Sunday, May 30, 2010

PENGENALAN SAINS MENJADI KAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syukur Alhamdulillah kita dapat berjumpa lagi .
Selama ini saya menerangkan tentang perubahan dalam minda yang perlu untuk menjana kejayaan. Mulai sekarang saya akan mula menerangkan tentang tentang cara kita hendak bekerja untuk menjana kejayaan. Untuk maksud ini saya akan merujuk kepada sebuah buku yang ditulis pada tahun 1908 iaitu Scince of Getting Rich oleh Wallace D Wattles. Bagi mereka yang boleh membaca bahasa Inggeris saya akan beri link untuk download buku ini secara percuma di hujung blog ini ( Bahagian rujukan). Versi Bahasa Malaysia buku ini juga boleh didapati dikedai buku bertajuk Ilmu Menjadi Kaya oleh Wallace D Wattles.

Sains Menjadi Kaya ( Science of getting Rich) merupakan sebuah buku yang ditulis pada tahun 1908 oleh Wallace D. Wattles . Wallace merupakan seorang yang sangat pintar. Beliau telah mengkaji 500 orang yang sangat berjaya di zamannya . Beliau juga mengkaji lebih ramai orang yang tidak berjaya. Akhirnya beliau merumuskan satu formula apakah perbezaannya diantara orang yang Berjaya dan tidak Berjaya. Wallace merumuskan bahawa orang yang berjaya ini berjaya kerana mereka mempunyai corak pemikiran dan cara bekerja yang tertentu. Beliau juga menerangkan corak pemikiran bagaimanakan yang mendatangkan kejayaan kepada seseorang. Corak pemikiran inilah yang akan kita lihat dalam blog – blog yang seterusnya.

Haruslah anda ingat bahawa Wallace menulis buku ini pada tahun 1908 iaitu lebih seratus tahun dahulu. Pada masa itu Hukum Tarikan belum lagi dapat diterangkan secara saintifik. Apa yang Wallace rumuskan adalah pemerhatian beliau mengenai punca kejayaan ramai orang yang Berjaya. Apa yang menarik adalah rumusan beliau adalah sangat sesuai dan boleh digunakan bersama Hukum Tarikan.Sebab itulah saya memanggil Wallace sebagai sangat pintar. Rumusan beliau untuk menjana kejayaan adalah sesuai untuk digunakan sampai bila – bila masa.

Marilah kita lihat apakah rumusan beliau.

Sebelum melihat punca corak pemikiran yang membawa kejayaan, kita perlulah 2 prinsip penting yang menjadi asas rumusan Wallace iaitu

Prinsip Melimpah Ruah ( Principle of Abundance)
Prinsip Mencipta Kekayaan vs Prinsip Merebut Kekayaan ( Creative state vs Competitive State)


PRINSIP MELIMPAHRUAH ( Principle Of Abundance)

Prinsip ini mengatakan bahawa ALLAH ( TUHAN ) MAMPU MEMBERIKAN REZEKI YANG MELIMPAH RUAH KEPADA SETIAP ORANG DIMUKABUMI.

Kita merasakan bahawa kita sudahpun mengetahui perkara ini. Tetapi adakah kita betul – betul memahami prinsip ini? Saya akan terangkan dengan lebih lanjut.

Kajian sains menunjukkan bahawa sumber alam yang ada dimukabumi ini sahaja sudah mencukupi untuk menjadikan setiap manusia dimukabumi ini menjadi jutawan.Allah juga mampu untuk menjadikan setiap dari kita lebih dari jutawan.

YANG MENGHADKAN REZEKI YANG KITA TERIMA BUKANLAH KEMAMPUAN ALLAH ( TUHAN ) UNTUK MEMBERI REZEKI TETAPI CORAK PEMIKIRAN KITA SENDIRI.


Biar saya memberikan satu contoh.

