Saturday, December 26, 2009

Kepercayaan Mengongkong

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat bertemu kembali.
Marilah kita melihat bagaimana kepercayaan yang salah boleh menghalang dan mengongkong kita dari mencapai kejayaan.Kepercayaan mengokong adalah kepercayaan yang salah yang mengongkong kejayaan kita
Contoh kepercayaan mengongkong
1) Adalah susah untuk mencari duit

2) Duit adalah jahat

3) Orang kaya adalah tamak

4) Orang kaya adalah jahat.
Saya akan menjadi jahat jika saya menjadi kaya.
Saya adalah seorang yang baik . Saya tidak boleh menjadi kaya . Jika saya menjadi kaya , saya akan menjadi jahat

5) Saya tidak bo;leh menjadi kaya jika tidak menipu.
Saya seorang yang baik. Oleh itu saya tidak boleh menipu. Oleh kerana saya tidak boleh menipu , saya tidak boleh menjadi kaya.
6) Saya tidak pandai berniaga.

7) Kita tidak boleh Berjaya dalam perniagaan tanpa kontak
Saya tidak mempunyai kontak , jadi saya tidak boleh Berjaya dalam perniagaan.

8) Kita tidak boleh Berjaya tanpa pelajaran yang tinggi.
Saya tidak mempunyai pendidikan yang tinggi , jadi saya tidak boleh menjadi kaya..

Terdapat banyak lagi contoh yang sedemikian

Seperti yang anda boleh lihat, semua kepercayaan ini adalah silap. WALAUBAGAIMANAPUN, SETIAP KEPERCAYAAN ANDA TAK KIRA BETUL ATAU TIDAK ,AKAN MENJADI KENYATAAN UNTUK ANDA


Saya ingin memberi satu contoh. Sehingga tahun 1954 manusia mempercayai bahawa adalah mustahil untuk berlari satu batu dalam masa 4 minit. Para doctor yang terkemuka juga mempercayai bahawa jantung manusia akan pecah jika dia cuba berlari satu batu dalam masa 4 minit. Pada tahun 1954 Roger Bannister , seorang penuntut perubatan telah mencabar kepercayaan ini. Beliau telah Berjaya lari satu batu dalam masa 3 minit 59.4 saat.Sejak itu, berpuluh – puluh ahli sukan telah Berjaya lari satu batu dalam masa 4 minit. . Apakah yang telah berlaku? Adakah manusia telah tiba – tiba menjadi kuat.? Sebenarnya apabila manusia percaya bahawa adalah mustahil untuk berlari satu batu dalam 4 minit, maka tidak siapa pun yang boleh melakukannya. Apabila kepercayaan ini dipecahkan, maka ramai manusia telah melakukan larian satu batu dalam 4 minit.

Contoh kedua
Apabila seekor anak gajah diikat dengan rantai besi yang kecil, anak gajah itu akan cuba memutuskan rantai tersebut. Setelah puas mencuba dan gagal , anak gajah tersebut akan percaya adalah mustahil untuk memutuskan rantai tersebut. Selepas beberapa tahun, anak gajah tadi telah membesar menjadi seekor gajah yang besar. Sekarang gajah tadi mampu untuk memutuskan rantai tadi dengan mudah. Walaubagaimanapun, gajah tadi yang percaya bahawa dia tidak boleh memutuskan rantai tadi, tidak akan mencuba memutuskan rantai tersebut . Maka penjaga gajah yang mengetahui perkara ini tidak akan menukar rantai yang kecil tadi

Beginilah kita dalam kehidupan kita dirantai dengan berbagai – bagai kepercayaan yang salah. Selagi kita tidak menukar kepercayaan yang salah tadi, maka kita akan mengalami berbagai masalah dalam kehidupan kita. Ini sesuai dengan hadis Qudsi tadi yang mengatakan Allah akan bertindak seperti kepercayaan kita. Kita hanya perlu menukar kepercayaan tadi untuk Berjaya dalam hidup.

Sistem Kepercayaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat bertemu kembali. Kali ini saya inginmembincangkan satu topik penting iaitu sistem kepercayaan kita.Sistem kepercayaan kita merupakan satu komponen penting dalam menentukan kejayaan kita.disamping Hukum Tarikan dan Hukum Tindakbalas.
Hadis Qudsi ‘ Aku adalah sebagaimana yang kamu prasangka. Dan kamu bebas berprasangka sebagaimana yang kamu hendak.’. Dalam hadis ini , Allah mmberitahu kita dia akan bertindak sebagaimana yang kita percaya. Jika kita percaya bahawa kita akan hidup senang dan berjaya dan seterusnya berusaha untuk maju, maka kita akan menjadi senang dan Berjaya. Jika kita percaya bahawa kita adalah bernasib malang dan selalu gagal, maka Allah akan menzahirkan kepercayaan tadi. Maka kita akan selalu bernasib malang dan gagal. Kegagalan ini adalah berpunca dari kepercayaan kita yang silap tadi.

INGAT, SETIAP KEPERCAYAAN KITA SAMADA BETUL ATAU TIDAK AKAN MENJADI KENYATAAN

Kita bukan bernasib malang tetapi oleh kerana kita percaya bahawa kita bernasib malang, maka Allah (Tuhan) menzahirkan kepercayaan tadi dan seterusnya kita kelihatan seperti selalu menjadi bernasib malang. .

Perhatikan bahawa dalam Hadis Qudsi tadi Allah memberitahu bahawa kita bebas MEMILIH KEPERCAYAAN KITA.( ‘kamu bebas berprasangka seperti mana yang kamu hendak’) MAKA KITA BEBAS MEMILIH KEPERCAYAN YANG MEMBAWA KEJAYAAN KEPADA KITA.Contohnya kita boleh percaya bahawa kita sentiasa Berjaya , maka kita akan sentiasa Berjaya dalam segala usaha kita . Jika kita percaya bahawa apa sahaja yang berlaku adalah untuk kebaikan kita maka semua yang berlaku akan menjadi untuk kebaikan kita. Contohnya satu masalah yang timbul akan menjadi pengajaran untuk kita dan seterusnya membawa kebaikan., Seseorang yang belum berkahwin boleh percaya yang dia akan mendapat pasangan yang sesuai maka dia akan mendapat pasangan yang sesuai . Semua kepercayaan ini akan menjadi kenyataan jika orang itu mempercayainya dengan penuh keyakinan.

SISTEM KEPERCAYAAN
Bagaimanakah system kepercayaan terbentuk? Semasa baru lahir , kita belum mempunyai satu system kepercayaan lagi. Pada umur 2 tahun, kita mula memerhatikan orang lain terutamanya ibubapa dan guru kita.Apa sahaja yang kita perhatikan menjadi sIstem kepercayaan kita.Input yang kita terima melalui 5 deria kita menjadi sIstem kepercayaan kita. Jika ibubapa merokok , minum minuman keras atau mengambil dadah , maka anaknya akan percaya bahawa merokok, minum minuman keras atau mengambil dadah adalah bagus. Maka anak itu juga akan cenderung untuk menjadi seorang perokok, peminum arak atau penagih dadah.. Jika ibubapa mengatakan bahawa anaknya adalah bodoh , maka anak tersebut akan percaya bahawa dirinya adalah bodoh. Maka anak itu akhirnya akan menjadi bodoh walaupun pada asalnya ia adalah seorang yang cerdik.Jika ibubapa sentiasa membincangkan masalah kewangan didepan anak meeka, maka anak itu akan percaya bahawa duit memang sukar diperolehi.

Dari umur 2 hingga 7 tahun , penapis RES belum terbentuk. Maka Minda Bawah Sedar akan menerima semua input yang diterima dan menukarnya menjadi system kepercayaan tanpa mengira input itu betul atau tidak. Sebab inilah orang dewasa perlu berjaga – jaga tentang apa yang dilakukan dan dibincangkan didepan kanak – kanak terutamanya yang berumur 2 hingga 7 tahun. Semua yang kita lakukan dan bincangkan , tak kira betul atau salah akan menjadi sistem kepercayaannya.

Beginilah sistem kepercayaan kita terbentuk. Apabila sesuatu perkara itu sudah menjadi kepercayaan kita, ia akan menjadi sangat sukar untuk mengubahnya tak kira samada kepercayaan itu betul atau tidak.

Sebagai contoh saya mengenali seorang yang percaya bahawa semua orang kaya mempunyai masalah keluarga. Kita memang tahu bahawa kepercayaan ini tidak benar. Terdapat ramai orang kaya yang mempunyai kehidupan berkeluarga yang bahagia. Semasa kanak – kanak dia mempunyai seorang jiran yang kaya tetapi mempunyai masalah keluarga. Dari situ dia membentuk kepercayaaan bahawa semua orang kaya mempunyai masalah keluarga. Mengikut Hukum Tarikan , dia akan menarik lebih ramai orang kaya yang mempunyai masalah keluarga kedalam hidupnya. Walaupun dia menjumpai seorang kaya yang mempunyai kehidupan berkeluarga yang bahagia, input ini akan ditapis dari sampai kepada Minda Bawah Sedarnya oleh pnapis RES.Jadi kepercayaannya akan menjadi lebih kuat. Dia mungkin berusaha dengan gigih untuk menjadi kaya tanpa mnyedari tentang kepercayaannya ( bahawa semua orang kaya mempunyai masalah keluarga) kerana kepercayaan ini terdapat dalam Minda Bawah Sedar.Minda Bawah Sedarnya pula tidak mahu menjadi kaya kerana takut apabla menjadi kaya ia sudah tentu akan mempunyai masalah keluarga.Setiap kali dia berusaha menjadi kaya , dia akan gagal. Mungkin terdapat factor luaran yang nampaknya seperti menggagalkan rancangannya untuk menjadi kaya seperti tidak boleh mendapat pinjaman bank dan kemelesetan ekonomi. Punca sebenar kegagalannya adalah kepercayaannya tadi.( rujuk blog nasihat paling penting blog http://drfarook.blogspot.com ) . Dia mungkin seorang yang berkebolehan , berpelajaran tinggi, berkemahiran tinggi mempunyai modal dan berusaha dengan cekal untuk berjaya. Walaubagaimanapun dia tidak akan Berjaya selagi kepercayaannya tadi tidak dibuang.

Saya akan menyambung topik kepercayaan ini mengenai kepercayaan mengongkong di masa akan datang.
Sekian. Terimakasih

Dr. mohamed Farook Raj Mohamed

Saturday, November 14, 2009

Emosi dan Kepentingannya

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Syukur alhamdulillah kita dapat berjumpa lagi kali ini.Apabila membincangkan tentang Hukum Tarikan ramai yang mengadu mengatakan Hukum Tarikan tidak berkesan. Mereka sudah belajar dan mengamalkan Hukum Tarikan, tetapi mereka mengatakan mereka masih mengalami masalah dalam hidup mereka. Kenapakah ini berlaku?

Sebenarnya , Hukum Tarikan merupakan satu hukum Fizik yang ditetapkan oleh Allah(Tuhan) dan tidak pernah gagal, sama seperti Hukum Graviti. Masalahnya, kebanyakan pakar motivasi yang terulung dari seluruh dunia termasuk Rhonda Bryne ( penulis buku The Secret) , Michael J. Losier ( penulis buku Law of Attraction) malahan Anthony Robbins dan Joe Vitale sendiri tidak mengenali kepentingan EMOSI dalam HUKUM TARIKAN.,

Biar saya jelaskan faktor emosi dengan lebih jelas.Setiap perkara yang kita fikirkan mempunyai dua aspek.Aspek pertama adalah perkara yang kita fikirkan dan aspek kedua ketiadaan perkara yang kita fikirkan, Contohnya , kita mungkin berpendapat bahawa kita selalu memikirkan tentang wang, jadi kita sepatutnya menarik lebih banyak wang kedalam hidup kita. Pendapat kita mungkin betul .Kita mungkin sedang memikirkan tentang wang dan seterusnya menghasilkan getaran positif .Seterusnya kita menarik perkara positif kedalam hidup kita. (rujuk blog Hukum Tarikan) .Tetapi, kita mungkin juga sedang memikirkan tentang ketiadaan wang (fikiran negative) dan sedang menghasilkan getaran negative. Getara negative ini akan menarik lebih banyak masalah ke dalam hidup kita. (rujuk blog – blog yang lepas).Jadi , akan ada lebih banyak masalah kewangan dan juga masalah lain dalam hidup kita.

Seseorang mungkin berpendapat dia sedang berfikiran positif , sedangkan dia sedang berfikiran negative. Ini adalah kerana setiap hari ada beribu – ribu fikiran yang terlintas dalam fikiran kita. Kita tidak mampu mengawal semua fikiran ini dan memastikannya sentiasa positif. Jadi bagaimana kita hendak mengetahui samada kita berfikiran positif atau negative? Jawapannya ada lah dengan merujuk kepada EMOSI kita.

Apabila kita mempunyai EMOSI POSITIF , maknanya kita sedang BERFIKIRAN POSITIF. Contoh emosi positif adalah gembira, tenang , lega, bersyukur dan sebagainya. Jika ianya positif, maka anda sedang berfikiran positif. Jika emosi anda negative, maka anda sedang berfikiran negatif. EMOSI NEGATIF seperti takut, marah,geram, risau, dan sebagainya menunjukkan kita sedang BERFIKIRAN NEGATIF. Jadilah rujuklah pada emosi anda pada setiap masa.Jika kita mempunyai emosi positif , maka kita sedang berfikiran positif . Jika kita beremosi negatif, maka kita sedang berfikiran negatif.

