Saturday, August 13, 2011

Matlamat ( bahagian 3)


Salam,

Matlamat (kepercayaan)
Dalam bahagian kepercayaan ini ada dua soalan yang sangat penting yang kita TIDAK boleh Tanya iaitu
a) BAGAIMANA kita akan mencapai matlamat tadi
b) BILA kita akan mencapai matlamat tadi.

BAGAIMANA dan BILA kita akan mencapai matlamat tadi elok kita serahkan kepada ALLAH ( tuhan) untuk menentukannya. Allah lebih tahu bagaimana kita boleh mencapai dan bila adalah sesuai untuk kita mendapat matlamat tadi

1.BAGAIMANA

Katakan seorang yang bekerja ingin membeli sebuah rumah .Jika dia percaya dia hanya boleh membeli rumah tersebut melalui gaji bulanannnya, maka dia akan mengambil masa yang lama untuk membeli rumah tersebut. Mungkin dia perlu mengumpulkan duit sedikit demi sedikit untuk membeli rumah tersebut. Sebaliknya jika dia faham bahawa yang memberi rezeki adalah Allah (tuhan) dan jika dia percaya bahawa dia akan dapat membeli rumah tersebut, maka Allah akan memberikannya rezeki dari sumber lain untuk membeli rumah tersebut. Contohnya mungkin dia akan dapat peluang untuk membuka perniagaan sendiri dan seterusnya mendapat pendapatan yang banyak untuk membeli rumah tersebut.

Dalam buku ‘The Power of Subconscious Mind’ ada diceritakan kisah seorang kerani yang bercita – cita memiliki sebuah kereta mewah tertentu. Harga kereta tersebut adalah sama dengan gajinya selama 5 tahun . Secara lojiknya adalah mustahil untuknya memiliki kereta tersebut. Tetapi oleh kerana dia mendengar satu syarahan penulis buku tersebut iaitu Joseph Murphy ( seorang pakar Minda Barat yang terkenal) , dia percaya dia akan memperolehi kereta tersebut. Selang dua minggu selepas dia membuat matlamat tersebut , pakciknya yang tua telah meninggal dunia . Pakciknya merupakan seorang yang kaya dan tiada anak . Dia telah mewariskan sebahagian dari hartanya kepada anak saudaranya ( kerani tadi) termasuk sebuah kereta yang sama yang diidami oleh kerani tadi !. Terdapat banyak kisah – kisah seperti ini. Jadi janganlah sekali – kali risau bagaimana anda akan mendapat matlamat tadi. Percayalah anda akan mendapatnya. Anda perlu faham bahawa sumber tidak semestinya dari pekerjaan atau perniagaan anda. Allah bebas memberi rezeki seperti yang dikehendakinya. Mungkin juga anda berpeluang membuka perniagaan baru. Mungkin juga perniagaan lama akan berkembang dengan pesat. Mungkin anda akan mendapat kenaikan pangkat. Apa sahaja boleh terjadi, sesuai dengan usaha dan kepercayaan anda

2.BILA

Soalan kedua yang perlu anda hindari adalah BILA anda akan mencapai matlamat tersebut. Allah ( tuhan) maha mengetahui masa yang sesuai untuk memberikan anda matlamat anda. Katakan ada seorang yang berminat untuk membeli sebuah motosikal besar. Pada masa yang sama, dia selalu memandu dengan berbahaya. Jadi Allah mungkin akan memberikannya pengalaman tertentu yang menjadikannnya seorang pemandu yang cermat sebelum mengabulkan matlamatnya memiliki motosikal besar tadi. Jika kita inginkan duit yang banyak, mungkin kita sendiri perlu ada sifat – sifat tertentu sebelum kita mendapat duit tersebut. Jadi jangan risau bila kita akan dapat duit tersebut. Kita akan mendapat pengalaman tertentu yang akan menukar kita sehingga kita sudah bersedia menerima duit tersebut. Jadi jangan risau bila kita menerima sedikit masalah dalam hidup kita. Ingat blog mengenai masalah . Cuma fikirkan

a) Apa yang saya perlu BELAJAR dari masalah tersebut. Jika anda selalu bertanya kepada Minda Bawah Sedar apa yang anda perlu belajar dari setiap masalah anda, maka anda akan mendapat jawapannya dari Minda Bawah Sedar. Anda juga akan maju dengan cepat sekali.

b) Kemudian fikirkan cara untuk anda
i) mengatasi masalah tersebut

ii) cara untuk mengelakkan masalah tersebut dalam hidup anda dari berulang. Selepas ambillah langkah untuk mengatasi dan mengelakkan masalah tersebut.

c) Kemudian LUPAKAN masalah tersebut .JANGAN asyik fikirkan TENTANG masalah tersebut. Ingat , jika anda asyik memikirkan tentang masalah tersebut, anda akan menarik lebih banyak masalah kedalam hidup anda .

d) Sebaliknya fikirkan sepanjang masa tentang MATLAMAT ANDA tadi. Bila anda sedang berfikir tentang matlamat tadi , anda tidak akan dapat memikirkan tentang perkara lain seperti masalah tadi. Ini adalah kerana minda hanya akan dapat berfikir tentang satu perkara pada satu masa. Jadi pastikan satu perkara yang sering difikirkan adalah mtlamat anda dan bukannya masalah anda.Ini merupakan perkara yang paling penting dan merupakan kunci kejayaan kita.

Juga pastikan bila kita berfikir tentang matlamat tadi, bayangkan seolah – olah kita sudah mencapai matlamat tersebut. Emosi kita mestilah positif seperti rasa gembira. Jika emosi adalah negative seperti rasa kecewa , marah atau sedih kerana belum mencapai matlamat yang dikehendaki maka ini bermakna kita sedang berfikir tentang ketiadaan matlamat tadi dalam hidup kita .Contohnya kita sedang berfikir bahwa kita masih tiada rumah yang sempurna atau kita sedang berfikir bilalah kita akan dapat membeli rumah tersebut. Maka ini akan menarik lebih banyak masalah dalam hidup kita. Maka pastikanTUMPUKAN PERHATIAN ANDA SEPANJANG MASA KEPADA MATLAMAT ANDA ( setakat yang anda mampu) . JAG emosi kita sentiasa positif. Caranya adalah dengan berfikir tentang matlamat tadi tapi JANGAN risau BAGAIMANA dan BILA matlamat akan tercapai. Juga bila ada masalah fikirkan tentang cara mengatasi dan mengelakkannya dan jangan fikir tentang masalah tersebut.

SENTIASALAH FIKIRKAN TENTANG MATLAMAT ANDA.JAGALAH EMOSI ANDA SUPAYA SENTIASA POSITIF. JANGAN RISAU BAGAIMANA DAN BILA MATLAMAT ANDA AKAN TERCAPAI. MAKA (insya Allah) anda akan mencapai matlamat anda.

Dr. Mohamed Farook
M.D. (UKM) OHD ( NIOSH)

No comments:

Post a Comment