Saturday, June 13, 2009

Jenis Ilmu yang perlu dipentingkan (bhgn 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syukur alhamdulillah kita dapat berjumpa lagi kali ini.

Jadi saya menyambung topik pada post lepas. Ingatkan kembali cerita 2 (pekebun dan pokoknya) . Walaupun pekebun muda itu cuba mengecat daun berkali- kali, daun yang baru tumbuh masih kekal kekuningan. Apabila dibubuh baja pada akarnya , barulah daun menjadi hijau secara kekal. Ini adalah kerana pokok itu telah menjadi sihat apabila dibubuh baja. Walaupun nampak seperti usaha dilakukan pada tempat lain iaitu membubuh baja pada akarnya dan bukan daunnya, masalah pada daun dan seluruh pokok selesai dengan tindakan membujuh baja. Ini adalah kerana masalah secara luaran nampak seperti pada daun , tetapi masalah sebenarnya adalah pada akar. Apabila masalah ini diatasi dengan membubuh baja , maka masalah kekuningan daun selesai. SelaBoldgi baja belum dibubuh , daun akan terus kuning dan akhirnya pokok akan mati.

Begitu juga kita dalam kehidupan harian kita. Kita perlulah faham bahawa dunia yang diluar kita mencerminkam dunia yang didalam kita iaitu minda kita. Jika kita mempunyai corak pemikiran yang betul, maka dunia fizikal kita akan menjadi senang dan bebas dari segala masalah. Kita akan mempunyai keadaan kewangan yang baik, perhubungan yang baik dan kesihatan yang baik dan emosi yang sentiasa gembira.

Sebaliknya , apa yang kita lakukan sekarang adalah kita cuba mengubah dunia luar kita iaitu kita berusaha membaiki keadaan kewangan, hubungan dan kesihatan tanpa mengubah dunia dalaman (minda kita) . Ini adalah serupa seperti usaha pekebun tadi yang mengecat daun yang kekuningan dan menemui kegagalan. Jika kita hendak mengatasi masalah tadi , kita perlulah membubuh baja pada akar iaitu menukar corak pemikiran kita. Selepas menukar corak pemikiran, kita akan dapati bahawa dunia luaran kita akan berubah sendiri atau memerlukan sedikit usaha sahaja untuk menemui kejayaan dalam semua perkara. Segala usaha kita dalam semua bidang seperti kewangan, hubungan dan kesihatan akan menemui kejayaan.

Ini merupakan nasihat saya yang paling penting. Ubahlah corak pemikiran kita, maka kita akan dapati masalah kita akan selesai dengan mudah dan tidak akan berulang. Bila mencari ilmu , carilah ilmu yang dapat menolong kita menukar corak pemikiran kita. Saya sendiri akan berkongsi ilmu tentang ilmu yang dapat menukar corak pemikiran kita dan cara mencarinya dalam post - post yang akan datang . (insya allah)

Janganlah memandang ringan nasihat ini. Ingatlah kembali cerita saya (cerita 1) mengenai guru dan murid dalam post saya mengenai kepentingan ilmu. Jika kita mengabaikan nasihat ini kita yang akan rugi. Semoga kita semua sentiasa mendapat ilmu yang yang memenafaatkan kita.


bersambung (insyaallah)

No comments:

Post a Comment