Sunday, May 31, 2009

Kepentingan Menghargai dan Mengamal Ilmu (bhgn 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syukur alhamdulillah kita dapat berjumpa lagi minggu ini
Saya ingin menyambung perbincangan saya tentang kepentingan menghargai dan mengamal ilmu. Seperti yang kita dapat lihat dalam cerita 1 tentang murid dan guru, murid tersebut tidak menghargai ilmu yang diperolehinya hanya kerana ilmu itu diperolehinya dengan senang. Bila dia terpaksa bersusah payah untuk mendapat ilmu barulah dia faham kepentingan ilmu yang diperolehinya. Barulah dia akan menghargainya.

Pertama sekali kita mestilah menghargai setiap ilmu yang kita perolehi. Dizaman sains dan teknologi ini, kia boleh memperolehi ilmu dimana-mana sahaja. Melalui internet berbagai-bagai ilmu yang bermenafaat boleh diperolehi . Begitu juga dari buku -buku, media massa, dari guru-guru, kedua ibubapa , rakan dan ramai orang lain. Kadang - kadang ilmu itu akan datang dari orang yang lebih muda, kurang berpengalaman atau pun dari anak atau anak murid, orang bawahan kita dan sebagainya. Janganlah kita mengenepikan ilmu itu hanya kerana kita memperolehinya dengan senang.. Ingatlah kisah anak murid tadi. Janganlah mengenepikan ilmu hanya kerana ilmu itu datang dari orang yang lebih muda atau kurang berpengalaman dari kita. Ketepikan ego kita dan terimalah nasihat dari orang yang kurang berpengalaman atau lebih muda kerana yang ego kitalah yang selalu menghalang kita dari mencapai kejayaan.

Seterusnya kita mestilah menilai setiap ilmu yang kita perolehi. Jika kita rasa ianya adalah berguna , kita mestilah mula mengamalkannya. Menurut Dato Dr. Fadzilah Kamsah , setiap ilmu yang dipelajari jika kita dapati ia bermenafaat, mestilah kita amalkan dalam masa 48 jam. Jika tidak , kita akan lupakannya.

Ilmu yang paling penting bagi saya selain dari ilmu agama, adalah ilmu motivasi dimana kita mengenal diri kita, minda kita dan seterusnya menukar diri kita supaya kita boleh menjana kejayaan dalam setiap aspek kehidupan kita. Ini akan saya bincangkan dalam post akan datang. (Insya Allah)

Anthony Robbins, seorang pakar motivasi yang paling terkenal didunia menganggarkan sebanyak 70% dari orang-orang yang membaca berbagai- bagai buku motivasi, mengikuti kursus - kursus motivasi akhirnya akan mengadu bahawa tiada perubahan dalam hidup mereka. Ini adalah kerana mereka hanya membaca buku motivasi dan mengikuti kursus motivasi tetapi gagal mengamalkan apa yang dipelajari. Kemudian mereka akan terus mencari ilmu motivasi yang seterusnya. Ingatlah sekadar membaca mengenai motivasi tidak akan mengubah hidup anda. Amalkan setiap ilmu yang anda rasa akan memenafaatkan anda. Ingatlah kisah murid dan guru tadi.

Albert Einstein , seorang ahli sains yang terulung mengatakan " Jika anda melakukan perkara yang sama setiap hari, maka anda akan dapat hasil yang sama setiap hari" . ( If you do the samething everyday, you will get the same thing everyday) . Jadi untuk berlaku perubahan dalam hidup anda , mestilah ada perubahan dalam tindakan anda .

Hanya dengan mengamalkan apa yang anda pelajar , anda dapat mengubah hidup anda. Saya tahu anda semua adalah orang yang bijak pandai dan akan mengamalkan ilmu yang bermenafaat yang anda pelajari dan seterunya mengubah hidup anda.

Pada post akan datang(insyaallah ) saya akan berkongsi pengetahuan tentang jenis ilmu yang kita perlu pentingkan. Saya mohon maaf jika ada menyinggung perasaan para pembaca. Semuanya adalah untuk kebaikan kita bersama.

Sekian. Terimakasih

No comments:

Post a Comment