinsip , kita akan seolah – olah MENCIPTA rezeki. Kita TIDAK PERLU MEREBUT REZEKI daripada orang lain.Ini adalah kerana Prinsip Melimpah Ruah tadi mengatakan kita boleh mendapai rezeki yang banyak tanpa hadnya, Hadnya Cuma minda dan Tindakan kita.

Dalam blog ini dan blog blog yang seterusnya, saya akan menerangkan beberapa pinsip yang digariskan oleh Wallace d Wattles untuk kita mencipta rezeki. Kita akan dapat melihat bahawa prinsip – pronsip ini adalah selari dengan apa yang saya tulis selama ini. Cuma ada tambahan dari segi cara kita bekerja. Prinsip prinsip ini akan membolehkan kita MENCIPTA REZEKI. TANPA HADNYA.

Ingin saya terangkan disini bahawa Sains Menjadi Kaya bukanlah untuk menjadi Kaya dari segi duit dan hartabenda sahaja. Ianya juga merupakan kekayaan dari segi hubungan kekeluargaan yang lebih baik, hubungan yang baik dengan manusia lain dan juga kesihatan yang lebih baik. Ianya juga memupuk kebesaran Allah ( Tuhan) dalam diri kita.

Dr Mohamed Farook
M.D.(UKM) OHD (NIOSH)

Rujukan
1 Science of Getting Rich oleh Wallace D. Wattles

2. Ilmu Menjadi Kaya ini merupakan terjemahan Buku Science of Getting Rich

Friday, May 28, 2010

MENUMPUKAN PERHATIAN PADA MASA SEKARANG

Lupakan semalam,

Kerana semalam hanyalah sebuah memori

Jangan risau tentang hari esok

Kerana esok hanyalah sebuah misteri


Hiduplah hari ini dengan penuh kesungguhan

Maka setiap memori anda akan menjadi memori yang indah

Dan setiap hari esok akan menjadi hari yang penuh harapan.
Penulis tidak diketahui

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat bertemu kembali.

Dalam syair diatas terdapat satu kebenaran yang sangat ajaib dan mampu mengubah setiap orang yang mengamalkannya. Apa yang lebih menghairankan adalah syair ini ditulis lebih 2000 tahun dahulu. Ianya dijumpai terpahat dalam runtuhan dalam Taman Tergantung Babylon. Jelaslah cendekiawan zaman dahulu sudah mengkaji dan menjumpai rahsia hidup. Cuma kita dihari ini tidak mengenali rahsia hidup ini!.

Marilah kita mengkaji apa yang diterangkan oleh syair purba ini.

Saya sudah menerangkan bahawa adalah sangat penting untuk menjaga emosi kita supaya sentiasa positif. Ini akan memastikan kita akan sentiasa menuju kejayaan. Selain emosi takut , sedih , marah , geram dan sebagainya, RISAU adakah satu emosi negative yang sangat penting perlu kita ELAKKAN.

Saya sudah menerangkan tentang teknik – teknik untuk menjaga emosi kita supaya sentiasa positif dan seterusnya menjana kejayaan dalam hidup kita iaitu
a) Sentiasa bersyukur dengan apa yang anda ada SEKARANG.
b) Menumpukan perhatian pada perkara yang anda kehendaki
c) Menumpukan perhatian kepada perkara yang positif dalam hidup anda
d) Gembira melihat kejayaan orang lain
e) Mengeluarkan ZAKAT dan DERMA dan sentiasa membantu orang lain

Sekarang saya hendak menerangkan satu teknik lain . Teknik ini boleh digunakan bersama – sama teknik diatas atau secara bersendirian sahaja. Mari kita lihat teknik ini,


TEKNIK 6
Sentiasa tumpukan perhatian anda kepada MASA SEKARANG.

Sila jawab soalan saya sekarang.

Adakah anda menghadapi apa- apa masalah pada masa sekarang?

Jika anda menjawab YA, maka teliti soalan saya sekali lagi.

Saya bertanya adakah anda menghadapi apa – apa MASALAH PADA MASA SEKARANG? Soalan saya bukannya adakah anda akan menghadapi apa – apa masalah setahun, sebulan , sehari atau I jam atau 10 minit dari sekarang.

Adakah anda mengalami apa – apa MASALAH PADA SAAT SEKARANG ?