Saya berikan satu contoh supaya mudah difahami. Anda mungkin mengetahui tentang system Panduan Kereta GPS. (GPS Car navigation System). Apabila seorang yang sedang memandu kereta yang mempunyai system panduan GPS ini ingin hendak pergi kemana – mana, maka dia hanya perlu memasukkan destinasinya kedalam system panduan tadi. Contohnya , jika dia berada di Kuala Lumpur dan ingin ke Singapura, maka dia perlulah memasukkan destinasinya sebagai Singapura. Maka , system itu akan menunjukkan jalan terbaik dari Kuala Lumpur ke Singapura . Selagi kita mengikut jalan yang dicadangkan oleh system panduan tadi, maka tiada masalah. Tetapi jika orang itu menyimpang dari jalan yang dicadangkan oleh system panduan GPS tadi, maka satu bunyi amaran akan dikeluarkan oleh system GPS tadi. Contohnya , jika dia keluar di Seremban padahal dalam system GPS tadi destinasinya adalah Singapura, maka system GPS akan mengeluarkan bunyi amaran. Apabila orang itu kembali kejalanraya yang menuju ke Singapura, maka bunyi amaran tadi akan berhenti. Maka secara ringkasnya, supaya sampai ke Singapura, orang itu hendaklah memastikan sistem panduan GPS tidak mengeluarkan bunyi amaran . Maka dia akan sampai kedestinasinya (Singapura) tanpa tersesat. .

Begitu juga Allah (tuhan) telah memberikan kita satu system panduan yang sangat ringkas dan berkesan iaitu SISTEM PANDUAN EMOSI. Sistem ini berperanan menunjukkan samada kita berfikiran positif atau negatif pada satu – satu masa. Jika kita mempunyai emosi positif seperti gembira, tenang, lega bersyukur dan sebagainya, maka ini menunjukkan orang itu berfikiran positif. Sebaliknya, jika seseorang itu mempunyai EMOSI NEGATIF seperti marah, geram, takut, sedih, risau dan sebagainya maka dia sedang berfikiran NEGATIF. Emosi Negatif ini merupakan amaran dari Allah (tuhan) bahawa dia sudah menyimpang dari jalan yang betul (seperti bunyi amaran dari system panduan GPS kereta apabila kita silap jalan). Kita perlulah berbuat sesuatu serta – merta supaya emosi kita menjadi positif. Barulah maknanya kita berada dijalan yang betul menuju kejayaan.

PENDEKATA, SATU CARA TERBAIK UNTUK MEMASTIKAN KITA MENUJU KEJAYAAN ADALAH SENTIASA BERGEMBIRA. Tidak hairanlah dalam kursusnya, Anthony Robbins mengatakan sebenarnya kita tidak perlu mengikuti kursus tersebut , sebaliknya pastikan kita sentiasa gembira dan kita pasti mencapai kejayaan. Begitu juga Joe Vitale dalam bukunya yang sangat terkenal ‘The Attracto Factor’ mengatakan sebenarnya kita tidak perlu membaca bukunya. Kita hanya perlu memastikan kita sentiasa gembira dan kita akan mencapai kejayaan.

Cara untuk memastikan kita sentiasa beremosi positif adalah dengan memastikan kita sentiasa bersyukur (rujuk blog bersyukur) dan menumpukan perhatian pada perkara yang positif. (rujuk blog menumpukan perhatian pada perkara yang positif)

Kesimpulan
Saya sudah pun menerangkan secara saintifik kenapa jika kita sentiasa gembira kita akan mencapai kejayaan. Emosi positif seperti gembira menunjukkan yang kita sedang berfikiran positif. Fikiran positif ini akan menghasilkan getaran positif dan seterusnya menarik perkara positif (kejayaan) kedalam hidup kita ( rujuk blog Hukum Tarikan). Begitu juga emosi negative menunjukkan kita sedang berfikiran negative. Fikiran negative akan menghasilkan getaran negative dan seterusnya menarik lebih banyak masalah kedalam kehidupan kita.

Disamping itu jangan lupa Hukum Tindakan dan Tindakbalas yang mengatakan setiap tindakan kita ada tindakbalasnya. (rujuk blog Kebajikan dan Hukum Tindakan dan Tindakbalas)
Jadi untuk mencapai kejayaan , pastikan kita sentiasa mempunyai emosi positif seperti gembira dan sentiasa melakukan kebajikan. Maka kita pasti (berjaya dengan izin Tuhan).

Sekian.
Dr. Mohamed Farook bin Raj Mohamed

Wednesday, October 28, 2009

Mengatasi Masalah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syukur alhamdulillah kita dapat berjumpa lagi pada pos kali ini.
Sebelum saya meneruskan tentang cara menjana kejayaan melalui perubahan minda, saya ingin menerangkan sedikit tentang cara mengatasi dan mengelakkan masalah.

Apabila saya berkata jangan tumpukan perhatian perkara negative (masalah) dalam hidup kita dalam blog yang lepas, bagaimana pula jika kita sudah mempunyai masalah? Anda mungkin bertanya bagaimanakah kita boleh mengatasinya jika kita tidak memikirkan masalah tadi?

Anthony Robbins menganggarkan bahawa apabila kita berfikir tentang sesuatu masalah, sebanyak 90% masa berfikir tadi sebenarnya digunakan untuk berfikir tentang masalah tadi. Iaitu kita berfikir dan risau tentang masalah. Jika terdapat masalah kewangan , kita menghabiskan 90% masa untuk risau tentang masalah kewangan tadi. Cuma 10% sahaja masa digunakan untuk berfikir tentang cara untuk mengatasi masalah tadi.

Jika kita berfikir dan risau tentang masalah kewangan tadi, ia akan menghasilkan getaran negative. (Hukum Tarikan). Ini seterusnya akan menarik lebih banyak masalah kedalam hidup kita . Masalah baru mungkin dalam bentuk masalah kewangan juga atau mungkin masalah lain seperti masalah hubungan atau kesihatan. Masalah kewangan yang asal juga semakin teruk.Apabila kita menumpukan perhatian pada masalah tadi, menurut Kuantum Fizik maka perkara negative ( masalah ) akan semakin banyak dalam hidup kita. Perkara positif pula tidak mendapat perhatian kerana kita asyik berfikir tentang masalah tadi. Maka perkara positif akan semakin lenyap dalam hidup kita.. Berfikir dan risau tentang masalah ini tidak mendatangkan sebarang kebaikan dalam hidup kita.

Apabila berfikir tentang masalah , jangan berfikir tentang masalah itu sendiri. Sebaliknya fukirkan tentang beberapa perkara yang boleh membantu MENGATASI DAN MENGELAKKAN MASALAH TADI.. Berfikir tentang cara mengatasi dan mengelakkan masalah tadi adalah berlainan dari berfikir tentang masalah itu sendiri . Berfikir tentang cara mengatasi dan mengelakkan masalah akan menghasilkan getaran positif dan menarik lebih banyak perkara positif dalam hidup kita. Kita juga sedang menumpukan perhatian pada perkara positif. Jadi menurut kuantum fizik, semakin banyak perkara positif akan timbul dalam hidup kita. Masalah juga akan semakin kurang dalam hidup kita.

Dalam blog mengenai “ Nasihat yang sangat penting (bahagian 1)” , saya meringkaskan punca semua masalah dalam hidup kita sebagai 4 iaitu
1) Hukum Tarikan – apabila kita tidak mengenali hukum tarikan , kita asyik berfikir tentang sesuatu masalah dan menarik lebih banyak masalah kedalam hidup kita seperti yang saya terangkan diatas

2) Hukum Tindakan dan Tindakbalas – apabila seseorang melakukan tindakan seperti melakukan kesalahan menerima rasuah dan menipu maka masalah akan timbul.( rujuk blog mengenai kebajikan ). Masalah ini merupakan tindakbalas kepada tindakan menerima rasuah tadi.

3) Teguran dari Allah – apabila ada perkara yang perlu kita pelajari, maka Allah akan menghantar masalah untuk mengajar kita. Selagi kita tidak belajar dari masalah tersebut, maka masalah tersebut akan berulang – ulang dalam hidup kita. Setelah kita belajar dari masalah tersebut , barulah masalah tersebut akan hilang.

Satu cara yang senang untuk mengelak masalah yang berpunca dari teguran Allah ini adalah dengan belajar dari kesilapan orang lain. Jika kita sudah belajar dari kesilapan orang lain, maka masalah itu tidak akan ujud dalam kehidupan kita . Contohnya, kita boleh melihat masalah yang dialami oleh seorang penagih dadah, maka kita dapat belajar dari kesilapan mereka. Maka jika kita sudah belajar dari kesilapan mereka, maka kita tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Begitu juga kita boleh melihat nasib orang yang menipu, menerima rasuah , mereka yang tidak mematuhi undang- undang jalanraya dan mat rempit. Kita boleh elakkan kesilapan mereka dan seterusnya mengelakkan masalah yang timbul dalam hidup mereka.supaya tidak timbul dalam hidup kita.


4) Ujian dari Allah - Kadangkala kita akan menerima masalah sebagai ujian dari Allah. Kita hanya perlu bersabar, bersyukur dengan apa yang ada, redha dan berusaha mengatasi masalah. Maka ujian itu akan berlalu dengan cepat. Selepas Ujian berlalu , kita biasanya akan mendapat rahmat yang lebih besar dari Allah.


Apa yang perlu kita lakukan apabila kita menghadapi masalah?
Dalam NLP kita akan belajar bahawa kita mesti bertanya soalan kepada Minda Bawah Sedar dan kita akan dapat jawapan kepada soalan tadi.

Jadi kita mestilah selalu bertanya soalan kepada Minda Bawah Sedar. Jawapan kepada soalan ini akan mempengaruhi kualiti hidup kita.

Soalan Pertama yang perlu anda Tanya bila anda menghadapi masalah adalah
APAKAH YANG SAYA BOLEH BELAJAR DARI MASALAH INI
?
Masalah tadi mungkin berpunca dari salah satu dari 4 sebab diatas.Jika ia berpunca dari kita tidak mengenali dan mengamalkan Hukum Tarikan, maka kita mestilah membetulkan corak pemikiran kita. Jika ia berpunca dari seseorang yang menyalahi Hukum Tindakan dan Tindakbalas, iaitu melakukan kesalahan seperti rasuah, maka ia akan menerima tindakbalasnya. Maka ia mestilah membetulkan tindakannya untuk mengelakkan masalah di masa hadapan.

Jika masalah adalah teguran dari Allah maka, ia mestilah melihat apa yang perlu dipelajarinya dari masalah ini. Jika ia merupakan ujian dari Allah, maka ia perlulah bersabar , bersyukur dan redha. Maka ujian itu akan selesai dengan cepat dan kejayaan yang lebih besar akan dicapai.

Jik kita tidak belajar dari masalah tersebut, maka masalah tersebut akan berulang – ulang sehingga kita dapat belajar dari masalah tersebut. Seperti yang saya sebut tadi, jika kita belajar dari masalah dan kesilapan orang lain, maka masalah ini akan dapat dielakkan dalam hidup kita.

SOALAN KEDUA
APAKAH YANG BAGUS TENTANG MASALAH INI?
ATAU
APAKAH YANG BOLEH JADI BAGUS MENGENAI MASALAH INI?
Jika seseorang ditipu RM1000 , maka dia boleh berjaga – jaga supaya dia tidak kena tipu lagi. Maka dia belajar dari kesilapannya. Juga dia patut bersyukur kerana tidak kerugian RM2000 . Dalam setiap masalah tanyalah apa yang bagus tentang masalah ini. Jika tiada tanyalah apa yang boleh jadi bagus tentang masalah ini? Soalan ini akan melatih minda supaya sentiasa mencari aspek positif dalam setiap masalah.

SOALAN KETIGA
BAGAIMANAKAH SAYA BOLEH MENGATASI MASALAH INI?
ATAU
BAGAIMANAKAH SAYA BOLEH MENGATASI MASALAH INI DAN MERASA SERONOK MELAKUKANNYA?
Ambillah langkah – langkah yang perlu untuk mengatasi masalah ini

SOALAN KEEMPAT
BAGAIMANAKAH SAYA BOLEH MENCEGAH MASALAH INI DARI BERULANG?
Ambillah langkah – langkah pencegahan


LANGKAH KELIMA INI MERUPAKAN LANGKAH PALING PENTING IAITU

LUPAKAN MASALAH TERSEBUT

Jika kita tidak melupakan masalah tadi dan asyik berfikir tentang masalah tadi, maka menurut Hukum Tarikan dan Kuantum Fizik maka masalah ini akan menjadi lebih besar walaupun kita cuba mengatasinya. Masalah lain juga akan mula timbul.

