Saturday, June 27, 2009

Penjelasan Saintifik

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Syukur alhamdulillah kita dapat berjumpa lagi pada kali ini.

Apabila saya mula belajar mengenai minda, kerap kali saya akan belajar teknik - teknik minda yang bagus. Kerap kali juga teknik ini tidak lojik dan tidak masuk akal. Jika tidak dapat penjelasan yang cukup kenapa dan bagaimana teknik ini berkesan , ramai orang ( termasuk saya sendiri pada satu masa dulu) cukup liat untuk mengamalkannya. Sebab itu saya akan cuba memberikan penerangan secara saintifik dan menyelitkan hadis dan ayat Al quran jika boleh untuk menerangkan kenapa dan bagaimana teknik-teknik minda dan hukum hukum yang akan saya terangkan bekerja.

Bagi mereka yang tidak memahami penjelasan saintifik , anda tidak perlu risau . Amalkan sahaja apa yang saya kongsi disini dan anda akan lihat kesannya walaupun anda tidak faham kenapa ianya berkesan. Penjelasan saintifik ini saya tujukan kepada mereka yang selalu bertanya soalan dan tidak akan mengamalkan apa yang mereka tidak faham.

Kemajuan yang pesat dalam sains kuantum fizik dan perubatan membolehkan kita memahami banyak perkara tentang cara minda kita bekerja. Walaubagaimanapun, saya perlu ingatkan bahawa minda kita adalah organ ciptaan Allah dan terlampau hebat untuk kita fahami secara keseluruhannya. Saya akan memberikan penjelasan saintifik bila boleh tetapi ada juga perkara yang kita belum fahami. Jadi saya harap anda akan mengamalkannya walaupun saya tidak dapat memberikan penjelasan saintifik.

Sebagai contoh bila kita memerlukan cahaya , kita akan memetik suis dan lampu akan menyala. Tidak ramai antara yang tahu bagaimana memetik suis akan menyebabkan lampu menyala. Kita hanya tahu apabila kita memetik suis maka lampu akan menyala. Setiap hari kita menggunakan pengetahuan ini untuk menerangi kediaman kita. Dengan cara yang sama , kita hanya perlu mengamalkan sahaja ilmu minda ini dan mendapat menafaatnya walaupun kita tidak memahaminya.

Sebagai satu lagi contoh kita perhatikan Hukum Graviti. Lebih kurang 200 tahun dahulu sahaja manusia memahami Hukum Graviti apabila Sir Isaac Newton menerangkan tentang Hukum Graviti. Ini tidaklah bermakna Hukum Graviti hanya ujud sejak 200 tahun lepas. Hukum Graviti ujud sejak kejadian alam lagi. Manusia hanya memahaminya sejak 200 tahun lepas. Begitu juga hukum - hukum yang akan saya terangkan dalam blog ini. Manusia hanya memahaminya sekarang, tetapi hukum- hukum ini sudah Allah ujudkan sejak kejadian alam bersama sama Hukum Graviti. Begitu juga jika ada perkara yang kita tidak fahami tentang hukum ini dan tiada penjelasan saintifik mengenainya, tidak mengapa. Amalkan sahaja dan anda akan dapati ianya sentiasa berkesan. Inilah yang dilakukan oleh kebanyakan orang yang sangat berjaya. Mereka mengamalkan corak pemikiran yang sesuai untuk mendapat menafaat dari hukum- hukum ini. Mereka mungkin tahu atau atau tidak tahu langsung mengenai hukum- hukum ini. Tetapi kerana corak pemikiran mereka sesuai , maka mereka mendapat menafaat dari hukum - hukum ini dan seterusnya berjaya. Bila anda bertanya pada setengah orang yang berjaya bagaimana mereka boleh berjaya, mereka sendiri pun tidak tahu .Mereka mempunyai corak pemikiran yang sesuai maka mereka berjaya mendapat menafaat hukum- hukum ini dan seterusnya berjaya.Kajian menunjikkan tidak sampai 3 peratus penduduk dunia mempunyai corak pemikiran yang begini. Masalahnya, kerana mereka tidak mengetahui kenapa mereka berjaya, mereka mungkin berjaya dalam satu bidang tetapi mempunyai masalah dalam bidang lain. Contohnya mereka berjaya dalam bidang kewangan tetapi mempunyai masalah dalam bidang hubungan (seperti hubungan kekeluargaan) atau kesihatan.
Begitu juga jika mereka tidak mengetahui kenapa mereka berjaya, bagaimanakah mereka hendak mengekalkan sifat tersebut? Jadi ada kemungkinan mereka akan berubah dan kehilangan sifat yang menyebabkan mereka berjaya. Seterusnya , mereka akan gagal. Anda akan mempelajari hukum hukum ini di blog ini dan seterusnya boleh mengubah corak pemikiran anda . Selagi anda mengekalkan corak pemikiran ini, anda akan terus berjaya.

Seseorang itu akan dipengaruhi oleh semua hukum- hukum Allah samada dia memahami hukum- hukum itu atau tidak. Contohnya , bila seorang budak yang tidak mengetahui tentang hukum graviti melepaskan sebiji bola dari tangannya, bola itu akan jatuh ke bawah. Begitu juga bila seorang ahli fizik yang mengetahui semuanya mengenai Hukum Graviti pula melepaskan sebiji bola dari tangannya, bola itu tetap jatuh ketanah. Jadi Hukum Graviti berkesan ke atas semua orang tanpa pengecualian tanpa mengira orang itu memahaminya atau tidak. Begitu juga hukum - hukum lain juga berkesan ke atas semua orang tanpa mengira orang itu memahaminya atau tidak.

Apabila kita tidak mengetahui tentang hukum- hukum ini, kita tidak akan dapat sebarang menafaat darinya. Bila kita mempunyai corak pemikiran yang tidak sempurna, hukum- hukum ini menyebabkan kita menghadapi banyak masalah dalam hidup kita. Bila kita sudah mengetahui tentang Hukum - hukum ini dan mengubah corak pemikiran kita sesuai dengan hukum - hukum ini, maka kita akan dapati hidup kita bebas dari sebarang masalah . Kita juga dapat mencapai segala matlamat kita(insya Allah). Proses mengetahui hukum- hukum ini dan mengubah corak pemikiran kita supaya mendapat menafaat dari hukum- hukum ini boleh saya samakan dengan menukar basikal menjadi kereta dalam perumpamaan yang saya berikan dalam pos nasihat yang sangat penting (bhgn3) dan membubuh baja pada akar pokok dalam cerita 2 dalam pos jenis ilmu yang perlu dipentingkan.

Jika seseorang itu terjatuh dari tempat yang tinggi, kita tidak akan menyalahkan Hukum Graviti kerana menyebabkannya jatuh. Kesalahan adalah pada orang yang jatuh kerana tidak menjaga keselamatannya. Begitu juga jika kita mempunyai banyak masalah dalam hidup kerana corak pemikiran yang tidak betul menyebabkan hukum - hukum Allah memberi masalah kepada kita, kita tidak boleh menyalahkan hukum tersebut (seperti kita tidak boleh menyalahkan hukum graviti bila jatuh). Kita kena menyalahkan corak pemikiran kita yang salah dan berusaha untuk membetulkannya.Barulah kita akan dapat menafaat dari hukum- hukum tadi. Barulah kita akan sentiasa bebas dari sebarang masalah dan berjaya mencapai semua matlamat kita dengan cepat. (insya Allah)

bersambung

No comments:

Post a Comment