SUDAH TENTU TIDAK.
Jika ada yang mengatakan mempunyai sesuatu masalah seperti masalah kewangan, maka sudah tentunya masalah itu bukan pada masa SEKARANG tetapi akan datang pada satu masa akan datang seperti esok perlu membeli barang dapur dan sebagainya. Jadi janganlah RISAU jika tidak mempunyai sebarang masalah pada MASA DAN SAAT SEKARANG.

Jika ada yang mempunyai masalah pada MASA SEKARANG, MAKA BARULAH ANDA PERLU BERTINDAK UNTUK MENGATASI MASALAH TERSEBUT. MAKA TINDAKAN ANDA UNTUK MENGATASI MASALAH YANG DIHADAPI PADA SAAT DAN MASA SEKARANG AKAN MENDAPAT PETUNJUK DAN BANTUAN ALLAH (TUHAN). MAKA MASALAH ITU AKAN MENDAPAT PENYELESAIAN YANG MUDAH DAN CEPAT.

Contoh
Jika anda sedang dikejar oleh seekor anjing, anda sudah tentu tidak berfikir panjang tentang tindakan yang perlu diambil. Sudah tentu anda akan terus bertindak dan lari dengan laju untuk mengelak digigit anjing. Inilah satu contoh masalah yang dialami pada masa sekarang dan tindakan pantas yang diambil.

MASA AKAN DATANG (FUTURE)

Sebaliknya , jika sentiasa RISAU tentang masalah yang kita belum hadapi PADA MASA SEKARANG, maka ini akan menghasilkan getaran NEGATIF dan seterusnya menarik lebih banyak masalah kedalam hidup kita (Hukum Tarikan - sila rujuk blog Hukum Tarikan)

Ramai yang menghabiskan masa mereka RISAU tentang masalah mereka yang belum tiba. Inilah yang kita perlu elakkan . Kerisauan ini akan mendatangkan lebih banyak masalah dalam hidup kita. BERHENTILAH RISAU tentang masa akan datang anda.

Anda boleh memikirkan tentang masa akan datang anda bila PERLU MENENTUKAN KEPERLUAN ANDA DIMASA DEPAN.

Kemudian kembalilah ke MASA SEKARANG.
Anda perlu
1) MERANCANG DAN
2) BERTINDAK PADA MASA SEKARANG untuk menghadapi keperluan anda dimasa akan datang.

MASA LAMPAU

Begitu juga jika seseorang itu asyik berfikir tentang MASALAH yang dialami dan KESILAPAN yang dilakukan pada MASA LAMPAU . Ini juga akan mendatangkan EMOSI NEGATIF seperti SEDIH, SESAL ,TAKUT,SEDIH dan sebagainya. Ini juga akan MENGHASILKAN GETARAN NEGATIF DAN menarik lebih banyak MASALAH KEDALAM HIDUP KITA

Kita boleh pergi kemasa lampau. Tetapi pastikan kita hanya pergi kemasa lampau untuk BELAJAR DARI KESILAPAN YANG LEPAS. Jangan sekali – kali kita fikirkan tentang kesilapan yang kita telah lakukan dan masalah – masalah yang kita pernah alami sebelum ini dimasa lampau.

BELAJARLAH DARI KESILAPAN ANDA yang anda telah lakukan pada masa lampau. Sila perhatikan bahawa proses belajar dari kesilapan ini hanya boleh dilakukan PADA MASA SEKARANG.

MASA SEKARANG

Sebenarnya , satu satunya masa yang anda ada hanyalah MASA SEKARANG. Masa lampau dan Masa akan datang hanyalah UJUD DALAM MINDA KITA.

Biar saya terangkan dengan lebih lanjut.
Katakan satu peristiwa dirancang untuk dilangsungkan pada masa akan datang..

Contohnya satu perkahwinan dirancang pada satu tarikh pada masa akan datang contohnya 01.01.2011 ( tarikh hari ini adalah 27.05.2010)

Maka sehingga masa akan datang (future) ini menjadi masa sekarang (present time ) maka kita tidak boleh ambil apa – apa tindakan untuk melakukan rancangan tersebut. Maksudnya sehingga tarikh 01.01. 2011 ( iaitu satu masa yang berada dimasa akan datang) menjadi menjadi masa sekarang , tiada tindakan yang kita boleh ambil untuk melangsungkan perkahwinan tersebut.