Bagaimana kita boleh lupakan masalah tadi? Caranya adalah dengan menumpukan perhatian pada perkara yang positif.( rujuk blog mengenai menumpukan perhatian pada perkara positif)

Jika kita memikirkan berkenaan masalah, ia mestilah dalam kontek (hubungan ) empat soalan tadi. Jika ia tidak berkaitan dengan 4 soalan tadi , maka lupakan masalah tadi. Iaitu kita hanya berfikir apa yang perlu dipelajari dari masalah itu, apa yang bagus tentang masalah itu, cara mengatasinya dan cara mencegahnya. KEMUDIA LUPAKAN MASALAH TERSEBUT. Maka kita akan dapati masalah semakin lenyap dari hidup kita.Kita perlulah bersyukur dengan apa yang ada, bersabar , redha dan pada masa yang sama berusaha mengatasi dan mencegah masalah tadi.

Sekian.
Dr. Mohamed Farook bin Raj Mohamed

Tuesday, October 27, 2009

MENUMPUKAN PERHATIAN PADA APA YANG KITA HENDAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Syukur alhamdulillah kita dapat berjumpa lagi kali ini
Kita mungkin bertanya kepada orang lain apa yang mereka hendak .Contohnya jika ada seorang yang mencari kerja, kita mungkin bertanya pekerjaan yang bagaimana pilihan mereka. Majoriti daripada orang yang ditanya apa yang mereka hendak akan memberi jawapan apa yang mereka tidak hendak. Anthony Robbins menganggarkan 70 -80 % manusia akan menjawap apa yang mereka tidak hendak. Contohnya jika ditanya pekerjaan bagaimana yang mereka cari, mereka akan menjawab bahawa mereka hendak pekerjaan dimana majikannya tidak akan memarahi pekerja didepan pekerja lain, tidak mahu bekerja shif malam, tidak mahu bekerja pada hari cuti am dan sebagainya. Ini semua adalah apa yang mereka tidak hendak dan tidak menjawab soalan apa yang mereka hendak tadi.

Adakah ini penting? Ia adalah amat penting. Apabila seorang ditanya apa yang dia hendak dan memberi jawapan apa yang dia tidak hendak , bermakna fokusnya adalah pada apa yang dia tidak hendak. Ini berlaku kerana kerana mindanya merujuk kepada pengalaman lepas dan mencari apa yang dia tidak hendak .. Apabila fokus seseorang adalah pada apa yang dia tidak hendak, maka perkara yang mendapat perhatiannya akan bertambah banyak dalam hidupnya.Maksudnya dia akan mendapati apa yang dia tidak hendak itulah semakin banyak dalam hidupnya. Hidupnya akan penuh masalah. Dalam blog lepas kita membincangkan pentingnya kita memberi perhatian pada perkara positif dalam hidup kita dan pentingnya kita mengelakkan perkara negative dalam hidup kita.. Maka perkara yang kita hendak adalah perkara positif . Kita hendaklah menumpukan perhatian pada apa yang kita hendak sahaja. Perkara yang kita tidak hendak merupakan perkara negative. Kita hendaklah melupakan perkara negative yang kita tidak hendak dalam hidup kita.

Satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah mencari perkara yang bertentangan dengan apa yang kita tidak hendak tadi.

Pekerjaan
Apa yang TIDAK hendak Hendak Apa
1)Majikan yang memarahi depan pekerja lain Majikan yang menegur dengan baik
2) Kerja Shif Malam Shif siang sahaja
3) Kerja Pada Hari Cuti Am Cuti pada cuti am

Pasangan Hidup
Apa yang TIDAK hendak Hendak Apa
1) Selalu marah – marah Bertolak ansur
2) selalu lambat Menepati masa
3) Tidak mempedulikan pasangan Mengambil berat terhadap pasangan


Begitulah seterusnya. Cari perkara yang bertentangan apa yang kita tidak hendak tadi. Inilah apa yang kita hendak. Tumpukan perhatian pada perkara positif ini. Maka kita akan dapati apa yang kita tidak hendak semakin lenyap dari hidup kita .Maka hidup kita akan bebas dari masalah.

SEKIAN
Dr. Mohamed Farook Raj Mohamed

Wednesday, October 21, 2009

Menumpkan Perhatian Pada Perkara Positif (Bhagn 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Syukur kerana kita dapat berjumpa lagi kali ini. Agak lama juga saya tidak menulis diblog ini kerana cuti raya dan sibuk dengan tugas. Saya memohon maaf kerana kelewatan ini. Saya akan cuba menulis dengan kerap sehingga selesai blog ini, ( insya allah).

Marilah kita menyambung tentang kepentingan menumpukan perhatian pada perkara positif dalam hidup kita.
Dalam kehidupan seharian , majoriti daripada kita mungkin ada banyak perkara positif dan hanya sedikit perkara negatif. Jika kita menumpukan perhatian pada perkara yang positif tadi , menurut Hukum Tarikan kita akan menarik lebih banyak perkara positif kedalam hidup kita. Menurut Kuantum Fizik juga, perkara yang menerima perhatian kita akan menjadi semakin banyak. Menurut Kuantum Fizik , apabila kita menumpukan perhatian pada perkara positif, dua perkara akan berlaku.
1) Apabila perhatian kita tertumpu pada perkara yang positif , perkara yang positif akan menjadi semakin banyak dalam hidup kita..
2)Apabila kita menumpukan perhatian pada perkara positif, perkara negative ( masalah ) tidak mendapat perhatian kita . Iaitu kita tidak asyik berfikir tentang masalah kita. Ini menyebabkan perkara negative (masalah) semakin berkurangan dan akhirnya hilang dari kehidupan kita. Ini merupakan rahsia kejayaan ramai orang yang sentiasa berjaya dalam hidup mereka
.

Cara untuk menumpukan perhatian pada perkara positif adalah bersyukur dengan apa yang ada dan sengaja mengalihkan perhatian kepada perkara positif seperti yang kita lihat dalam blog lepas dan dalam Cabaran Mental 10 hari.

Malangnya ramai dari kita berbuat sebaliknya.. Walaupun banyak dari kita mempunyai banyak perkara positif, ramai dari kita cenderung menumpukan perhatian kepada sedikit perkara negative dalam hidup kita. Apabila kita menumpukan perhatian kepada perkara negative , menurut Hukum Tarikan kita akan menarik lebih banyak perkara negative ( masalah) kedalam hidup kita. Menurut Kuantum Fizik , perkara yang menerima perhatian kita akan menjadi semakin banyak. Menurut Kuantum Fizik, apabila kita menumpukam perhatian kepada perkara negative, dua perkara akan berlaku
1.) Apabila perhatian kita tertumpu pada perkara negative, perkara negative (masalah ) akan menjadi semakin banyak dalam hidup kita.
2.) Apabila kita menumpukan perhatian pada perkara negative, perkara positif tidak akan mendapat perhatian kita. Jadi perkara positif akan menjadi semakin kurang dan akhirnya hilang dari hidup kita.
Apabila saya berkata menumpukan perhatian kepada perkara negative, saya maksudkan orang yang sentiasa risau dan memikirkan masalah mereka. Saya akan membincangkan tentang masalah dalam blog akan datang (insya Allah)

Mari kita lihat contoh bagaimana Teknik Minda Menumpukan Perhatian pada perkara positif ini bekerja dalam hidup kita. Pertama sekali kita lihat contoh seorang yang menumpukan perhatian pada perkara negative.

Elvis Presley – Menumpukan Perhatian Pada Perkara Negatif
Pada kemuncak kejayaannya, Elvis Presley mempunyai semuanya. Beliau merupakan seorang jutawan, mempunyai rupa yang cantik, kemashuran, seorang isteri yang penyayang dan anak yang sihat dan cantik. Beliau mempunyai banyak perkara positif dalam hidupnya. Hanya terdapat satu perkara negative, iaitu beliau rasa bosan. Malangnya beliau menumpukan perhatian pada satu – satunya perkara negative dalam hidupnya.iaitu kebosanan. Beliau rasa semakin bosan dan akhirnnya mengambil dadah untuk menghilangkan kebosanannya. Akhirnya beliau mati pada usia muda akibat dadah. Lihatlah kisah seorang yang menumpukan perhatian pada satu – satunya perkara negative dalam hidupnya walaupun terdapat banyak perkara positif dalam hidupnya.

Kisah seterusnya diceritakan oleh Anthony Robbin dalam bukunya Awaken The Giant Within ( Bangunkan Raksasa dalam Diri Anda).

Pramugari – Menumpukan Perhatian Pada Perkara Positif
Menurut Anthony Robbin ada seorang pramugari yang cantik. Pramugari ini terlibat dalam kemalangan udara. Beliau telah terbakar teruk sehingga menjadi hodoh dan lumpuh. Beliau telah kehilangan kerja. Beliau tidak boleh berjalan lagi. Beliau sering dalam kesakitan akibat lukanya. Lihatlah betapa banyak perkara negative ( masalah ) dalam hidupnya seperti hodoh, lumpuh, kehilangan pekerjaan dan sering dalam kesakitan. Walaubagaimanapun , pramugari ini tidak berputus asa. Beliau masih bergerak menggunakan kerusi roda. Beliau menumpukan perhatian kepada perkara positif dalam hidupnya iaitu masih boleh bergerak menggunakan kerusi roda. Beliau mendapati kerusi roda yang ada dalam pasaran adalah tidak memenuhi citarasanya. Beliau mengubahsuai kerusi rodanya. Dengan bantuan rakannya, beliau memulakan sebuah syarikat membuat kerusi roda mengikut rekabentuknya yang baru. Hari ini beliau adalah seorang jutawan dan menggajikan lebih 20 orang pekerja dalam syarikatnya yang semakin maju. Perbezaan pramugari ini dengan Elvis Presley adalah pramugari ini menumpukan perhatian pada perkara yang positif dalam hidupnya walaupun terdapat.banyak perkara negative dalam hidupnya. Sebab itu dia semakin maju dalam hidupnya.

Begitu juga jika kita menumpukan perhatian pada perkara positif, maka perkara positif akan menjadi semakin banyak dalam hidup kita.

Jika kita menumpukan perhatian kepada perkara negative (masalah), maka perkara negatiflah yang akan menjadi semakin banyak dalam hidup kita.

UNTUK MENJAMIN KEJAYAAN KITA DALAM SEMUA BIDANG, KITA MESTILAH SENTIASA MENUMPUKAN PERHATIAN PADA PERKARA YANG POSITIF DALAM HIDUP KITA
Jadi mulailah hari ini marilah kita menumpukan perhatian pada perkara yang positif dalam hidup kita . Saya akan membincangkan perkara ini lebih lanjut dalam blog mengenai emosi nanti. (insya allah)

Sekian
Dr. Mohamed Farook Raj Mohamed

Saturday, September 19, 2009

Menumpukan Pada Perkara Positif

Assalamalaikum dan salam sejahtera

Kali ini saya ingin menerangkan satu lagi cara yang sangat berkesan untuk menukar hidup kita iaitu menumpukan pada perkara positif.Dalam hidup kita pasti ada perkara yang positif dan juga perkara yang negative (masalah). Kebanyakan dari kita pasti mempunyai jauh lebih banyak masalah ( perkara negatif) dari perkara positif. Kenapakah ini berlaku? Ini adalah kerana kita tidak memahami Hukum Tarikan dan Hukum Tindakan Tindakbalas.

Menurut Hukum Tarikan, kita akan menarik kedalam hidup kita apa yang kita fikirkan.( rujuk blog mengenai Hukum Tarikan). Jika kita sentiasa memikirkan tentang masalah – masalah kita, menurut hukum tarikan, kita akan menarik lebih banyak masalah kedalam hidup kita. Jadi kita mestilah menumpukan perhatian pada perkara yang positif dalam hidup kita. Menurut Hukum Tarikan . dengan memikirkan perkara yang positif, kita akan menarik lebih banyak perkara – perkara positif kedalam hidup kita.

PENJELASAN SAINTIFIK
Memikirkan tentang perkara yang positif akan menghasilkan getaran positif. Ini akan menarik perkara yang positif dalam hidup kita. Sebaliknya jika kita berfikir tentang perkara yang negative ( iaitu masalah), kita akan menghasilkan getaran negatif dan seterusnya menarik perkara negative ( masalah) kedalam hidup kita.


Kuantum Fizik
Kuantum Fizik merupakan satu cabang dari sains fizik yang agak rumit. Kita bukanlah ahli fizik.Apa yang kita perlu tahu dalam kontek kita adalah sedikit sahaja. Setiap objek adalah terdiri daripada molekul. – molekul . Molekul ini pula terdiri dari atom – atom. Dibahagian tengah atom ini terdapat nucleus. Nukleus ini terbentuk dari proton dan neutron. Elektron pula berputar mengelilingi nukleus .Apa yang kita perlu faham adalah bahawa lebih 99 peratus dari atom ini adalah ruang kosong. Nukleus membentuk tidak sampai dari 1 peratus dari isipadu atom. Jika anda tidak faham yang diatas tidak mengapa. Apa yang anda perlu faham adalah lebih 99 peratus dari atom adalah ruang kosong. Atom adalah asas setiap objek dalam dunia termasuk manusia..Jadi setiap objek termasuk manusia merupakan lebih 99 peratus ruang kosong. Setiap objek termasuk manusia adalah terdiri dari tenaga.