Seorang peniaga kedai makan memberitahu saya bahawa perniagaannya telah merosot. Bila saya bertanya sebabnya, dia memberitahu bahawa dulu hanya terdapat dua kedai makan ditempat dia berniaga. Sekarang terdapat 10 kedai makan ditempat yang sama. Jadi pelanggannya telah berkurangan. Menggunakan perkataannya sendiri “ Dulu kuihnya dibahagi dua , sekarang kuihnya dibahagi 10. Maka saiz setiap bahagian kuih menjadi semakin kecil”

Dia membayangkan seolah – seolah bahawa Allah tidak mampu memberikan rezeki yang sama kepada 10 orang tadi seperti rezeki yang diberikan kepada 2 orang tadi. Katakan bilangan pelanggan adalah 100 orang sehari. Maka bila terdapat 2 kedai makan bilangan pelanggan adalah 50 orang disetiap kedai Apabila kedai bertambah menjadi 10, maka bilangan pelanggan akan menjadi 10 orang bagi setiap kedai. Itulah maksud peniaga tadi

Sebenarnya ini adalah konsep yang SALAH. Prisip melimpahruah mengatakan rezeki itu tidak bergantung kepada bilangan kedai tadi. Walaupun terdapat 10 ataupun 20 buah kedai, Allah ( Tuhan ) masih mampu memberikan 50 ataupun lebih ramai lagi pelanggan kepada setiap kedai..

Bilangan pelanggan disetiap kedai tadi bergantung kepada corak pemikiran peniaga tadi. Jika dia seorang yang sentiasa beremosi positif, sentiasa bersyukur , sentiasa berfikiran positif , sentiasa menumpukan perhatian kepada apa yang positif, gembira melihat kejayaan orang lain dan sentiasa melakukan kebajikan, maka dia akan sentiasa mendapat rezeki yang melimpah ruah seperti yang diidamkannya walaupun terdapat 20 kedai disitu. Beliau juga perlu mempunyai beberapa prinsip yang akan membolehkannya mendapat rezeki yang banyak alaupun terdapat banyak kedai disitu. Kita akan melihat apakah prinsip itu kemudian.

Perniagaan peniaga ini merosot bukan kerana pertambahan bilangan kedai disitu.
PERNIAGAANNYA MEROSOT KERANA DIA PERCAYA BAHAWA PERNIAGAANNYA AKAN MEROSOT KERANA BILANGAN KEDAI YANG SEMAKIN BANYAK. Sesuai dengan kepercayaannya, maka perniagaannya pun merosot. ( lihat blog mengenai kepercayaan)

Jika dia memahami Prinsip Melimpahruah ini, dia akan faham bahawa rezekinya tidak akan berkurangan walaupun berapa banyak kedai yang ada disitu.

Wallace juga merumuskan beberapa sifat ( prinsip)yang perlu ada untuk kita mendapat rezeki yang melimpah ruah ini.Kita akan lihat prinsip – prinsip ini kemudian.

Marilah kita lihat Prisip Melimpahruah ini dengan lebih mendalam. Pernahkah anda merenung langit pada waktu malam? Bolehkan anda mengira bintang – bintang yang bertaburan dilangit? Sudah tentu tidak. Ini baru bintang – bintang yang boleh dilihat dengan matakasar. Terdapat jauh lebih banyak bintang dilangit yang kita tidak dapat lihat. Bukankah ada diantara bintang- bintang ini beribu kali lebih besar dari bumi ini? Sedarkah anda bahawa ada diantara bintang – bintang ini terletak beribu – ribu tahun cahaya dari bumi?Satu tahun cahaya adalah jarak yang dilalui oleh cahaya dalam masa setahun. Dalam masa sesaat , cahaya bergerak sejauh 300, 000kilometer.Dalam setahun cahaya bergerak sejauh 28 TRILLION (28 ,000,000,000,000 ) kilometer.Dalam setahun cahaya boleh bergerak 700 JUTA KALI MENGELILINGI PLANET BUMI.Bintang pula ada yang terletak beribu – ribu tahun cahaya dari bumi. Maka sedarkah anda berapa besar cakrawala ini?

Adakah Allah yang mampu menciptakan cakrawala yang begini hebat tidak mampu untuk memberikan perniagaan dan rezeki kepada setiap dari kita?


Seorang peniaga yang lain memberitahu saya bahawa dia takut untuk menjadi kaya kerana takut akan merampas rezeki orang lain . Dia memberi contoh bahawa jika terdapat RM 100,000 dan 10 orang peniaga, maka sepatutnya setiap peniaga akan mendapat RM10,000 seorang. Tetapi jika dia mendapat rezeki sebanyak RM 55,000 maka tinggallah RM 45,000 yang akan dikongsi oleh 9 orang lagi. Setiap orang akan mendapat hanya RM 5,000. Jadi dia telah merebut rezeki orang . Inilah kepercayaannya.Ini adalah kepercayaan yang salah. Jika dia memahami Prinsip Melimpah Ruah , dia akan faham bahawa walaupun dia mendapat rezeki yang banyak, rezeki orang lain sedikit pun tidak terjejas. Jika orang lain tidak mendapat rezeki yang banyak itu adalah kerana corak pemikiran mereka dan bukan kerana dia telah mengambil rezeki mereka.