Dengan erti kata lain, sehingga tarikh 01.01.2011 sampai ( iaitu masa akan datang sudah menjadi masa sekarang), kita tidak boleh melangsungkan perkahwinan tersebut

Sehingga masa depan itu menjadi masa sekarang ( iaitu tarikh 01.01.2011 sampai) ,kita boleh merancang dan mengambil tindakan sebagai persediaan untuk majlis perkahwinan tersebut. Contohnya pengantin boleh mengambil kursus perkahwinan, menempah baju dan sebagainya. Merancang dan mengambil tindakan tersebut mestilah dilakukan pada masa sekarang .Majlis Perkahwinan itu sendiri perlu menunggu untuk tarikh 01.01.2011 sampai sebelum boleh dilaksanakan

Begitu juga dengan masa lampau.
Masa lampau juga ujud dalam minda kita sahaja. Setiap perkara hanya boleh berlangsung pada masa sekarang sahaja.

Contohnya, katakan seorang telah gagal dalam temuramah kerja pada 01.01.2010 .
Dia hanya boleh gagal pada masa sekarang (present time).Dia tidak boleh gagal pada masa lampau. Cuma bezanya, masa sekarang ini ujud pada 01.01.2010. Maka dia gagal temuramah kerja pada satu masa sekarang yang ujud pada 01.01.2010.

Dia perlulah belajar dari kesilapannya kenapa dia gagal dalam temuramah kerja tersebut. Dia hanya boleh belajar dari kesilapannya pada masa sekarang

Sekarang anda mungkin faham bahawa satu – satunya masa yang kita ada adalah masa sekarang. Jika anda tidak faham penjelasan ini tidak mengapa . Apa yang anda perlu faham dari blog ini saya sudah ringkaskan di bawah.



KESIMPULAN
1. Sentiasa jaga emosi anda supaya BEREMOSI POSITIF.

2. Anda hanya boleh bertindak pada masa SEKARANG.

3. Sentiasalah TUMPUKAN PERHATIAN PADA MASA SEKARANG.

4. Adakah anda mempunyai apa – apa masalah pada MASA SEKARANG iaitu PADA SAAT INI?

A) Jika TIADA , JANGAN RISAU atau mempunyai EMOSI NEGATIF LAIN.

B) Jika ADA , ambillah tindakan SEKARANG . Maka tindakan anda ini mendapat PETUNJUK DAN BANTUAN ALLAH (TUHAN). MAKA MASALAH ANDA AKAN SELESAI DENGAN MUDAH

5. MASA LAMPAU
A) JIKA ANDA MEMIKIRKAN TENTANG MASA LAMPAU, PASTIKAN ANDA HANYA SEDANG BELAJAR DARI KESILAPAN ANDA.
ANDA HANYA BOLEH BELAJAR PADA MASA SEKARANG DARI KESILAPAN ANDA DI MASA LAMPAU.
B) JANGAN FIKIRKAN TENTANG KESILAPAN YANG ANDA LAKUKAN PADA MASA LEPAS ( EMOSI NEGATIF)

C) JANGAN FIKIRKAN TENTANG NASIB MALANG YANG ANDA ALAMI PADA MASA LEPAS. ( EMOSI NEGATIF)

6. MASA AKAN DATANG
A) LIHATLAH APA KEPERLUAN ANDA PADA MASA AKAN DATANG
B) RANCANGLAH DAN BERTINDAK SEKARANG UNTUK KEPERLUAN ANDA DI MASA AKAN DATANG.
C) JANGAN RISAU TENTANG MASA AKAN DATANG

INGAT SAJAK TADI

Lupakan semalam,

Kerana semalam hanyalah sebuah memori

Jangan risau tentang hari esok

Kerana esok hanyalah sebuah misteri


Hiduplah hari ini dengan penuh kesungguhan

Maka setiap memori anda akan menjadi memori yang indah

Dan setiap hari esok akan menjadi hari yang penuh harapan.


Satu lagi falsafah yang terkenal adalah

JIKA BUKAN SEKARANG , BILA LAGI ?
( IF NOT NOW, WHEN ? ) Falsafah Zen

Bahan Rujukan
1. Power of Now Eckhart Tolle

Dr Mohamed Farook
M.D. (UKM) O.H.D( NIOSH)