Anthony Robbins, seorang pakar motivasi terulung dari Barat menerangkan perkara ini dengan ringkas. Katakan ada sebuah kerusi. Jika tiada sesiapapun yang memberi perhatian kepada kerusi ini, ia akan tidak ujud lagi. Ia akan bertukar menjadi tenaga sepenuhnya. Bila ada seseorang yang memberi perhatian atau berfikir tentang kerusi ini, ia akan menggumpal dan menjadi kerusi kembali. Ini adalah mungkin, kerana kerusi tadi adalah 99 peratus ruang kosong. Perkara yang menjadikan kerusi tadi ujud adalah perhatian yang diberikan oleh seseorang . Jadi jika tiada seorang pun yang memberikan perhatian, maka kerusi tidak akan ujud sebagai objek. Ia hanya akan ujud sebagai tenaga.



Jika anda tidak faham penerangan diatas , tidak mengapa.
Dalam konteks kita, apa yang kita perlu faham adalah APA SAHAJA YANG KITA TUMPUKAN PERHATIAN AKAN MENJADI SEMAKIN BESAR DALAM HIDUP KITA.

Jadi , jika kita menumpukan pada perkara yang positif, perkara positif yang akan menjadi semakin banyak dalam hidup kita. Jika kita menumpukan pada perkara yang negatif( masalah) maka perkara yang negatif akan menjadi lebih banyak dalam hidup kita.

JADI , UNTUK MENGELAKKAN MASALAH, KITA PERLULAH MEMBERIKAN TUMPUAN KEPADA PERKARA YANG POSITIF DALAM HIDUP KITA. MAKA PERKARA YANG POSITIF AKAN MENJADI SEMAKIN BANYAK DALAM HIDUP KITA. APABILA TIADA PERHATIAN YANG DIBERIKAN KEPADA PERKARA YANG NEGATIF (MASALAH), MAKA PERKARA INI AKAN SEMAKIN LENYAP DARI HIDUP KITA.

Jika kita pula asyik risau dan berfikir tentang masalah kita, maka masalahlah akan menjadi semakin banyak dalam hidup kita, Bila tiada perhatian diberikan pada perkara yang positif , maka perkara positif akan semakin hilang dalam hidup kita.

Latihan Minda
Cuba buat latihan minda ini. Ingat , jika anda hanya membaca sahaja , anda tidak akan memperolehi apa- apa faedah.
Cuba jangan fikir tentang menara KL.

Saya tahu anda tentu fikirkan tentang menara KL.
Anda tidak boleh tidak memikirkan sesuatu. Jika anda tidak mahu fikir tentang menara KL, maka anda tentu akan fikir tentang menara KL.
Jika anda tidak mahu fikir tentang perkara negative, maka caralah adalah dengan menumpukan pada perkara positif. Jadi bila anda berfikir dan menumpukan perhatian pada perkara positif, maka anda tidak akan berfikir tentang perkara negative. (masalah). Ini adalah kerana anda hanya boleh berfikir tentang satu perkara pada satu masa.

Anda perlu melatih diri anda supaya sentiasa berfikir tentang perkara positif. Perkara ini mungkin merupakan sesuatu yang nampak mudah tetapi sebenarnya mampu mengubah hidup anda dan membawa kejayaan dalam hidup anda.

Anthony Robbins merupakan seorang lagi pakar motivasi yang hebat. Beliau pernah menjadi pakar motivasi peribadi kepada presiden – presiden Amerika Syarikat seperti Bill Clinton. Beliau dalam bukunya yang terkenal ‘ Awaken The Giant Within’ ( Bangunkan Raksasa Dalam Diri Anda) mengajak kita membuat satu latihan. Latihan ini mampu mengubah hidup kita



Cabaran Minda Sepuluh Hari
Anthony Robbin mencabar kita supaya menjaga pemikiran kita supaya sentiasa positif selama 10 hari. Kita tidak boleh memikirkan satu perkara negative lebih dari satu minit. Jika fikir satu perkara negative lebih dari satu minit , maka cabaran ini terbatal dan anda perlu memulakan cabaran ini dari hari pertama sekali lagi. Cara anda menjaga fikiran anda supaya sentiasa positif adalah seperti di atas. Bila sahaja anda berfikir tentang perkara negatif , anda perlu cepat – cepat mengalihkan fikiran anda kepada perkara positif. Dalam pengalaman saya , satu atau dua hari pertama adalah sukar. Kemudian pemikiran positif menjadi sifat semulajadi kita. Kemudian kita akan dapat melihat perubahan ketara dalam hidup kita. Saya harap anda akan menyahut cabaran ini dan mengubah hidup anda hari ini juga. Jika anda berlengah , anda juga akan rugi.

Menumpukan fikiran pada perkara positif merupakan sesuatu yang ada kaitan dengan sifat sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. ( blog yang lepas)Bila anda menumpukan pada perkara positif , anda akan bersyukur. Kedua – duanya akan menghasilkan getaran yang positif dan menarik perkara positif kedalam hidup kita.

bersambung

Hukum Tindakan dan Tindakbalas (Kebajikan ) Bhgn 2

Assalamualaikumdan salam sejahtera.

Selamat bertemu kembali. Marilah kita menyambung perbincangan tentang Hukum Tindakan dan Tindakbalas. Hukum Tindakan dan Tindakbalas bukan melibatkan wang ringgit sahaja. Ia melibatkan setiap perkara yang kita lakukan, samada melibatkan wang atau tidak. Setiap tindakan kita pasti mempunyai tindakbalas .Jika kita melakukan kebaikan, pasti kita akan memperolehi balasan yang baik. Ini merupakan janji Allah dan juga hukum Kuantum Fizik.

Jika seorang selalu melakukan kebaikan, sudah pasti dia akan memperolehi kebaikan juga. Jadi selalulah menolong orang lain. Jika ada jiran yang sakit, bolehlah menolong menghantar mereka ke hospital atau klinik. Jika jiran balik kampong, tolong tengokkan rumah mereka. Jika ditempat kerja ada rakan yang tidak sihat, tolonglah mereka dengan kerja mereka, Jika ada orang kurang upaya (OKU) berkerusi roda bantulah dengan membukakan pintu untuk mereka. Di jalanraya pula berilah laluan jika ada yang ingin masuk kelorong anda . Anda akan dapati bila anda memandu dan hendak menukar lorong, orang lain akan beri laluan. Setiap tindakan anda ini pasti ada balasannya. Anda juga boleh memberitahu rakan- rakan dan ahli keluarga tentang blog ini. Ini juga merupakan cara anda menolong orang lain.

Jika kita sentiasa melakukan kebaikan, pasti kebaikan banyak berlaku dalam hidup kita. Inilah Hukum Tindakan Dan Tindakbalas. Setiap manusia tidak dapat lari dari hukum ini. Dalam buku ‘ The Seven Spritual Laws of Success’ ( Tujuh Undang – Undang Kerohanian untuk Kejayaan) Deepak Chopra iaitu seorang pakar motivasi yang terulung dari Barat, mengajak kita berniat untuk memberi sesuatu kepada setiap orang yang kita temui setiap hari. Kita tidak mampu memberi bantuan kewangan kepada setiap orang yang kita temui. Jadi dia mencadangkan bahawa kita menghadiahkan sekurangnya – kurangnya senyuman kepada setiap orang yang kita temui. Dalam Hadis juga ada disebut bahawa senyuman itu sedekah. Jadi marilah kita senyum pada setiap orang yang kita jumpa setiap hari. Tindakan yang kecil ini pun akan ada kesan yang positif dalam hidup kita.



Ada satu peraturan yang perlu jaga bila memberi pertolongan atau bantuan.

BILA MEMBERI BANTUAN , JANGAN SEKALI- KALI HARAPKAN BALASAN DARI ORANG YANG ANDA BANTU.
Peraturan ini perlu diingat. Bila memberi bantuan jangan harapkan balasan dari orang yang anda Bantu. Bila anda memerlukan bantuan , anda akan dapati Allah akan hantar bantuan. Mungkin yang membantu anda adalah orang yang pernah anda bantu atau tidak pernah anda bantu. Mungkin yang membantu anda adalah orang yang anda kenali atau tidak anda kenali. Pendekata, jika anda selalu menolong orang ,Allah akan menghantar seorang untuk membantu anda bila anda memerlukan pertolongan.

Pernah ada seorang mengadu pada saya bahawa ada seorang kenalannya yang selalu meminta bantuan dan dia akan menolongnya. Masalahnya bila dia memerlukan bantuan, kenalannya selalu memberi alasan dan tidak mahu membantu. Saya menasihatkannya supaya dia membantu setakat dia mampu dan jangan harapkan balasan dari kenalannya tadi. Saya bertanya dia bukankah setiap kali dia memerlukan bantuan ada orang lain akan membantunya. Kenalan saya mengaku memang betul. Walaupun orang yang dibantunya tidak mahu membantu, ada sahaja orang lain yang akan membantunya bila dia memerlukan bantuan. Inilah dia Hukum Tindakan Dan Tindakbalas.

Hukum Tindakan dan Tindakbalas memastikan kita mendapat balasan untuk setiap perbuatan kita, samada yang baik atau kurang baik.
Seorang yang melakukan kejahatan, contohnya menerima rasuah, akan menerima hukumannya didunia dan akhirat.Contohnya , jika dia menerima rasuah 1000 ringgit, dia akan kerugian lebih dari 1000 ringgit. Misalnya mungkin keretanya akan rosak dan menyebabkan kerugian lebih 1000 ringgit. Mungkin televisen (t.v.) nya akan terbakar atau anaknya sakit menyebabkannya berbelanja lebih 1000 ringgit. Mungkin juga dia akan mendapat balasan dalam bentuk lain seperti penyakit, anak yang berperangai nakal, anak yang mengambil dadah dan sebagainya. Mungkin juga orang yang menerima rasuah ini akan mengalami rumahtangga yang retak. Ini semua adalah Hukum Tindakan Dan Tindakbalas yang memastikan kita mendapat balasan bagi setiap tindakan samada yang baik atau jahat. Begitu juga orang yang menipu , mencuri mengkhianati orang lain, menjual dadah dan sebagainya akan menerima balasan yang setimpal dengan tindakan mereka didunia dan akhirat.

Orang yang sengaja menyusahkan orang lain juga tidak terkecuali dari Hukum Tindakan dan Tindakbalas. Misalnya orang yang sengaja menyakiti orang lain, sengaja merosakkan hartabenda awam dan orang lain, mengumpat dan sebagainya akan menerima balasannya. Pendekata Hukum Tindakan dan Tindakbalas , sama seperti Hukum Graviti dan Hukum Tarikan tidak mengecualikan sesiapa. Setiap tindakan kita akan mempunyai tindakbalasnya. Tindakan yang baik dibalas dengan balasan baik berkali – kali ganda, tindakan yang jahat akan menerima hukuman yang setimpal.


KESIMPULAN
Jadi, untuk menggunakan Hukum Tindakan dan Tindakbalas ini untuk kebaikan kita, lakukanlah kebajikan SEKARANG setakat yang anda mampu. Allah akan membalas kebajikan anda 10 kali ganda atau lebih. Tolonglah orang bila anda boleh . Allah akan sentiasa menghantar orang lain untuk membantu anda bila anda memerlukan pertolongan
.
PERATURAN BILA MELAKUKAN KEBAJIKAN ATAU PERTOLONGAN .
A) Kebajikan atau pertolongan diberikan dengan niat IKHLAS kerana Allah.

B) Perlu rasa gembira bila melakukan kebajikan atau menolong orang. Ini akan mempercepatkan balasan yang kita terima.

C) Jangan harapkan balasan dari orang yang kita tolong. Bila kita perlukan bantuan , Allah akan hantar seseorang untuk membantu kita.

Sekian
Dr. Mohamed Farook Raj Mohamed

Friday, September 18, 2009

Hukum Tindakan dan Tindakbalas (Kebajikan)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syukur alhamdulillah kita dapat berjumpa lagi pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Pada pos kali ini saya ingin menerangkan tentang satu lagi hukum yang penting iaitu Hukum Tindakan dan tindakbalas. Hukum tindakan dan tindakbalas ini merupakan satu dari dua hukum yang penting ditetapkan oleh Allah . Hukum tindakan dan tindakbalas dan Hukum Tarikan merupakan dua hukumyang penting dan mempengaruhi setiap aspek kehidupan. Jika kita tidak memahami dua hukum ini, kita akan sentiasa menghadapi masalah dalam hidup kita. Hukum Tarikan sudah saya terangkan dalam blog mengenai Hukum Tarikan.
Sekarang saya ingin menerangkan Hukum Tindakan dan Tindakbalas. (Action And Reaction)


Hukum Tindakan dan Tindakbalas – secara ringkasnya hukum ini menyatakan bahawa setiap tidakan kita akan mempunyai tindakbalas. Jika tindakan kita adalah kebaikan, maka Allah akan membalas dengan kebaikan. Jika tindakan seseorang adalah adalah tindakan negatif (kejahatan) maka dia akan mendapat balasannya.

Mari kita lihat dengan lebih dekat hukum ini.

Hukum Tindakan dan Tindakbalas ini adalah satu hukum fizik atau lebih tepat lagi satu hukum kuantum fizik. (satu cabang dari sains fizik). Sama seperti Hukum Graviti dan Hukum Tarikan , tiada sesiapa pun yang boleh terlepas dari Hukum Tindakan dan Tindakbalas. Hukum – hukum ini dicipta oleh Allah dan mempengaruhi setiap aspek kehidupan manusia . Jika kita tidak mengetahui tentang hukum hukum inipun ia masih mempengaruhi kehidupan kita. Jadi kita mesilah mempelajari Hukum Tarikan dan Hukum Tindakan dan Tindakbalas supaya kita boleh maju dalam hidup.