Kepercayaan bahawa dia akan merampas rezeki orang lain jika menjadi kaya menjadi kepercayaan yang mengongkongnya. Wlaupun dia bertungkus lumus untuk menjadi kaya, mempunyai ramai kenalan, kebolehan memasarkan produk yang hebat, bantuan teknikal yang hebat, peluang perniagaan yang baik dan sebagainya, dia masih tidak akan maju. Dia perlulah memahami Prinsip MelimpahRuah ini dan mengikis kepercayaan mengongkongnya tadi sebelum dia boleh maju. Yang menghadkan rezekinya bukanlah kemampuan Allah (Tuhan ) untuk memberi tetapi kepercayaan mengongkongnya tadi.

Sayakan berikan satu lagi contoh.
Kita tidak pernah berkata bahawa “ saya dah lama sihat. Biarlah saya jatuh sakit dan beri peluang kepada orang lain untuk menjadi sihat” Kita faham bahawa samada kita sihat atau sakit langsung tidak menjejaskan peluang orang lain untuk menjadi sihat. Allah mampu memberikan kesihatan yang baik kepada setiap penduduk mukabumi ini yang semakin bertambah setiap hari. Sakit atau sihat seseorang itu ditentukan oleh corak pemikiran dan aktiviti individu tersebut. Ini adalah Prinsip Melimpahruah.
Begitu juga dengan kekayaan. Allah mampu memberikan kita kekayaan yang tidak terhingga .

Lihatlah pasir –pasir ditepi pantai. Lihatlah kekayaan sebuah hutan. Dapatkah anda melihat tanda – tanda kekayaan Allah yang mampu memberikan kita apa sahaja yang kita mahukan ?

PRINSIP MELIMPAH RUAH MENGATAKAN BAHAWA ALLAH (TUHAN) MAMPU MEMBERIKAN KITA APA SAHAJA YANG KITA MAHU.

YANG MENGHADKAN APA YANG KITA TERIMA ADALAH PEMIKIRAN KITA, BUKANNYA KEMAMPUAN ALLAH (TUHAN)

Seseorang perlu tahu bagaimana untuk kita MENCIPTA REZEKI DAN BUKANNYA MEREBUT REZEKI.Apabila kita MENCIPTA REZEKI MAKA KITA AKAN DAPAT REZEKI DARI ALLAH TANPA HAD. HADNYA HANYALAH KITA SENDIRI.

Mai kita lihat pula Prinsip Mencipta Rezeki.

PRINSIP MENCIPTA REZEKI

Apabila kita mengamalkan beberapa prinsip , kita akan seolah – olah MENCIPTA rezeki. Kita TIDAK PERLU MEREBUT REZEKI daripada orang lain.Ini adalah kerana Prinsip Melimpah Ruah tadi mengatakan kita boleh mendapai rezeki yang banyak tanpa hadnya, Hadnya Cuma minda dan Tindakan kita.

Dalam blog ini dan blog blog yang seterusnya, saya akan menerangkan beberapa pinsip yang digariskan oleh Wallace d Wattles untuk kita mencipta rezeki. Kita akan dapat melihat bahawa prinsip – pronsip ini adalah selari dengan apa yang saya tulis selama ini. Cuma ada tambahan dari segi cara kita bekerja. Prinsip prinsip ini akan membolehkan kita MENCIPTA REZEKI. TANPA HADNYA.

Ingin saya terangkan disini bahawa Sains Menjadi Kaya bukanlah untuk menjadi Kaya dari segi duit dan hartabenda sahaja. Ianya juga merupakan kekayaan dari segi hubungan kekeluargaan yang lebih baik, hubungan yang baik dengan manusia lain dan juga kesihatan yang lebih baik. Ianya juga memupuk kebesaran Allah ( Tuhan) dalam diri kita.

Dr Mohamed Farook
M.D.(UKM) OHD (NIOSH)

Rujukan
1 Science of Getting Rich oleh Wallace D. Wattles

2. Ilmu Menjadi Kaya ini merupakan terjemahan Buku Science of Getting Rich

No comments:

Post a Comment