Apabila saya berkata kita akan dapat balasan bagi setiap tindakan kita samada kebaikan atau kejahatan, saya maksudkan balasan didunia ini lagi. Balasan di akhirat memang sudah menanti kita. Ramai yang tidak faham bahawa balasan untuk setiap tindakan kita akan diperolehi di dunia dan juga akhirat..

Hukum Tindakan dan tindakbalas ini juga dikenali sebagai Hukum Karma dalam agama Hindu. Dalam buku ‘ The Seven Spiritual Laws of Success ‘ ( Tujuh Undang- Undang Kerohanian untuk Kejayaan ) oleh pakar motivasi antarabangsa yang terkenal iaitu Deepak Chopra , penulis memanggil Hukum Tindakan dan Tindakbalas ini sebagai Undang – Undang kedua iaitu ‘The Law of Giving’ ( Undang – undang Pemberian). Begitu juga Hukum Tindakan dan Tindakbalas ini disebutkan dalam semua agama besar didunia.

Dalam Hadis juga disebut bahawa setiap kebajikan yang kita lakukan akan dibalas sepuluh kali ganda atau lebih.

Jika setiap kebajikan kita akan dibalas dengan ganjaran sepuluh ganda atau lebih, apakah cara yang terbaik untuk mencapai kejayaan dalam hidup? Sudah tentu dengan melakukan dengan kebajikan. Saya tidak tahu apa- apa pelaburan pun yang menjanjikan pulangan 10 kali ganda atau lebih. Jadi sentiasalah berbuat kebajikan pada setiap masa selagi anda mampu. Zakat adalah kewajipan kita. Keluarkanlah derma disamping mengeluarkan zakat. Pergilah kerumah anak yatim sekurang- kurangnya sebulan sekali. Hulurkanlah derma setiap bulan setakat yang anda mampu. Anda juga boleh pergi kerumah orang – orang tua atau berderma kepada orang miskin dan sakit .Bantulah orang kurang upaya yang memerlukan. Ingat , setiap kebajikan yang anda hulurkan akan diganti Allah 10 kali ganda atau lebih. Ada setengah kaum yang biasanya mendermakan 10 peratus dari pendapatan mereka setiap bulan. Saya dapati kaum ini agak maju dalam semua aspek.

BUATLAH KEBAJIKAN SEKARANG SETAKAT YANG ANDA MAMPU
Ramai juga yang berkata bahawa mereka sendiri susah dan tidak mampu untuk memberi bantuan . Mereka berkata mereka akan mengeluarkan zakat dan derma bila sudah senang nanti. Ini adalah tanggapan yang salah. Jika dalam blog mengenai bersyukur saya berkata kita hendaklah bersyukur sekarang, maka membuat kebajikan pun begitu juga. Kita hendaklah berbuat kebajikan sekarang setakat yang kita mampu. Jika kita tidak boleh menderma 500 ringgit, dermalah 100 ringgit. Jika tidak boleh menderma 100 ringgit , dermalah 10 ringgit. Dermalah setakat yang anda mampu sekarang. Jika seseorang menunggu sehingga dia menjadi kaya sebelum menderma, mungkin dia susah untuk menjadi kaya.. Sebaliknya, seorang yang menderma dan membuat kebajikan setakat yang dia mampu walaupun dia dalam kesusahan, dia akan dapati kesusahannya akan hilang. Dia akan sentiasa mempunyai wang yang banyak. Ini adalah kerana dia diberkati Allah. . Menurut Hukum Tindakan dan Tindakbalas ini juga , dia akan memperolehi pulangan dari Allah. Maka dia akan sentiasa mempunyai wang.

Disamping mengeluarkan derma, boleh juga berbakti dirumah anak yatim atau orang tua seperti menolong mengecatkan rumah kebajikan dan sebagainya. Beritahulah rakan – rakan dan ahli keluarga tentang rumah anak yatim. Mereka juga boleh melakukan kebajikan dan anda akan dapat pahalanya.

Joe Vitale , seorang pakar motivasi yang terkenal di Barat dalam bukunya ,’ The Greatest Money Making Secret In History ‘ ( Rahsia Paling Besar Dalam Sejarah Tentang Cara Membuat Duit) menceritakan kebajikan sebagai cara yang paling baik untuk menjadi kaya. Beliau menggariskan dua syarat supaya kita mendapat menafaat dari kebajikan yang kita lakukan.

1.Pertama, kita mestilah membuat kebajikan dengan niat ikhlas kerana Tuhan (Allah). Ini sesuai dengan ajaran Islam yang menuntut kita berikhlas dalam setiap amalan kita. Seorang yang membuat kebajikan kerana menunjuk atau bermegah misalnya tidak akan dapat faedahnya.

2. Kedua, kita mestilah rasa gembira semasa melakukan kebajikankerana dapat menolong orang yang memerlukan. Jika kita membuat kebajikan hanya kerana kita rasa terpaksa atau orang meminta, dan tidak rasa gembira, maka kita masih mendapat pahalanya. Tapi pulangan mungkin lambat sikit. Jadi latihlah diri anda sehingga anda rasa gembira membuat kebajikan. Dengan melihat sendiri orang yang menerima sumbangan anda seperti anak yatim atau orang tua yang memerlukan, maka anda akan terasa gembira membuat kebajikan.
Terdapat banyak cerita mengenai orang yang suka menderma dan pulangan yang mereka perolehi. Warren Buffet yang pada satu masa dulu merupakan orang yang paling kaya didunia, pernah mendermakan berbillion – billion ringgit sehingga dia jatuh keanak tangga kedua terkaya didunia. Tidak lama selepas itu saham – saham yang dimilikinya naik harga sehingga dia menjadi orang yang terkaya didunia kembali. Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari , orang Islam yang paling kaya di Malaysia misalnya merupakan seorang yang pernah mendermakan separuh dari pendapatannya. Pada masa itu pendapatan beliau hanyalah seribu lima ratus ringgit sebulan. Rockefeller yang pernah menjadi manusia paling kaya didunia pada awal abad lepas ( sekitar tahun 1900) merupakan seorang yang pernah menderma sejak zaman kanak – kanak lagi. Lihatlah bagaimana sifat dermawan mereka telah membawa kejayaan kepada mereka.Terdapat banyak lagi cerita seperti ini. Asalkan sahaja kita menjaga dua syarat diatas, kita pun pasti memperolehi kejayaan

bersambung
Dr. Mohamed Farook Raj Mohamed

Wednesday, September 16, 2009

Bersyukur - bahagian 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Syukur alhamdulillah kita dapat berjumpa lagi. Saya menyambung blog saya mengenai bersyukur.
Ada yang berkata bahawa ‘ saya tiada apa- apa untuk disyukuri ‘. Mereka perlu berfikir betulkah mereka tiada apa – apa yang boleh disyukuri. Jika seorang boleh membaca blog ini, dia perlu bersyukur kerana dia boleh melihat. Berjuta – juta orang tidak boleh melihat dan amat susah kerana tiada penglihatan.


Cuba kita fikirkan bila kita bangun dari tidur , bukankah kita kena bersyukur kita masih hidup. Ramai yang tidur pada malam tadi tidak bangun pada pagi ini. Kemudian kita bangun dan memetik suis lampu. Lampu pun menyala. Bukankah kita perlu bersyukur kerana kita ada bekalan letrik. Bayangkan jika kita tiada bekalan letrik, betapa susahnya kita tanpa lampu, kipas, penghawa dingin, televiyen , radio dan banyak lagi perkakas letrik yang kita gunakan setiap hari .Kita perlu bersyukur untuk bekalan eletrik setiap hari.


Kemudian kita akan masuk ke bilik air. Apabila kita membuka paip, air akan keluar. Bukankah kita perlu bersyukur kerana adanya air. Kajian menunjukkan rakyat di negara – negara Afrika misalnya menghabiskan banyak masa untuk mencari air. Wanita di Afrika terpaksa menghabiskan masa sekurang-kurangnya 2 jam sehari untuk mencari air. Mereka terpaksa berjalan beberapa kilometer mencari air . Mereka terpaksa mengendong bekas air yang berat ditengah panas terik untuk mencari air dan membawanya balik kerumah. Kita bertuah sungguh kerana kita tidak pernah bersusah payah begini untuk mencari air. Bukankah kita perlu bersyukur untuk air ini.

Kemudian kita akan makan pagi. Berjuta – juta orang tidak tahu bila mereka akan mendapat makanan yang seterusnya. 35 peratus rakyat Amerika Syarikat pun dianggarkan tidak cukup makan. Kita perlu bersyukur kerana kita sentiasa beroleh makanan.

Begitulah kita hendaklah sentiasa bersyukur dalam setiap keadaan . Bersyukur ini akan menghasilkan getaran positif. Dan seterusnya menghasilkan banyak perkara positif dalam hidup kita. Kita akan dapat menarik pertolongan Allah dalam hidup kita. Kita akan mencapai kejayaan dalam setiap usaha kita. Jadi marilah kita sentiasa bersyukur setiap masa.

Kesimpulan
1.Kita mestilah bersyukur pada setiap masa

2.Bersyukur ini mestilah menghasilkan perasaan yang positif seperti gembira , tenang, redha dan lega. Barulah tandanya kita bersyukur dengan hati.

3.Bersyukur mestilah disertakan usaha untuk terus maju

4.Kita mestilah bersyukur sekarang,


Sekian
Dr. Mohamed Farook Raj Mohamed


Monday, August 17, 2009

BERSYUKUR-Teknik Minda Pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ayat Al Quran
" Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu " ( QS Ibrahim : 7 )





Sejak sekian lama , syukur alhamdulillah kita dapat berjumpa lagi kali ini. Kita perlulah sentiasa bersyukur dalam semua keadaan walau apapun yang berlaku kepada kita. Kita perlulah bersyukur untuk setiap kejayaan yang kita capai samada kecil atau besar. Kita juga perlu bersyukur bila kita ditimpa kesusahan kerana kesusahan mungkin ada kebaikan untuk kita. Kita juga perlu bersyukur kerana kesusahan itu tidak lebih besar dari itu dan kita boleh kita atasi . Misalnya seorang yang kerugian seratus ringgit perlulah bersyukur kerana dia hanya rugi seratus ringgit dan bukan dua ratus ringgit. Maka dia akan menarik perkara positif dan bantuan Allah . Dia akan mengatasi masalah tersebut dengan senang. Pada masa yang sama dia haruslah berjaga supaya dia tidak mengulangi kesilapan yang sama dan rugi lagi dimasa hadapan. Sebaliknya , jika orang itu marah , sedih dan geram kerana kerugian seratus ringgit tadi, maka dia akan menghasilkan getaran yang negatif (Hukum Tarikan). Ini tidak akan membantunya mengatasi masalah tadi. Sebaliknya masalah lain akan timbul kerana getaran negatif yang dihasilkannya tadi.



Cerita Ketiga : Menteri dan Raja



Ada seorang Menteri yang sentiasa bersyukur. Pada satu ketika raja sedang memotong kulit buah epal. Beliau terluka jarinya dan jarinya berdarah. Maka menteri tadi berkata syukur kepada Allah . Maka Raja tadi marah kerana menteri itu bersyukur padahal jarinya luka. Maka dia memenjarakan menteri tadi. Tidak lama selepas itu , Raja tadi pergi berburu dengan pengawal- pengawalnya. Beliau terpisah dari pengawalnya semasa mengejar seekor kijang. Beliau telah ditangkap oleh orang asli. Orang Asli tersebut membuat keputusan untuk mengorbankan beliau untuk tuhan mereka. Orang Asli menyerahkan Raja tadi kepada tok sami mereka untuk dikorbankan. Sebelum dikorbankan, tok sami memeriksa Raja tadi dan menjumpai jarinya yang luka. Tok Sami membuat keputusan bahawa Raja tadi tidak layak untuk dikorbankan untuk tuhan mereka. Orang Asli pun membebaskan Raja tadi. Raja telah mencari jalan keluar dan akhirnya berjaya sampai ke istana.



Beliau telah membebaskan menteri tadi dari penjara. Beliau meminta maaf kepada menteri. Beliau berkata " Betullah kata kamu. Saya sepatutnya bersyukur kerana jari saya luka. Jika tidak, sudah tentu saya sudah dikorbankan oleh orang asli. Saya meminta maaf kerana memenjarakan kamu". Menteri itu menjawab " Syukur alhamdulillah kerana tuanku memenjarakan saya. Jika tidak ,sudah tentu saya mengikut tuanku pergi berburu. Kemungkinan besar saya pun mungkin telah ditangkap oleh orang asli bersama tuanku. Sudah tentu saya sudah dikorbankan oleh orang asli kerana saya tidak mempunyai sebarang kecacatan. Jadi sebab itu saya berkata syukur kerana tuanku memenjarakan saya"



Jadi kita perlulah bersyukur dalam setiap ketika.





Seorang yang jatuh dari tangga misalnya, jika dia bersyukur kerana dia jatuh tetapi tidak mengalami luka, maka dia akan menghasilkan getaran positif (Hukum Tarikan) dan dia akan selamat. Sebaliknya jika dia marah dan geram kerana dia jatuh dari tangga, maka dia akan menghasilkan getaran negatif. Maka dia akan mengalami masalah lain. Contohnya tangga akan jatuh menimpanya. Jadi kita perlulah memastikan bahawa kita sentiasa bersyukur dalam setiap keadaan walaupun susah atau senang.





Bersyukur - Penjelasan saintifik


Jika kita sentiasa bersyukur kita akan menghasilkan getaran positif. Getaran ini akan menarik perkara positif dan bantuan Allah kedalam hidup kita . Ini sesuai dengan apa yang dikatakan oleh Allah dalam Ayat Alquran diatas.



Bersyukur menimbulkan satu emosi positif

Ramai yang berkata syukur dengan mulut sahaja tetapi tidak merasa apa- apa emosi yang positif. Ini adalah kerana mereka hanya bersyukur dengan mulut tetapi tidak bersyukur dalam hati mereka. Apabila bersyukur dengan hati , ini akan menghasilkan satu emosi positif seperti rasa lega, gembira, lega senang hati dan sebagainya. Inilah yang dikatakan bersyukur dengan hati. Allah hanya akan melihat apa yang ada dalam hati , bukan apa yang kita sebut.



Dari segi hukum tarikan , emosi positif ini menandakan bahawa kita sedang menghasilkan getaran positif dan seterusnya menarik perkara yang positif kedalam hidup kita. Emosi negatif menandakan kita sedang menghasilkan getaran negatif. Seterusnya kita menarik masalah kedalam hidup kita.Ini akan saya terangkan dengan lebih lanjut dalam blog mengenai emosi nanti ( insya allah). Jadi pastikan apabila kita bersyukur, rasa syukur itu mesti diiringi dengan emosi positif seperti rasa gembira, lega , senang hati dan sebagainya.



Bersyukur Sekarang Dengan Apa Yang ada

Ada juga yang berkata saya akan bersyukur bila saya mendapat sesuatu. Contohnya ada yang berkata saya akan bersyukur bila mendapat kenaikan pangkat, wang yang banyak, sudah mendapat anak ( bagi mereka yang tiada anak) dan sebagainya.



Sila anda lihat kepada ayat Alquran diatas. Ayat ini jelas mengatakan bahawa kita perlu bersyukur sekarang, maka Allah akan menambah lagi. Kita hendaklah bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Barulah kita akan menghasilkan getaran positif dan seterusnya akan mencapai apa yang kita kehendaki. Apabila kita bersyukur, maka kita boleh mendapat kenaikan pangkat dengan cepat, wang yang banyak dan anak seperti yang kita kehendaki. Sebaliknya, jika kita menunggu sehingga kita mendapat apa yang kita kehendaki sebelum kita bersyukur, maka amat sukar untuk mendapat apa yang kita kehendaki. Jadi mulalah bersyukur dengan apa yang ada pada kita, maka kita akan mencapai matlamat kita dengan senang. Pastikan rasa bersyukur ini mesti menghasilkan emosi positif, barulah bermakna kita bersyukur dengan hati dan bukan setakat kata bersyukur sahaja.



Seorang yang mempunyai motosikal dan ingin membeli sebuah kereta, maka dia perlulah bersyukur dengan motosikal yang dipunyainya. Pada masa yang sama dia perlu mempunyai matlamat untuk membeli kereta. Maka dia akan dapat membeli kereta tadi dengan mudah. Sebaliknya , jika marah dan geram kerana hanya mempunyai motosikal , dia akan menghadapi kesukaran untuk memiliki kereta tadi.



Bersyukur dan seterusnya Berusaha



Baesyukur bukanlah bermakna kita tidak perlu berusaha untuk mencapai matlamat kita. Kita bersyukur dengan apa yang ada pada kita sekarang, pada masa yang sama kita hendaklah berusaha untuk mencapai matlamat dengan sebaik mungkin.



bersambung.
Dr. Mohamed Farook Raj Mohamed

Kelewatan menulis

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kebelakangan ini saya sudah jarang menambah pos baru. Ini adalah kerana sejak tercetusnya wabak H1N1 , saya begitu sibuk sekali dan tidak dapat menulis. Insya allah saya akan mula menulis kembali bila saya berkesempatan , paling lewat selepas hari raya Aidil fitri pada 20.09.09. Jika berkesempatan saya akan menulis lebih awal. Saya harap anda akan bersabar dan tidak lupa untuk kembali membaca blog ini.

Sekian terimakasih

Saturday, July 25, 2009

Intuisi ( Gerakhati)

Assalamualaikum dan salam Sejahtera

Syukur Alhamdulillah kita dapat berjumpa lagi kali ini.

Pada pos kali ini saya akan membincangkan tentang intuisi atau gerakhati. Bila talipon berdering, pernahkah anda ada gerakhati yang membolehkan anda meneka dengan tepat siapa yang menalipon anda ? Anda sendiri tidak tahu bagaimana anda tahu siapa yang menalipon . Tetapi anda boleh meneka siapa yang menalipon dengan tepat. Inilah yang dipanggil gerakhati atau intuisi. Pada pendapat saya, intuisi ini merupakan satu anugerah besar dari Allah untuk membantu kita.

Intuisi bukanlah satu perkara yang baru dikenali. Pada zaman Greek purba, raja - raja Greek ada menubuhkan satu jawatankuasa yang dikenali sebagai Oracles of Delphi.Jawatankuasa ini mengandungi orang - orang yang mempunyai intuisi yang kuat. Jawatankuasa ini boleh menjawab sebarang soalan yang dikemukakan dengan tepat menggunakan intuisi mereka .

George Soros merupakan peniaga matawang yang terkenal didunia. Soros mempunyai kejayaan yang luarbiasa dibidang perniagaan matawang. Soros mengaku bahawa selain dari bergantung kepada analisa pasaran sebelum memasuki pasaran, dia sangat bergantung kepada intuisinya. Sebab itulah Soros mempunyai kejayaan yang luarbiasa di bidang perniagaan matawang.

Fortune 500 merupakan 500 syarikat yang paling berjaya di Amerika Syarikat. Dikalangan syarikat Fortune 500 ini , satu kajian telah dilakukan. 10 peratus dari syarikat Fortune 500 yang mencapai kadar keuntungan yang paling banyak dimasukkan kedalam kumpulan A. 90 peratus bakinya dimasukkan kedalam kumpulan B. Kajian dilakukan mengenai bagaimana CEO syarikat dalam kumpulan A menggunakan intuisi mereka berbanding CEO dalam kumpulan B. Didapati CEO kumpulan A lebih banyak bergantung kepada intuisi berbanding dengan CEO kumpulan B. Ini merupakan salah satu faktor penting yang membantu mereka mencapai kejayaan mereka.

Intuisi ini merupakan panduan terus dari Allah untuk membantu kita. Ia berlainan dari Penapis RAS yang saya terangkan dalam pos yang lepas. Intuisi juga tidak melalui Penapis RAS . Penapis RAS hanya menapis input yang melalui 5 pancaindera kita sahaja ( penglihatan, pendengaran, bau, lidah dan kulit). Oleh kerana intuisi adalah panduan terus dari Allah terus ke minda , maka ia tidak ditapis oleh Penapis RAS.

Walaubagaimanapun, intuisi akan menjadi kuat jika kita mempunyai corak pemikiran dan kepercayaan yang betul . Contohnya seorang yang sedang mencari kerja dan percaya bahawa dia boleh mendapat pekerjaan seperti yang dicarinya, maka dia lebih senang mendapat intuisi yang akan membantunya mendapat pekerjaan. Contohnya dia mungkin secara tiba - tiba dan tanpa sebab tertentu teringat seorang kawan lama dan ingin menghubunginya. Bila dia menghubungi kawannya tadi, rupanya syarikat kawannya bekerja memang memerlukan pekerja . Bila dia teringat kawannya, inilah dipanggil intuisi.

Seorang yang percaya dia sukar mendapat pekerjaan kerana sebab tertentu, maka dia sukar sedikit mendapat intuisi yang akan membantunya mendapat pekerjaan.

Seorang yang percaya dia boleh berjaya dalam bidang perniagaan , maka dia akan mendapat intuisi yang akan membantunya dalam bidang perniagaan. Seorang yang mempunyai matlamat untuk membeli kereta, akan lebih senang mendapat intuisi yang menolongnya mendapatkan kereta idamannya. Seorang yang percaya dia boleh mendapat pasangan yang sesuai dengannya. dia boleh mendapat intuisi yang menolongnya mencari pasangan yang sesuai. Begitulah seterusnya.

Oleh kerana intuisi ini adalah dari Allah , ia tidak membawa sebarang mudarat kepada kita. Ia sentiasa membantu kita. Intuisi juga tidak pernah silap. Yang silap mungkin penafsiran kita tentang intuisi tadi.

Kita perlu melatih intuisi ini supaya menjadi lebih kuat. Apabila mendapat satu intuisi, jangan abaikannya. Ikutlah intuisi tadi. Katakan kita sedang mencari lokasi perniagaan yang sesuai, mencari pekerjaan atau jodoh dan sebagainya. Jika kita tanpa sebarang sebab tiba - tiba teringat seseorang atau tempat, cuba hubungi orang tersebut atau kunjungi tempat tersebut. Mungkin kita akan jumpa apa yang kita cari. Semakin kita latih intuisi kita , ia akan menjadi semakin kuat. Jika kita abaikan intuisi ini , ia akan semakin hilang.





Jangan ambil sebarang risiko besar berdasarkan intuisi sahaja.Contohnya, jika tadi seorang yang bernama Ahmad mencari lokasi perniagaan. Dia mendapat intuisi untuk menghubungi kawannya. Menghubungi kawannya tidak melibatkan sebarang risiko maka dia perlulah menghubungi kawannya. Kawannya pula mencadangkan satu lokasi yang dianggap sesuai. Maka Ahmad perlulah membuat kajian samada lokasi itu sesuai untuk perniagaan. Jika sesuai barulah dia memulakan perniagaan disitu. Begitulah, setiap perkara mestilah dikaji dengan terperinci sebelum mengambil keputusan. Jangan ambil sebarang risiko besar berdasarkan intuisi sahaja.





Tadi saya katakan bahawa intuisi ini sentiasa menolong kita dan tidak pernah silap. Jadi jika begitu kenapa saya melarang anda mengambil sebarang risiko berdasarkan intuisi sahaja? Ini adalah kerana kadang - kadang apa yang kita anggap sebagai intuisi mungkin merupakan pendapat kita sahaja dan bukan intuisi. Jadi pendapat ini mungkin betul atau mungkin silap. Sebab itulah saya minta anda jangan mengambil sebarang risiko berdasarkan intuisi. Analisa dahulu secara lojik sebelum mengambil keputusan.





Intuisi adalah satu cara Allah menyelamatkan kita dari bahaya. Laura Day dalam bukunya Practical Intuition menceritakan bahawa pada satu ketika dia sedang perjalanan dalam sebuah kereta. Dia terlupa unuk memakai tali pinggang keselamatan. Tiba - tiba dia terdengar suara emaknya yang kuat yang menyuruhnya memakai talipinggang keselamatan. Dia terus memakai tali pinggang keselamatan. Tidak sampai pun lima minit kemudian, dia terlibat dalam satu kemalangan yang dahsyat dan hampir mengorbankan nyawanya. Tindakan mengikut arahan emaknya untuk memakai talipingganglah telah menyelamatkan nyawanya. Apa yang menghairankan adalah emaknya telah meninggal dunia 10 tahun terlebih dahulu! . Ini merupakan satu bantuan Allah melalui intuisi.

Begitu ada seorang yang memberitahu cerita dia membuat persiapan untuk berkelah ditepi pantai di Pulau Pinang beberapa tahun dahulu. Pada pagi perkelahan , dia terasa tidak sihat sedikit dan membatalkan rancangan perkelahan bersama keluarganya. Pada malam sebelumnya dia memang sihat, tetapi pada pagi perkelahan barulah dia tidak sihat. Pendekcerita, pada pagi yang sepatutnya dia berkelah itu tsunami melanda Aceh, Pulau Pinang dan negara- negara lain dan mengorbankan ratusan ribu nyawa. Kenalan saya ini telah mendapat intuisi dari Allah melalui badan yang tidak sihat dan seterusnya menyelamatkan nyawanya dan keluarganya. Pantai yang sepatutnya menjadi lokasi perkelahannya dilanda tsunami yang kuat dan mengorbankan banyak nyawa.

Ada satu ketika saya sedang berada di kedai buku MPH di SACC Mall untuk membeli buku. Saya telah pun memilih sebuah buku untuk dibeli. Walaubagaimanapun, hati saya berasa tidak sedap dan saya terasa lebih elok saya sembahyang Maghrib sebelum saya membelinya, Jadi, saya pun mengikut gerakhati saya dan sembahyang dahulu. Selepas sembahyang, saya terus masuk kekedai buku dan mengambil buku yang telah saya pilih sebelum sembahyang Maghrib untuk dibayar . Sebelum sempat saya membayarnya , saya telah terserempak dengan seorang kawan dan berboraknya. Rupanya dia pun minat membaca buku mengenai minda dan mencadangkan saya membaca buku THE KEY oleh Joe Vitale. Saya telah melihat buku tersebut dan terus membelinya. Dari buku tersebut saya telah banyak belajar teknik - teknik minda yang sangat membantu saya. Dari buku tersebut juga saya mengenali Joe Vitale, seorang penulis yang agak terkenal dan banyak menerangkan tentang perkara yang penting dan banyak teknik terkini dalam setiap bukunya.Jadi dengan mengikut gerakhati untuk sembahyang dahulu sebelum membeli buku, saya telah mendapat menafaat yang besar.

Untuk menguatkan intuisi kita selain dari latihan kita perlulah mengurangkan gelombang otak kita. Saya akan menceritakan tentang gelombang otak dalam blog mengenai meditasi nanti (insya Allah). Cuma yang kita perlu tahu gelombang otak alfa adalah gelombang otak yang rendah . Pada peringkat gelombang alfa ini kita senang mendapat intuisi. Satu cara untuk menurunkan gelombang otak kepada alfa adalah sembahyang yang khusyuk. Jadi jagalah sembahyang supaya sentiasa khusyuk (menumpukan perhatian hanya kepada Allah). Salah daripada kelebihannya adalah kita akan mendapat intuisi yang kuat yang akan membantu kita mencapai kejayaan dengan cepat.

Satu lagi cara untuk mengurangkan gelombang otak keperingkat alfa adalah dengan meditasi. Ini akan saya terangkan dalam pos mengenai meditasi (insya Allah). Buat masa sekarang latihlah intuisi anda dengan mengikut intuisi yang anda dapat. Jangan mengambil sebarang risiko berdasarkan intuisi sahaja. Buatlah analisa secara lojik dahulu sebarang mengambil sebarang keputusan. Jadikan intuisi sebagai panduan sahaja . Jagalah sembahyang supaya khusyuk kerana salah satu faedahnya adalah akan mendapat intuisi yang kuat. Amalkan meditasi setiap hari. Meditasi akan saya ajar kemudian . (insya Allah)
Maka intuisi anda akan menjadi lebih kuat dan senang mencapai kejayaan,

Insya allah pada pos akan datang saya membincang Teknik Minda pertama iaitu Bersyukur.
Sekian. Terimakasih

Rujukan : Practical Intuition .
Penulis : Laura Day
Penerbit : Villard (New York)

Dr. Mohamed Farook Raj Mohamed

Tuesday, July 14, 2009

Penjelasan Saintifik- Penapis Minda RES

AssalamualaikumItalic dan salam sejahtera.

Syukur alhamdulillah kita dapat berjumpa lagi melalui pos kali ini.

Sebelum meneruskan penerangan tentang Hukum Tarikan, saya ingin menerangkan tentang satu bahagian dari minda yang memainkan peranan penting dalam hidup kita , khasnya dalam menentukan kejayaan atau kegagalan kita berdasarkan kepada corak pemikiran kita.

Ada sebahagian dari kita (termasuk saya) suka bertanya soalan ' kenapa' dan' bagaimana'. Setiap perkara akan ditanya kenapa dan bagaimana ianya berlaku. Sebenarnya sifat ingintahu ini agak penting , kerana sifat inilah yang membawa banyak penemuan baru didunia kita. Tetapi kadang - kadang kita tidak akan menemui jawapan untuk soalan 'kenapa' dan 'bagaimana' ini. Contohnya walaupun banyak perkara sudah kita fahami mengenai minda kita, masih ada banyak perkara lagi mengenai cara minda kita bekerja yang masih kita tidak faham.

Walaubagaimanapun, seperti dalam contoh suis dan lampu, walaupun kita tidak tahu apa yang berlaku setelah kita memetik suis sehingga lampu menyala, kita masih memetik suis bila kita memerlukan cahaya. Maka lampu pun menyala dan menerangi rumah kita. Dengan cara yang serupa kita perlu mengamalkan teknik minda dan kita akan berjaya, walaupun kita tidak faham 'bagaimana' dan kenapa teknik itu berkesan.

Disini saya akan menerangkan tentang sebuah bahagian minda yang penting iaitu Penapis RAS. (Reticular Activating System).Bahagian otak ini yang saya katakan memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan atau kegagalan kita bersesuaian dengan corak pemikiran kita . Penapis RAS ini berfungsi selaras dengan Hukum Tarikan dan Hukum Tindakan dan Tindakbalas .

Saya ingin mengingatkan bahawa jika anda tidak memahami penerangan dibawah , tidak mengapa. Jangan risau. Penerangan ini adalah ditujukan kepada golongan yang sering bertanya kenapa dan bagaimana tadi. Jika tidak mendapat penerangan secukupnya, golongan ini sukar sedikit untuk mengamalkan apa yang mereka pelajari. Saya berharap walaupun anda tidak memahami apa yang saya terangkan, amalkan sahaja perkara yang telah saya terangkan dan akan saya terangkan dalam pos- pos lain dalam blog ini. Maka anda akan berjaya dalam hidup anda. (insya Allah). Penerangan di bawah serupalah seperti penerangan tentang apa yang berlaku selepas suis dipetik sehingga lampu menyala dalam contoh tadi. Walaupun anda hanya tahu memetik suis, itu sudah mencukupi untuk anda menerangi hidup anda. Tak perlu anda tahu apa yang berlaku selepas suis dipetik sehungga lampu menyala. Yang penting anda perlu fahami kesimpulan yang berikan diperenggan bawah sekali pos ini.

Jika anda memahami penerangan yang saya berikan dibawah , itu lebih bagus.

Bahagian minda yang saya ingin terangkan dengan lebih lanjut adalah sebuah penapis minda. Dalam bidang saikoloji ianya dipanggil sebagai Reticular Activating System (RAS). Selepas ini saya akan merujuk kepada penapis ini sebagai penapis RAS sahaja. Penapis RAS adalah sebahagian dari minda (Otak) kita. Apakah fungsi penapis RAS ini? Untuk memahaminya saya akan berikan satu contoh.

Katakan ada seorang pemimpin penting datang ke Kuala Lumpur. Katakan semua orang di Kuala Lumpur ingin berjumpa denganbeliau. Pemimpin tersebut sudah tentu tidak dapat berjumpa dengan setiap penduduk Kuala Lumpur satu persatu. Jika semua penduduk Kuala Lumpur yang berjumlah lebih sejuta orang berpusu- pusu berjumpanya , beliau tidak dapat membuat apa- apa perkara yang berfaedah. Katakan bahawa beliau hanya dapat berjumpa tujuh orang pada satu hari.

Satu cara penyelesaian adalah dengan cara beliau melantik satu jawatankuasa yang akan menapis setiap penduduk Kuala Lumpur yang ingin berjumpa pemimpin tadi. Pemimpin tadi boleh memberikan kepada jawatankuasa tadi satu senarai syarat- syarat ( kriteria) orang yang boleh berjumpa dengannya. Jawatankuasa tadi akan menapis semua penduduk Kuala Lumpur yang berjumlah lebih sejuta tadi dan memilih tujuh orang sahaja yang menepati syarat - syarat yang ditetapkan oleh pemimpin tadi. Hanya tujuh orang ini sahaja yang akan dibenarkan berjumpa dengan pemimpin tadi. Jadi pemimpin tadi mempunyai masa untuk melakukan kerjanya. Beliau juga dapat berjumpa orang yang perlu dijumpainya iaitu orang yang memenuhi kriteria yang ditetapkannya.

Inilah sebenarnya apa yang berlaku dalam minda kita. Pemimpin tadi sebenarnya adalah minda kita. Jawatankuasa tadi adalah Penapis RAS. Pada setiap ketika minda kita menerima 2 juta input (maklumat) melalui lima deria kita .( mata, telinga, hidung, lidah dan kulit). Minda kita tidak mampu menerima dan memproses 2 juta input ini. Penapis RAS memainkan peranan penting memproses 2 juta input tadi dan memilih 7 input sahaja (seperti ahli jawatankuasa yang memproses 2 juta penduduk KL tadi dan memilih tujuh 0rang yang sesuai.). Penapis RAS akan membenarkan hanya 7 input (maklumat) ini sahaja sampai kepada minda kita.Input yang selebihnya iaitu 1, 999, 993 input lagi akan dihalang daripada sampai kepada minda kita. Jadi kita boleh lihat bahawa sebahagian besar daripada input akan ditapis daripada sampai kepada minda oleh penapis RAS.

Apakah yang menentukan input apa yang sampai kepada minda kita? Atau lebih tepat lagi apakah kriteria yang menentukan 7 input yang mana sampai kepada minda dan input yang mana ditapis keluar oleh Penapis RAS?Dalam contoh tadi , ahli jawatankuasa memilih 7 orang yang sesuai berdasarkan kriteria yang diberikan oleh pemimpin tadi. Begitu juga Penapis RAS memilih 7 input yang perlu sampai kepada minda pada satu - satu masa berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh minda kita sendiri. Arahan ini diberikan tanpa kita menyedarinya dalam bentuk beberapa perkara seperti kepercayaan, matlamat , niat dan jenis pemikiran. Perkara - perkara seperti kepercayaan, matlamat , niat , jenis pemikiran samada positif atau negatif dan emosi adalah diantara perkara yang menentukan input yang mana sampai kepada minda dan input yang mana ditapis keluar oleh Penapis RAS dan tidak sampai kepada minda.

Saya berikan satu contoh supaya lebih senang memahaminya. Katakan Osman adalah seorang peniaga dan dia percaya bahawa dia boleh berjaya dibidang perniagaan. Maka Penapis RAS akan membenarkan input yang boleh membawa kejayaan dibidang perniagaan sampai keminda Osman. Input yang membawa kegagalan akan ditapis keluar oleh Penapis RAS.Ini sesuai dengan kepercayaannya bahawa dia boleh berjaya dalam bidang perniagaan. Maka jika dia berusaha, dia akan mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan tanpa banyak masalah.

Sebaliknya , katakan ada seorang lain bernama Hisam juga seorang peniaga tetapi dia percaya bahawa sangat sukar untuk berjaya dibidang perniagaan. Maka Penapis RAS nya akan membenarkan input yang akan menyusahkannya dibidang perniagaan sampai keminda sementara input yang boleh membawa kejayaan kepadanya akan ditapis keluar. Ini bersesuaian dengan kepercayaannya bahawa perniagaan adalah sukar. Maka bagi Hisam , berniaga akan menjadi sukar.

Saya berikan satu contoh lagi. Katakan Azlan mempunyai matlamat untuk membeli sebuah kereta. Maka semua input yang akan membantunya membeli kereta tadi akan sampai kepada minda Azlan. Ini termasuk input yang membawa kejayaan dibidang kewangan (supaya dia boleh mmbeli kereta idamannya) dan input yang menolongnya mencari kereta idamannya tadi. Katakan Wahid pula tiada sebarang matlamat untuk membeli kereta, maka input yang boleh membantunya membeli kereta tadi mungkin akan ditapis keluar oleh Penapis RAS dan tidak sampai ke minda Wahid. Ini adalah membeli kereta bukanlah matlamat Wahid. Maka Penapis RAS menganggap input yang boleh membantu Wahid membeli kereta tidaklah penting.Inilah sebabnya penting untuk kita mempunyai matlamat dalam hidup kita . Saya akan menerangkan tentang matlamat dan kepercayaan dalam blog- blog yang akan datang . (insya Allah)

Satu contoh lagi adalah ibu-ibu yang mempunyai anak kecil. Walaupun suaminya berdengkur macam enjin keretapi, dia mungkin masih boleh tidur . Tetapi apabila anak kecilnya menangis walaupun dengan suara yang perlahan, ibu tadi akan terjaga. Ini adalah kerana Penapis RAS ibu tadi menapis suara dengkuran tadi sebagai sesuatu yang tidak penting dan suara tangisan anak kecil tadi dianggap sebagai suatu bunyi penting yang perlu diberi perhatian.

Katakan ada seorang yang percaya bahawa dia sentiasa sihat. Maka Penapis RASnya akan membenarkan input yang akan membantunya menjadi sihat masuk dan sampai kemindanya. Contohnya input seperti tip- tip pemakanan yang baik dan cara menjaga kesihatan akan sampai kemindanya. Input yang memudaratkan dari segi kesihatan akan ditapis dan dihalang dari sampai kemindanya.

Jika ada seorang yang selalu merasakan dirinya tidak sihat maka Penapis RASnya akan membenarkan semua input yang menyebabkan dia sakit masuk. Input yang menolongnya menjadi sihat akan ditapis dan dihalang dari sampai ke mindanya. Sebab itu disamping mengambil langkah pencegahan supaya sentiasa sihat, penting untuk kita percaya kita akan sentiasa sihat.

Katakan ada sepasang kekasih bernama Uda dan Dara. Jika Dara terlalu sayang pada Uda dan menganggap sebagai Uda lelaki yang sangat baik, maka apa sahaja kesalahan yang dibuat oleh Uda akan ditapis oleh Penapis RAS Dara dari sampai kemindanya . Kesalahan ini tidak akan dilihat sebagai kesalahan oleh Dara . Sebaliknya jika Uda membuat sedikit kebaikan sahaja ianya akan dibenarkan sampai ke minda Dara oleh Penapis RAS Dara. Jadi Dara akan nampak setiap kebaikan Uda dan tidak nampak sebarang kesilapan Uda. Sebab itulah dikatakan cinta itu buta. Begitu juga jika Uda menyintai Dara, dia akan nampak setiap kebaikan Dara dan tidak nampak langsung perangai Dara yang kurang sesuai. Jadi pasangan yang akan berkahwin , cubalah minta pandangan orang lain tentang bakal pasangan anda. Jika menerima pendapat yang berbeza dari pandangan anda, janganlah terus menolak atau menerima pandangan tersebut. Cubalah selidiki samada pandangan orang lain ada kebenarannya.Barulah membuat keputusan tentang perkahwinan. Ini akan mengelakkan banyak masalah selepas perkahwinan.

Begitu juga ibubapa yang terlampau sayang akan anak- anak mereka. Penapis RAS mereka akan menapis keluar semua kesalahan anak mereka dari sampai keminda mereka . Semua kebaikan anak mereka akan masuk dan sampai kepada perhatian minda mereka. Jadi mereka akan dapati anak mereka sentiasa bagus. Jika ada guru memanggil ibubapa kesekolah dan memberitahu kesalahan anak mereka, ibubapa perlulah menyelidiki samada apa yang dikatakan oleh guru ada kebenarannya. Ibubapa janganlah terus memarahi guru dan menyalahkan murid lain . Ini adalah untuk kebaikan anak kita.

Katakan ada seorang yang membenci seorang atau satu golongan lain. Maka dia akan nampak segala kesilapan orang atau golongan yang dibencinya. Dia tidak akan nampak kebaikan orang atau golongan tersebut. Contohnya , saya pernah berjumpa seorang yang percaya bahawa semua orang kaya adalah jahat. Maka apabila seorang kaya berbuat jahat, maka Penapis RASnya akan membenarkan input ini saampai kemindanya. Maka dia akan nampak kejahatan orang kaya tersebut. Jika ada orang kaya membuat kebaikan pula, maka Penapis RASnya akan menapis input tentang kebaikan orang kaya tersebut dari sampai ke mindanya. Maka dia tidak akan nampak kebaikan orang kaya tersebut. Mungkin dia akan mengatakan orang kaya tersebut sengaja membuat kebaikan untuk mencari publisiti. Walaupun ada orang kaya yang membuat 10 kebaikan pun dia tidak akan nampak. Kerana semua kebaikan ini ditapis oleh Penapis RAS nya dan dihalang dari sampai kemindanya. Ini adalah kerana dia percaya semua orang kaya adalah jahat. Jika ada orang kaya yang membuat satu kesalahan pun, dia akan terus nampak. Kepercayaannya bahawa orang kaya adalah jahat akan menjadi semakin kuat. Maka dia akan menemui lebih banyak orang kaya yang akan menyusahkan hidupnya. Selagi dia tidak menukar kepercayaan bahawa semua orang kaya adalah jahat , selagi itulah dia akan menerima masalah melalui orang kaya. Saya akan menerangkan lagi dalam blog mengenai kepercayaan. (insya Allah)


Kesimpulan
Corak pemikiran yang betul seperti pemikiran positif, kepercayaan yang betul, tumpuan pada perkara positif dan mempunyai matlamat dalam hidup akan membawa kejayaan dalam hidup kita selaras dengan dua hukum yang ditetapkan oleh Allah iaitu Hukum Tarikan dan Hukum Tindakan dan Tindakbalas.

Pos kali ini agak panjang tetapi ianya perlu kerana pos ini akan menjadi asas untuk pos - pos yang akan datang. Jika ada apa- apa nasihat saya menyinggung perasaan anda, saya ingin meminta maaf. Ianya adalah kebaikan kita bersama.
Pada pos akan datang saya akan membincangkan tentang topik Intuisi .(insya Allah)

Buku Rujukan -
Neuro-linguistic Programming for Dummies. Romilla Ready and Kate Burton
Penerbit- John Wiley & Sons
Dr. Mohamed Farook b. Raj Mohamed

Tuesday, July 7, 2009

Hukum Tarikan (bhgn 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Syukur alhamdulillah kita dapat berjumpa lagi pada pos kali ini.


Saya ingin menyambung penerangan tentang hukum tarikan. Secara ringkasnya Hukum Tarikan mengatakan bahawa apabila kita berfikiran positif , kita akan menghasilkan getaran positif dan seterusnya menarik perkara - perkara yang positif ke dalam hidup kita. Begitu juga seorang yang berfikiran negatif akan menghasilkan getaran negatif dan seterusnya menarik perkara - perkara negatif ke dalam hidupnya.


Perkara- perkara negatif yang saya maksudkan adalah masalah- masalah yang timbul dalam hidup kita. Dalam blog nasihat yang sangat penting (bhgn 1) saya ada menceritakan bahawa semua masalah berpunca dari 2 sumber sahaja iaitu Allah ( berupa teguran dan ujian ) dan kita sendiri. Pemikiran negatif kitalah yang menyebabkan masalah dalam hidup kita. Dalam blog yang sama saya ada menerangkan bahawa semua peristiwa yang berlaku didunia seperti kemelesetan ekonomi, kenaikan harga minyak, pengangguran, kenaikan harga barang, masalah dengan majikan, pekerja, rakan kongsi, suami atau isteri , anak- anak, kemalangan , kecurian dan seribu satu peristiwa negatif bukanlah punca sebenar masalah. Ianya adalah peristiwa yang menghantar masalah kepada kita (seperti contoh posmen yang menyampaikan kiriman wang kepada penuntut dalam blog ' nasihat yang sangat penting bahagian 1 ') .

Pemikiran negatiflah yang merupakan punca sebenar banyak masalah yang kita hadapi dalam hidup kita. Punca masalah yang lain adalah teguran dan ujian dari Allah dan balasan Allah untuk perkara negatif yang dilakukan oleh seseorang ( iaitu Hukum Tindakan dan Tindakbalas)


Saya rasa sekarang anda boleh membuat kesimpulan bagaimana kita hendak menggunakan Hukum Tarikan supaya sentiasa berjaya dalam kehidupan. Kita hendaklah sentiasa memastikan fikiran kita sentiasa positif . Fikiran positif ini menghasilkan getaran positif dan seterusnya sentiasa menarik perkara positif kedalam hidup kita. Kita juga perlu menjaga supaya minda kita sentiasa bebas dari fikiran yang negatif. Ingat bahawa minda kita hanya boleh menghasilkan satu jenis getaran sahaja pada satu masa. Jika kita dapat menjaga minda kita supaya sentiasa berfikiran positif, maka minda kita akan bebas dari berfikiran negatif. Cara untuk menjaga minda kita supaya berfikiran positif akan saya jelaskan dalam blog akan datang (insya Allah)

Saya cuba berikan satu contoh tentang hukum tarikan supaya lebih senang difahami. Katakan anda mempunyai perkhidmatan Astro dirumah anda. Diruang udara disekitar kita , terdapat berbagai- bagai jenis gelombang seperti gelombang bunyi, gelombang cahaya dan gelombang beberapa saluran radio, tv dan berbagai saluran Astro. Antena Astro yang diletak dibumbung atau tempat yang tinggi akan menerima semua jenis gelombang ini.

Walaubagaimanapun, jika kita memilih saluran 105 pada dekoder Astro, kita hanya akan menerima siaran Astro Prima. Jika kita cuba menonton siaran lain seperti saluran Astro Oasis tanpa mengubah saluran pada dekoder , kita tidak akan berjaya. Walaupun apa sahaja yang kita lakukan seperti mengawal suara, mengawal warna atau lain- lain usaha dilakukan, kita tidak akan mendapat menonton siaran Astro Oasis. Satu- satunya cara untuk kita dapat menonton siaran Astro Oasis adalah dengan menukar saluran pada dekoder Astro dari 105 kepada saluran 106. Selepas menukar saluran dari 105 ke 106, kita dengan mudahnya akan mendapat saluran Astro Oasis.

Begitu juga minda kita. Apabila seseorang mempunyai pemikiran negatif, dia akan menarik kedalam hidupnya perkara- perkara negatif iaitu masalah- masalah. Untuk menarik perkara- perkara positif ke dalam hidupnya ( iaitu untuk menarik kejayaan) dia perlulah menukar cara pemikirannya menjadi positif. Ini serupalah seperti menukar saluran pada dekoder Astro tadi. Selepas menukar saluran menjadi 106 , barulah dia mendapat saluran yang diingininya iaitu Astro Oasis. Kita bebas memilih jenis pemikiran yang kita kehendaki, seperti kita bebas memilih saluran pada dekoder Astro tadi. Jadi pilihlah jenis pemikiran yang mendatangkan kejayaan iaitu pemikiran positif. Cara untuk menukar pemikiran yang negatif menjadi positif akan saya terangkan dalam blog- blog yang akan datang. ( insya Allah)

Antena Astro tadi menerima semua jenis gelombang termasuk gelombang bunyi, cahaya , semua jenis gelombang Astro dan sebagainya. Antena ini akan menarik gelombang yang sesuai dengan saluran yang dipilih pada dekoder dan mengalirkannya kepada dekoder. Seterusnya kita dapat menonton saluran yang kita kehendaki. Ada satu bahagian dari otak yang berfungsi yang berfungsi sama seperti antena Astro tadi. Dalam bidang saikoloji , bahagian ini dipanggil Reticular Activation System . Saya akan memanggilnya dengan singkat sebagai penapis RAS selepas ini dalam blog- blog yang akan datang. Penapis Ras berfungsi untuk menarik perkara - perkara yang sesuai dengan pemikiran kita ke dalam hidup kita. Selaras dengan Hukum Tarikan, jika kita berfikiran positif penapis RAS ini akan menarik perkara positif iaitu kejayaan ke dalam hidup kita. Jika seseorang berfikiran negatif, penapis RAS ini akan menarik perkara negatif kedalam hidupnya. Saya akan menerangkan tentang Penapis RAS dengan lebih lanjut dalam blog akan datang . (insya Allah)

Jika anda tidak memahami contoh yang saya berikan di atas , tidak mengapa. Yang penting , anda hanya perlu faham bahawa pemikiran yang positif akan menarik kejayaan kedalam kehidupan kita dan pemikiran yang negatif pula akan menarik masalah kedalam kehidupan kita. Jadi , jika kita menjaga pemikiran kita supaya sentiasa positif, kita akan sentiasa berjaya dalam semua aspek dan bebas dari segala masalah.

Disini saya akan berikan beberapa contoh fikiran yang positif dan negatif.

Contoh fikiran yang Positif

1. Bersyukur
Bersyukur kepada Allah merupakan pemikiran yang positif dan menghasilkan getaran positif. Bersyukur merupakan salah satu cara terbaik untuk menghasilkan getaran positif dan seterusnya menarik perkara - perkara positif dan rahmat dan pertolongan Allah kedalam hidup kita. Jadi pastikan kita sentiasa bersyukur kepada Allah. Saya akan menerangkannya dengan lebih lanjut dalam blog mengenai bersyukur nanti kerana ini adalah topik yang sangat penting. (insya Allah)

2. Menumpukan perhatian ( fokus) pada perkara yang positif
Menumpukan perhatian kepada perkara yang positif akan menghasilkan getaran positif dan menarik perkara positif kedalam hidup kita. Sebaliknya menumpukan pada perkara yang negatif akan menghasilkan getaran negatif dan menarik masalah kedalam hidup kita.Ini akan saya terangkan dalam blog khas kerana ini juga merupakan satu topik yang sangat penting.(insya Allah)

3. Kepercayaan
Kepercayaan kita sangat - sangat mempengaruhi getaran yang kita hasilkan. Ini juga akan saya terangkan dalam blog mengenai kepercayaan.(insya Allah)

4. Merasa gembira melihat kejayaan orang lain
Apabila seseorang gembira melihat kejayaan orang lain walaupun orang yang berjaya itu adalah saingannya dalam perniagaan atau dunia pekerjaan, maka orang itu akan menghasilkan getaran positif dan seterusnya menarik kejayaan dalam hidupnya. Ucapkanlah tahniah kepada orang berjaya . Beritahulah mereka anda juga berhasrat untuk berjaya seperti mereka. Anda akan dapati anda akan berjaya tidak lama lagi. Topik ini saya rasa tidak memerlukan penjelasan lanjut lagi. Saya harap anda sudah faham.

Contoh Fikiran Negatif

1.Tidak Bersyukur

2. Menumpukan Perhatian pada perkara yang negatif

3. Kepercayaan yang negatif

Ketiga- tiga perkara ini saya akan terangkan lebih lanjut dalam pos- pos yang akan datang. (insya allah)


4. Hasad dengki melihat kejayaan orang lain.
Seorang yang irihati dan hasad dengki melihat kejayaan orang lain akan menghasilkan getaran negatif. Ini akan mendatangkan lebih banyak masalah dalam hidupnya. Sebaliknya , seorang yang gembira melihat kejayaan orang lain akan menghasilkan getaran positif dan seterusnya menarik kejayaan kedalam hidupnya ( seperti yang saya ceritakan di atas). Jadi kita perlulah sentiasa gembira melihat kejayaan orang lain.

Sekian.
Dr. Mohamed Farook bin Raj Mohamed